KAWAN²

Saturday, June 4, 2011

bila mode JAKI is ON

Kan jiran depan rumah aku ada buat kenduri kawin. Kan laman depan rumah aku luas. Kan nanti kalau aku kawin nak letak kemah banyak2. Kan? Entah.

Jadiknya, tetamu parking keta kat laman rumah aku. Dalam limablas bijik kereta la boleh dimuatkan. Sebenarnya boleh letak sampai 25 bijik kalau nak. Itupun kalau kalau taknak balik la.

Aku duduk kat beranda samping perhati dorang ni keluar masuk parking. Dalam pada perhati dorang ni.. otak aku mula berfikir berputar2..

Idea 1 (mood masih OK)
Apa kata kalau aku turun bawah, aku tolong dorang ni park kereta. Ha, masuk lagi.. Masuk.. Lagi..lagi..yang sana tu, berhenti dulu. Ha, potong habis, potong habis. Okey, ha yang sana tu..Masuk kiri sini. Okey.. Yang sana tu, masuk kanan. Okey.

Idea 2 (mood dah kureng)
Aku turun bawah. Setiap kereta yang masuk parking, aku tanya dulu. Ni ha, berapa lama agak2 nak parking? Okey.. RM2 untuk sepuluh minit pertama. RM3 untuk sepuluh minit seterusnya dan seterusnya.

Aku rasa la kan, dorang ni semua tak makan. Parking kereta, pegi rumah kenduri.. minum air sejuk, salam dan blah. Nak jimat parking punya pasal.

Idea 3 (mood mmg tak OK)
Merujuk kepada Idea 1 kat atas. Lepas penuh parking tu semua. Aku kuarkan keta aku kat roof parking. Aku park kat jalan masuk utama rumah aku. Pastu aku hilangkan diri bawak kunci kereta, siap dengan kunci spare sekali. Aku pegi nyorok kat kebun. Biar padan dorang semua tak boleh balik. Tunggu la korang sampai aku muncul kembali.

Idea 4 (mood - _____________ sila isi tempat kosong)
Rujuk kepada Idea 1 jugak. Lepas parking semua full, aku pegi kat tempat rumah kenduri tu. Time ni aku pakai baju tidur kelawar. Aku lipat sampai lutut. Aku rampas mikrofon karaoke. Pastu aku cakap camni..

Kenapa korang semua parking kat laman rumah aku haaaa??? Sapa yang suruh haaaaa?? Berambus semua sekarangg!!! Hiisssh..!! Hissshh..! (jerit2 sambil tarik2 rambut)

Eh, apasal ada orang block keta aku ni. Camne aku nak kuar nanti. Oklah, aku nak suruh alihkan keta dia.. Ish..


3 comments:

VFN said...

hahahaa..lawak..
jadi parking attendant weiss

Anonymous said...

adik manissss...kenapa mara-mara...tara baik laa adik maniss...

kuikuiamcamjalanmerukuikuikui...

AQisH said...

ehh ok aper jaga parking tu tin..janjiii masyukkkkk..kikiki..