KAWAN²

Friday, December 10, 2010

My blood go UPSTAIRS..

Ni hal jiran aku.. Aku ni bukan la JAKI sangat. Aku tau adab berjiran.

Sebab bapak aku sangat menitikberatkan bab berjiran ni. Semuanya BIARLAH..

Ye.. sebab terlebih BIARLAH tu lah.. mereka buat TULAH. (apa maksud tulah pun aku tak tau.)

Jiran aku ni, ada tanam pokok pisang. Lantak dia la nak tanam pokok apa kan. Tanam pokok ganja pun aku tak heran. Janji.. ko bagi aku sikit syer. Huahuahua.. Pangg!

Masalahnya.. dia ni tanam kat tepi jalan. Paham tak..Kat tepi jalan. Bukan kat tanah dia sendiri.. tapi kat tanah tepi jalan raya. Dah tu, kat simpang nak masuk rumah aku. Apasal tanam kat situ, sebab JAKI..

Dulu, aku penah bawak parang. Bukan parangkan jiran aku.. Tapi aku tebang sendiri pokok pisang tu. Walaupun nampak pelik bunyinya.. Ye, memang pelik. Seorang wanita sedang menebang pokok pisang di tepi jalan besar. Ada aku kesah?

Janji takde kesah "SEORANG PEMANDU WANITA ..... (simpang malaikat 44)

Malam semalam, kebetulah anak jiran ni tengah melepak tepi jalan. Aku bentikan ferrari aku.. Aku bercakap dengan penuh tatatertib lagi sopan santun serta berbudi bahasa. Sebenarnya, dah lama aku nak nak bagitau benda ni. Cuma tak berkesempatan ..

"Dan, boleh tolong tak? Tolong tebang pokok pisang ni.. Ganggu pandangan akak la.. Susah tau nak lintas jalan. Akak betul2 tak nampak tau.. "

"Ha, yelah.. nanti Dan bagitau abah"

Ha, kalau dah bagitau abah kau.. maksudnya.. pisang akan berbuah dua kalilah nampaknya.. ye.. sekali lagi aku kena tebang sendiri pokok2 pisang ni .

Harini, aku balik dengan harapan.. tiada lagi pokok2 pisang ni.. Tapi.. tetap ada.. masih teguh berdiri di tepi jalan..

Tengok, sapa yang JAKI?

Kadang2 aku tak paham.. dorang ni tak fikir ke pokok ni ganggu pandangan orang lain.. Tak pikir ke kalau apa2 jadi.. Pikir la sikit keselamatan jiran.. Jangan nak pikir diri sendiri je..

Aku yang lintas..masih okey lagi.. Mata aku masih terang..
Justify Full
Kalau bapak aku yang lintas camne?

"Mak, mana parang?"



2 comments:

F A R Y N said...

ko parangkan je abah budak tu..
haahahaha

AQisH said...

i dulu suka mkn kacang parang..eh ada kena mengena x :p