KAWAN²

Thursday, June 30, 2011

Nak petua sangat kan??

Aku ni dah muak dengar orang cakap aku kurus.

Muak, tau tau?

Apa boleh aku buat.?
Bukan aku tak makan.
Aku makan banyak tau.. Ha.. tapi takmo membesar gak..

Tapi kan, ada gak orang mintak aku petua aku slim (sila baca sebagai kurus). Mana la aku ada petua dol.. Bila aku cakap aku takde petua, takmo pecaya. Kata aku nak rahsia². Apa ingat aku ni kedekut ke? Cislanat la.

Bila orang kata aku suka rahsia, takmo kongsi petua. Ha, hambik ko. Aku bagi petua yang aku reka sendiri.

Petua 1.
Minum air barli perah limau.

Dulu aku de pernah up story ni. Ada sorang kakak ni, dia tokey restoran tempat aku selalu makan. Tiap2 hari dia tengok aku makan. Tapi, dok sibuk mintak aku petua. Apa rahsia aku makan banyak tapi tak gemuk. Aku cakap, aku makan apa yang dia jual kat restoran dia tu lah. Tak pecaya.

Aku suruh dia minum barli perah limau.

Lama dah aku tak jumpa dia. Sebab restoran tu dia dah jual. Sekali ko satu hari.. Aku terserempak dengan dia. Fuh! dah kurus. Dia kata terima kasih kat aku. Dia amalkan petua aku bagi. Berguna katanya.

Yelah, tah² usus perut ko dah nak reput.
Hari² ko perah limau.

I'm sorry..

Petua 2.
Makan jangan minum air.

Ni kisah petang semalam. Kakak ni tokey kedai runcit. Aku selalu beli topup kat kedai dia. Dia tanya aku, kenapa boleh kurus mcm ni. Aku dah senget dah time tu. Dia tanya lagi, kot² ada petua nak kurus.

Aku cakap mana ada petua. Memang saiz aku ni mcm ni. Takmo membesar. Makan 10 kilo pun tak jugak naik walau barang 1 kilo.

Kak, makan nasik.. jangan minum air. Minum air lepas setengah jam. Kalau saya, lepas setengah jam pun saya tak minum air.

Dia pun angguk tanda paham tapi kening berkerut.

Errr.. harap² harini aku tak dengar berita.

"Isteri tokey kedai runcit dikejarkan ke hospital sebab tercekik nasik.."

Ha, hambik korang.. sibuk sangat nak petua kan..


2 comments:

FVN said...

aku nak transfer lelemak kat ko la..
miahahahaha

AQisH said...

haha..ko kan asal gi kedai jer mcm² petua ko kasik kat tukang kedai tu kannn :p

(aku yg menjaki sbb x kurus²)