KAWAN²

Wednesday, October 8, 2008

Durian oh! Durian


Siapa suka makan durian? Sila angkat tangan..
Nak dijadikan cerita, rumah aku memang banyak durian. Tahun ni je dah masuk kali kedua musim durian kat rumah aku. Kira2 baru dua bulan lepas musim durian tamat. Tak clear kat pokok tu, dah berbunga lagi (bukan bunga2 cinta tau..). Aku ni bukan apa, tak suke ngan bau dia tuh. Bisa pusing kepala aku nanti. Aku ni bukan pencinta durian. Tapi kadang2 bila jiwa kacau aku akan makan durian tu tanpa perasaan. Kira2nya macam lepas tensen gak la.

Ish, dah lari dari cerita yang sebenarnya pulak aku nih. Sebenarnya, kat main entrance rumah aku tu ada sebuah pokok durian. Kalau korang datang rumah aku, korang akan disambut oleh pokok durian tu. Ish, Banyak betul pokok tu berbuah kali ni. Family aku panggil durian tu "Durian Jalan" sebab kedudukan pokok tu kat jalan naik kat rumah aku. Aku ni, bila musim durian, rasa takut je nak lalu bawah pokok durian tu. Takut kena timpa durian. Orang2 tua dulu kata, kalau kena timpa durian, boleh jadi kaya. Tapi aku tak percaya. Mana ada orang kena timpa durian boleh jadi kaya? Kaya kudis kat kepala ada lah. Ish, musykil betul..

Semalam time aku balik rumah di kala remang2 senja, ku lihat ada dahan besar mengganggu laluan aku. Aku pikir ish, jgn la dahan durian ni patah. Harap2 dahan pokok cempedak. Tetapi..Adoila.. rupanya mmg dahan durian. Oh tidak!! Lebih kurang 20 biji durian yang dah 3/4 masak dah jatuh ke bumi. Adoila.. sayang betul. Baru aku hengat nak ajak kawan2 dtg buat DURIAN DAY minggu ni. Terpaksalah aku call off rancangan aku tuh. Kalau korang tak percaya, tgk gmbr yg aku sempat amik pagi tadi sblm aku berangkat ke opis. Ha.. Ada percaya..? Kesimpulannya.. Jangan makan durian bersama2 dgn buah manggis. Kalau nak rasa duduk ICU, sila cuba.


2 comments:

Minami said...

pasal durianla i kentut busuk gle xhenti2(buah hati version),,,,habis sudah org2 dlm LRT i kentutkan..hahahahahaha

Minami said...

pasal durianla,arini i kentut xhenti2(buah hati version)....habis sudah org2 dlm LRT termakan kentut i...goreng pon sodap..hahahahahaha...