KAWAN²

Monday, October 20, 2008

Tangkai Jering

Kalau ari Isnin, bermulalah kisah pasal hujung minggu yang lepas. Kalau minggu aritu kisah memetik buah limau lain pulak cerita aku kali ni. Hehee.. Ni kisah memetik jering pulak. Jering ni mmg setengah org tak suka. Kalau nak awet muda, makan la jering. (Eh,betul ke?) Betul la kot. Pasal jering ni kan sejenis ulam. Kalau sesapa x tau jering ni camne, silalah lihat visual di bawah ni ye. Sila2..

Ha, inilah yang dia buah jering. Ni belum diasingkan dari tangkainya. Orang kata jering bersama tangkainya @ tangkai jering.

Ni pulak jering yang telah diasingkan dari tangkainya. Dah cun sikit. Dah taruk lip lining and celak sikit. Ha, Camne, cantik tak?

Ha, dah tau camne rupa jering, mesti nak tau sapa yang kait @ petik buah ni kan? Ha, ni dia penyertaan yang aku terima untuk pertandingan memetik jering. Penyertaan oleh : Dari bawah Alissa Jasmine, Nashriq Hakim, Nadia Aqilah & Luqman Hakim. Inilah dia peserta2 untuk pertandingan memetik jering.

Malangnya, penyertaan peserta kanak2 telah dibatalkan disebabkan peserta2 masih berada di bawah umur dan dikhuatiri akan berlaku perkara yg tidak diingin seperti jatuh pokok, tekencing di dalam seluar atau menangis sebab tak dapat turun dari pokok yang tingginya melebihi bumbung rumah aku. Dan peserta yang terpilih untuk memanjat dan memetik buah jering adalah en. abdul razak iaitu ayah kepada nashriq hakim & luqman hakim. Bukan apa, dia ni pro dalam acara panjat memanjat ni. Tu dia, siap berposing atas pokok dengan gaya seorang pemenang.. Cheese.. Kesimpulannya, cucilah tandas bersih2 kalau makan jering secara berlebihan. Dikhuatiri akan menusuk ke kalbu hidung org lain. Sekian..

2 comments:

sanibagus said...

Jering aka Jengkol

AQisH said...

ayat kesimpulan ko tu mmg aku setuju sgt² hik² aku mmg tak reti mkn jengkol yg mentah2 tu..mak aku suka goreng berlada ngan ikan bilis ataupun buat gulai baru aku bleh mkn hehe..