KAWAN²

Thursday, October 22, 2009

Masih menggaru..


Masuk ni dah 2 hari aku MC untuk minggu ni. Masuk ni jugak.. Dah 3 kali aku pegi klinik..Eii.. Tak suka tau!

GEGATA AKU BELUM SEMBUH..

Ari sabtu aku dah gi klinik.. Kemarin gi klinik kulit pulak. Lepas kena cucuk montot.. Gatal2 tu pun menghilangkan diri. Pastu malam tadi.. tumbuh balik. Gatallll..

Seperti biasa, bangun tidur aku akan terus tengok cermin. Ya Allah! Tidak cantik seperti hari2 sebelum ni.!

Mata aku bengkak.. Muka pun bengkak.. Dagu pun bengkak.. Dah senget macam orang salah urut dagu lepas cucuk botox. Eceh.. macam tau2 je aku ni kan?

Betul.. Muka aku dah senget dah. Mata bengkak macam panda. Pegi klinik terpaksa pakai sunglass. Peduli hape aku? Aku taknak dorang nampak kepandaan aku. Lagipun.. Nampak la gojes gak walaupun muka bengkak..

Procedure biasa pegi kelinik.. Letak IC dan tunggu nombor giliran. Orang punya la ramai.. Bawak bekal majalah sebagai peneman. Boring weeeii..

Kerimasan aku mula melanda.. bila orang sebelah tu dok tumbuk2 bahu suami dia. Urut2 la tu kot.. Dan, kerusi pun bergoyang2. Dan.. aku rasa amat tak selesa. Sekali aku toleh, terus berhenti aktiviti menumbuk itu. Lega..

Pegi pulak bilik 5 untuk amik darah.

Kaunter yang agak menghawaukan bagi aku. Semua orang bediri kat pintu.. Nurse pulak panggil nama dengan mulut ber'face mask'. Mana la orang nak dengar.. Tapi aku fokus.. Taknak sampai nurse panggil nama aku berulang. Yelah.. Sebab aku nak cepat selesaikan rawatan.

Lepas amik result darah.. jumpa lagi doktor tadi. Mamat kelate.. Tak paham sungguh aku apa yang diperkatakannya. Panjang pulak cerita dia .. Bagi pendapat.. Apa perlu makan.. Yelah.. aku dengar je..

Kaunter ambik ubat.. Mesin angka giliran pulak padam. Guna manual je. Tunjuk nombor.. Bangun la ko gi kaunter. Agak2 mata rabun.. telinga pekak.. memang akan bermasalah.

"Tak fokus la tuh'.." kedengaran suara seorang makcik mengomel sendirian. Dengan tangan kirinya tersangkut henbeg berjenama Coach. Haaahaa.. Pakai coach takkan pegi klinik kerajaan makcik ooii! Dah sah2 la tu beli kat pasar Jumaat kat pekan.

Ceh.. aku ni dengan mata bengkak muka bengkak pun masih sempat bersangka buruk kat orang. Eh.. masuk akal jugak kan?

Dah lah.. aku nak makan ubat.. lumur ubat satu badan.. Pastu nak zzz..


6 comments:

ZARA 札拉 said...

Nonie sayang~
semoga cepat sembuh~

AQisH said...

tin oii..makin gatal2 bdn i baca n3 u ni huhu..

mlm ni pon i nk gi cucuklah..x tahan menggaruk kat tpt2 sensitip lak tu owaa..:((

Fatt Chin Choy said...

untung pakcik tu ada org urutkan
ko tade... hehe

CIKPEDOT said...

kesian daling i..

green apple said...

yes...agak masuk akal.

hahah.

GiGGLe GaL said...

wei... ko standby calamine lotion.. agak2 ko menggatal lagi, sapu je satu badan..