Aku rasa la kan.. bukan mak aku je yang sebut camni.
Sabun basuh serbuk = Breeze
Walaupun selalu beli jenama bio zip tak pun
Sabun buku = Fab
Selalu beli brand Harimau Kuat
Ubat gigi = Colgate
Padahal selalu beli Sparkle ataupun Fresh & White
Pencuci pinggan = Axion
Padahal tak penah pun beli jenama Axion. Beli pencuci cecair Zip
Ha, satu²nya yang jenama yang tepat. Iaitu mi segera. Iaitu MAGGI. Jenama lain memang amat jarang beli. Boleh dikatakan tak penah pun. Kalau beli pun.. Mamee in my mug. Eh.. sedap gak tuh. Karang balik beli sebungkus lah..
LAMPU SULUH pulak.. dia akan panggil BATERI. Haih.. mak aku nih..
Ni, paling tak boleh tahan sekali, BATERI dia akan sebut UBAT.
Sila rujuk ayat di bawah:
"Nonie, nanti balik beli ubat jam."
aku balas..
"Klinik mana yang jual ubat untuk jam ye mak?"
dia balas..
"Kena kau nanti kat rumah.."
Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim
4 years ago