KAWAN²

Wednesday, July 14, 2010

Boleh sakit jantung aku camni..


Semalam time aku nak mandi. Irfan bgtau aku yang dia nak kencing. Aku pun suruh la dia tala kat lobang jamban.

"Umi, irfan dah siap".

"Kejap je.." dalam hati aku berkata. Takpelah. Janji dia tak piss dalam seluar sudah. Sambil tu aku ajar dia pakai seluar. "Yang ada tag ni.. mesti belah belakang. Baru betul." Dia angguk je.

Lepas mandi. Aku masuk bilik. Tersangatlah terkejut bila tengok ada air kekuningan. Banyak pulak tu. Macam secawan air tumpah. Cawan kecik je lah.

"Irfannnnnnnn!!!!!!!..

"Kencing dalam bilik umi ye?"

Beliau geleng kepala menafikan.

Abis tu sapa lagi yang kencing kalau bukan beliau?

Time aku tengok tv lepas tu.. dia cuma berdiri melekat kat dinding. Tak gerak. Cuma jari dalam mulut. Buat muka cuak.. memandang kat muka aku.

Tak bersalah ke kalau camtu gayanya?

Pandai betul beliau menimbulkan satu keadaan yang mana boleh buat aku akan berfikir yang dia tak kencing dalam bilik aku.. tapi kencing dalam bilik air.

Rupa²nya lepas dia kencing dalam bilik.. dia pegi bilik air. Pura² nak kencing..

Bijak.. bijak..


Ni dia budak Irfan idung kembang.

Lepas ni.. pasti dia tak datang rumah aku untuk tempoh 2-3 hari.

Haihh..

Lepas aku habis cuci lap segala sisa kumuhan budak Irfan.. Aku pun buka almari nak pakai baju. Elok² jebuka pintu almari je.. Hambik.. Terhumban keluar semua lipatan baju dan jatuh ke lantai.

Semua.. tau tak? Semua..

Agak²nye la kan.. Aku naik angin tak time tu?

Jawapan : TAK.




5 comments:

F A R Y N said...

umi...jom shopping..
pastu umi bayarkan..sayang umi!

ahahahahaa

joegrimjow said...

baiknye umii
;)

sI tEDI said...

umi yg penyabar! ekekekekeke

Anonymous said...

saaayang umi.. :-)

AQisH said...

eh ehhh..pandainyer bdk irfan niii ;-)