KAWAN²

Friday, October 31, 2008

makan apa, makan di mana?

ha.. aku ni kalau menjelang waktu nak lunch mmg ada satu masalah yg akan melanda. tak tau nak makan apa. tula masalah aku setiap hari kalau waktu bekerja. cam arini time aku tgh buat keje sambil baca blog kawan aku, tiba2 aku dpt idea nak makan mi sup. bkn ape, rasa malas la pulak nak telan nasi arini. habis baca satu tajuk, idea dtg lagi. hmm.. bihun tomyam pulak. pas tu siap tanya pendapat pulak kat kawan sorang ni. dia kata okey gak idea aku tuh. hmm.. yes! yes! nak makan bihun tomyam. sure merah kang muka aku ni menahan pedas. aku ni mmg x tahan pedas.

tepat jam 12 06 minit 35 saat, aku pun g la lunch. sambil jalan menuju ke kedai makan tu, mcm bese la aku kalau x komplen benda or apa2 ajelah yg aku nampak. itu tak betul la, ini x kena lah. driver keta tu sengal la. apa lah. biasalah, nature of me. bila sampai destinasi, tiba2 selera aku berubah lagi. tau x aku makan apa? ni ha, sila lihat visual di bawah.

tarraa.. ini la dia lunch aku arini. mmg lari dari idea2 asal. nasi putih, kangkung goreng belacan, kacang panjang goreng, kentang goreng msk dgn udang kering dan ayam tah apa tah resipi tu. mcm rasa manis2 pun ada. masam2 pun ada. ahaa.. tapi bukan sweet & sour tau..

kalau makan kat kedai ni, sure dia kasik sup free. nyum.. nyum.. sup tulang ayam bersama dgn kentang dan lobak. lebih kurang mcm sup abc la. hish, selera betul aku mkn arini. sebab ada sup. ya! aku mmg suka sesangat ngan sup.

pasal visual selesai makan, aku x dapat siarkan kat sini. ish, kang korang tak0t or x percaya dgn visual tu nanti.. cukuplah aku nyatakan, pinggan yg berisi penuh dgn lauk n sayur2an telah licin aku belasah hanya tinggal pinggan kaler oren and mangkuk kaler biru je. tu la pasal aku x brani nak siarkan visual tu kat sini. kesimpulannya.. makan dgn sihat, sihat sepanjang hayat. sekian.

1 comment:

AQisH said...

woiii..yoyoor tanya bihun tomyam kesudahannya nasikk citt :-p aku br blk cokit ni hehe..