KAWAN²

Wednesday, April 28, 2010

MukaBuku + MukaMuka


Terus terang aku katakan, aku tak brapa suka suasana persekitaran kerja yang dikelilingi oleh sesama jantina.

Bukan bermaksud aku ni gatal, miang atau gedik nak kerja dengan ramai lelaki.

Tidak .. memang jauh sekali.

Kalau iyepun, ada aku kesah?

Bulan ni, setiap orang dapat increment kat opis ni. Masing² terima kenaikan mengikut tahap prestasi kerja masing².

Sila jangan tanya aku dapat berapa okey..?

Bos tau sapa buat keje.. sapa tak buat keje. Walaupun bos bukan selalu ada. Kalau aku jadi bos pun, aku tau sapa rajin buat keje. Sapa rajin bercakap.

Kalau cuma rajin bercakap, tak ke mana. Paling tidak pun, abis air liur.

Membazir bukan?

Kalau aku la kan..daripada abiskan air liur bercakap, lebih baik aku sakitkan mata pandang MukaBuku. Duduk dendiam kat tempat sendiri, nampak macam rajin bukan? (aku ler tuh)

Tapi, aku tau bila masa nak berMukaBuku.. Bila masa nak buat keje. aku tau tu.

Ada orang kat sini cuma tau berMukaMuka. Macam talam tu..

Depan kita dia mmg kuat bodek. Akak itu.. akak ni.. Baik kak.. ye kak..

Belakang aku.. Macam Sialll. Lain aku cakap kat dia.. lain dia beritau kat orang. Paling geram, ada additional clause dia letak. Siall tak?

Itu satu.

Pasal increment pulak.

Bila kawan lain dapat lebih.. dia tarik muka, hempas pintu. Tak puashati.

Sendiri mau ingat la beb. Lu ada betul buat kerja ke? Salah antar surat camne? Dan macam² lagi salah lu buat sebab lu lalai tu sapa nak jawab?

Bill telefon ofis berderet nombor henfon lu dail nombor boifren lu tu sapa mau jawab?

Takkan gua nak ngaku gua yang dail.. nehi.. nehi.. tidakkkk! Gua nak kol boifren gua, gua guna henfon gua sendiri okeh?

Eh.. Aku ada boifren ke?

Sila ngorat aku ye..

Tetiba lu gua, apahal aku nih?


4 comments:

.ieLah. said...

lu apehal kak?? haha

TiNiE said...

betul tu kaknon...
aku percaya ko kol bf pakai henfon ko sendiri...bf = aku = besfren...

besfren la sgt..kuikuikui...

si santek manis dr oman..sy malas nk sign in..^_^ said...

lu dah jadik minah rempit ke kak?
kak aku suke makan kueh sri muka..^-^

fndrocka said...

brapa increment dapat?(nak tanya jugak)