KAWAN²

Wednesday, August 12, 2009

Duit yang aku kumpul, boleh beli side mirror je..


Bangun waktu pagi di hari bekerja memang rasa sangat jahanam. Mencik..

Lagi² bila ada kata² jahanam ini, "baring la lagi.. sedap ni duduk dalam selimut"..

Itulah kata² dari Gina, roomate aku aka anak buah aku. Dia tu boleh lah.. keje sendiri. Sukati dia nak bangun pukul berapa.

*Sigh*

Tiba² aku terkenang waktu dulu. Time aku takde kereta lagi. Betapa sukarnya hidupwaktu tu bila hujan turun.

Terpaksa tunggu hujan reda. Baru boleh keluar pegi bus stop. Naik motor. Kalau hujan masih tak reda, aku redah jugak dalam keadaan renyai² tu. Baju yang bercorak kosong akan bertukar la menjadi polka dot.

Naik bas, belum tentu dapat seat. Berdiri macam patung pun ada. Itupun kalau boleh berdiri tegak. Kalau bas penuh macam sadin cap cinta, alamat buruk la kedudukan postur badan aku. Tak bengkok sangat, tak tegak sangat.

Dah sampai destinasi, terpaksa pulak jalan kaki menuju ke tempat kerja. Kalau hujan masih tak reda, harung je lah hujan rintik² jatuh atas jalan.

Eiii.. sukarnya rasa time tu. Tuhan je yang tahu.

Alhamdulillah, lepas tu aku dapat pakai kereta. Itu pun mak aku yang belikan. Bukan apa, duit yang aku kumpul time tu baru cukup untuk beli side mirror keta. Keta apa tau tak?

Kereta Bentley.. Hahahaa. pala otak aku Bentley. Hahhaaa..

(eh.. apasal rasa tumbuh tanduk pulak ni?)

Walaupun aku belum mampu nak beli bentley, (pala otak aku sekali lagi..). At least, aku ada ferrari (pangggg! kenari lah!) yang banyak berbakti kat aku dan family aku. Boleh antar mak bapak aku gi kenduri kawin, gi klinik, antar adik aku pegi balik asrama dan banyak lagi la.

Tak lupa juga, pegi cari pasal. Lalalaaa..

Walaupun aku tak pakai civic (datin siti, sila terasa), at least kereta aku ada pemegang minuman kat pintu depan. Hanya dengan menekan sekali butang (itupun setelah ditekan dengan sepenuh tenaga), pemegang minuman akan terbuka.

Kereta korang ada ke?

Ceh, nak sedapkan hati sendiri la tu..

Apa pun, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.





10 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

alahai~

kita kan nak beli lancer kan?

skyline kan?

tak payah civic2 tu semua~

.ieLah. said...

yep2!
sokong zara!
yeah

guapunyahal said...

dulu kat kampung..gua naik kereta lembu jer.. kat negeri mana yg ada kereta lembu?

heheh

AQisH said...

ehh..mcm terdengar je org dok panggei² nama i :-p ala dulu pon i mampu beli wiper sibik jer tin oii..huhu..

apapun pemegang minuman tu mmg i xdelah wpun byk butang kat pintu dpn..so lg canggihkan ferrari u tu..lalala ;-)

Karbon Kopie said...

oke la tue kak..ade ferrari..aku nie xde menda..harap muke jea la..ekekekekeke..tue pon xseberape...tp boley blah gak la..ekekekeke...(pale otak aku ;p)

akak..i lap u..bile nak datang oman?meh aku bawak jalan2 naek beskal..
ooooo...xsudi ek naek beskal?yela2 kite org susah...(pang!da tampar diri semdiri ;p)

DramaQueen said...

ok la tu.. ade ferari.. ri ri blakang tu da ble join ngan kenari.. aku ni ha.. cekodok penyek jer..ekekeke...

wei.. lama ko tak hapdet.. naik tensyen aku menengok sawang2 ko nih..

lavidalabelle said...

oklah tu. keta comel.

aku suka keta comel2 nih.

pinkiss said...

zara:
eh, ye tak ye jugak kan. lupa la pulak akak.

ielah:
angkat dua tangan tanda sokong.

gua:
M.A.L.A.C.C.A

aqish:
hhmm.. ni nak sedapkan hati u ke hati i ni tin oii..

mrsJ:
ko tu kan, mmg tau.. suka goda aku gi naik belon gi sana. meh antar riyal kat aku.

giggle:
alah, ko tu tensen manjang. kan ke dah soping aritu?

belle:
aku pun suka. laki comel laaaagi aku suka. lalalaaa..

yanizan said...

oiiiittt...keta aku pun ada holder cm keta ko gakk....anak aku suka parking botol susu dia kt situ..ngeh ngeh

alladiin said...

eh..keta wa pun tak de cup holder tu lah.. sib baik bini wa selalu tolong pegang...