KAWAN²

Wednesday, June 15, 2011

Eh, jangan nak goreng aku ye..

Euuwwww..

Semalam aku ada tanya kat sorang ofismate ni. Bila nak ambik hp yang dia repair tu. Yelah, dah la suka datang lewat. Tak reti nak inform. Nak aku gak yang tanya kat mana, bila nak datang. Macam la aku ni takde keje lain nak buat. Nak kol dia je ke? Never..

Dia kata, hubby dia tengah orderkan dia hp. Tu pun dia dapat tau dari kedai tempat dia servis hp dia tu. Hubby nak buat surprise katanya. Tapi dah tak surprise sebab dia dah tau. Aku tanya lagi (sibuk la kan) hp apa? Dia kata BB. Buat 3 payment 350. Baru buat 2 payment katanya. Ok.

350 x 3 =1050

Dalam hati aku kata, fuh.. BB dia lebih mahal dari aku BB aku.

Eh. Mana aku ada BB.

Sekali lunch dia kata nak keluar agak lama sikit. Kata mak mertua dia sakit. Aku okey je. Balik dari lunch.. Aku dengar bunyi hp. Tak penah aku dengar bunyi tu sebelum ni. Rupa²nya dia bawak hp baru.

Aku ni taklah pandai sangat pakai BB ni. Belum habis menuntut lagi. Saya budak baru belajar. Aku tanya ada 3G tak? Dia kata ada. Aku pun tak tau kat mana nak tgk 3G tu. Jakun kan aku? Masih tak puas hati. Bukan apa, dia ni suka sangat goreng orang.

Aku, takleh digoreng sewenang-wenangnya. Aku mintak la tengok resit. Yelah, kot² sana ada mention apa features hp tu kan. Yelah, aku ni kan tak pandai lagi bab² BB ni. Jakun la katakan..

Sekali aku tengok resit dia ada tulisan camni:

Blackberry 8900 (second) RM550.00

Aku tanya, second ni apa maksudnya? Dia kata SECOND PAYMENT. Boleh ke? Kalau second payment, takkan dah dapat hp.. Logik la sikit beb. Jangan la kencing aku. Orang lain, ko pegi kencing sana. Dorang tak perasan pun kalau ko kencing cerita.

Masih tak puas hati ni, aku belek² BB tu. Banyak habuk dah kat lobang² dia. Hp baru keluar dari kotak takkan dah berabuk kan.. Nampaaakkk sangat MENIPU.

Eh, dia kan.. bagitau kat orang lain kat opis ni.. Hp tu secondhand. Owner lama guna sehari je. Pastu taknak.

Ni lagi NAMPAK SANGAT MENIPU PU PUUUU..

Satu lagi kan, dia ni kalau orang belanja makan.. Suka sangat order lebih². Harini bday sorang staff kat sini. So, dia nak belanja MCD sempena bday dia. Kami order la satu set medium setiap sorang. Dia punya order.. siap ada SIDE ORDER. Haishh..

Aku bgtau, kalau orang belanja tu.. Order la biasa² je. Takyah nak cekik duit orang. Biru gak muka dia.Baru la dia reduce order.

Pandai nak ckp orang suka create story. padahal..

5 comments:

AQisH said...

tin..agak² dia tau x blog u ni..nak i kasik tau dia x..soh dia bacaa..kikiki...

fYZa said...

hamboi tak beragak btol org cmtu..org cmtu mmg kan kekadang nk menipu tapi tak btempat..die ingat sumeorg bodoh cm die jugak agknya..hahaha

VFN said...

lempangkan je

Anonymous said...

haha. nampak beno nipu nya. dia ingat umi ni dikya kut? haha. agak nya dikya lagi tau. mesti india kan?

i.am.belle said...

ahahaha kan dah kantoi.

secondhand nak ngaku ori. cian