KAWAN²

Monday, October 19, 2009

Letih dah garu..



(aku ni menaip sambil menggaru..)

Aritu aku gi salon. Buat rambut sikit kononnya la. Pastu aku rasa badan kaki aku gatal sangat. Aku saspek ubat rambut tu la penyebabnya.

Balik rumah.. Makin gatal.. gatal.. dan gatal..

Aku tengok kulit aku dah merah². Garu.. wahh.. syoknya.. sedap tul menggaru.

Pastu.. padan muka aku.. merah² makin banyak.. makin merebak satu badan. Pastu diikuti dengan bengkak. Tebal weh kulit badan aku. Macam cengkerang kerang.

Paling serius kat bahagian peha aku. Aku ada snap gambar.. Tapi wire nak transfer pulak takde. So, tak dapat la korang nak tengok rupa paras bengkak tu.

Doktor kata, aku allergic makanan. Bila aku ingat balik.. aku cuma makan telur goreng ngan ikan jehanak sambal.

Yee.. mungkin ikan tu tak bersih makanan dia. Almaklumlah.. abang aku pancing kat kolam singa laut. Tah apa makanan ikan tu kat kolam. Tah² stokin buruk.. takpun taik. Hiyeeee..!!! Jijik sungguh kan?

Ubat yang doktor kasik tu pulak.. Bikin aku ngantuk.. ZZZz.... je tak sudah. So, aku tak dapat sambut deepavali.

Jemputan open house rumah kawan aku pun terpaksa aku ponteng. Aku taknaklah.. Pakai baju vogue² .. Tapi tangan dok garu² satu badan.. Apa kes??

Sudahnya.. aku makan ubat.. tido je..

Ni pun aku separa sedar..

Kesimpulannya la kan.. makan je la ikan laut. Dah tentu² bersih..

Dah.. nak gi jumpa doktor lagi. Nak amik injection. Adeh! jangan la dia cucuk montot aku..


5 comments:

Fatt Chin Choy said...

cuti yg malang ler ni
hehe

GiGGLe GaL said...

kesian kat ko noni.. aku rasa ko ni dah kene buat carta..ape ko makan..ape yg boleh dan ape yg tidak..

tensyen wooo..kene kegatalan mcm nih..

F A R Y N said...

sian ko weih...

pinkiss said...

Fcc:
aallaa.. jgn la cakap cuti yang malang.. tak berapa nak malang la.

gg:
ha, macam carta weekly top 40 tu ye?

faryn:
sian aku kan..

CIKPEDOT said...

yenna?? ko tak raye deepavali??? aku raya keling sakan kat area rumah aku.... marbeles