KAWAN²

Friday, August 14, 2009

Selekeh.. serabut.. siapakah gerangannya??


Klinik merupakan tempat paling aku tak suka lawati. Eh, ada ke orang lawat klinik? Adaaaa.. sesapa yang malas kerja, berniat nak monteng.. maka dia suka melawat klinik. Tak gitu?

Dulu time aku remaja, aku selalu cepat kena penyakit. Demam, selesema, sakit perut.. Eii.. time tu tak reti jaga kesihatan kot. Tau nak poya² je.

Sekarang aku belum tua, tapi dah dewasa.

Time aku remaja, penyakit tu selalu serang aku waktu malam ke pagi. So, kena pegi klinik 24 jam. Bukan pegi 7 Eleven. Kat tempat aku tu kiranya byk la jugak klinik dengan signbord 24Hours. Tapi, kuhek dorang.. Signboard je pasang. Tapi pukul 10 malam, dah tarik shutter. Apa kes?

Kes malas nak berjaga sampai pagi.

Takpun, nak jimat belanja gaji doktor.

Ada satu klinik kat pekan tempat aku. Time tu aku pegi sebab aku pening, muntah tak henti². Haa.. mula la nak SASPEK aku tu.. Sebab aku keracunan la. Dulu aku semua blasah. Tak kira, janji aku suka. Tak penah pikir segala makanan yang aku telan tu bila bercampur gaul mesra dalam perut boleh mengakibatkan HURU-HARA.

Bayangkanlah.. makanan panas, sejuk semua aku belasah sekaligus. Tak penah ikut urutan.

Jawapan : Pikir la sendiri.

Pegi la jumpa satu doktor kat poliklinik ni. Time tu pukul 2.00 pagi. Mata pun tak berapa nak terang sangat.

Tetiba ada satu lelaki tu berbangsa india, berambut panjang yang disimpulkan di dalam topi.

Apa pandangan korang time tu kalau korang jadi aku?

Adakah dia pesakit mental atau pun penagih dadah?

Lalu dia menegur,

"adik, apa sakit.."

Aku buat bodoh je. Dahlah rasa macam nak pitam, ada orang gila pulak menegur. Karang.. aku jawab dengan selipar karang.

Menunggu untuk nama dipanggil ke masuk bilik rawatan merupakan satu masa yang dirasakan amat jahanam. Walaupun waktu tu takde pesakit. Tak tau apa pembantu tu buat. Tidur sekejapan, mungkin..

Aku rasa makin nak pitam bila masuk bilik rawatan, orang yang aku sangka gila dan penagih itu adalah DOKTOR.

Ye, dia adalah seorang doktor.

Adalah sangat tidak percaya. Seorang doktor boleh berpakaian seperti itu. Selekeh, berambut panjang, berbaju lusuh dan tidak terurus.

Tapi kan, dari cara dia merawat.. Bagi nasihat.. Pandangan..

Dia memang seorang doktor.

Paling tak boleh tahan, dia ajar macamana nak buat capati.. tepung apa dan pasaraya mana boleh dapat tepung tu.

Lepas tu, kitorang selalu pegi klinik tu. Kira dah jadi klinik panel family aku. Kikiii..

Errr.. psssttt.. aku ada satu gelaran untuk doktor tu.

Hahahaa...

Iaitu..

DOKTOR SERAM.

Tak jahat kan aku?



6 comments:

GiGGLe GaL said...

klu aku pon, seram nengok doktor tu..ekekeke.. sanggup aku balik..sakit kat umah pon tak pe..

mRs.jUkoGYu said...

tak menahan sungguh kak,ko bagi name beliau...

yg ko tulis atas skali tue kak..terase plak aku neh..haiiihhh...dolu la mase zaman keje2...tiap bulan mc..amik cuti sakit pompan..padahal xde pon..ekekekekeke..

TiNiE said...

kekekeke..gelak aku weih, ko mmg pandai membuatkan tali perut aku bergoyang..sudahnyer, org mental tu doktor ek..sabo jerla...

Poyo said...

tu la pinkiss,
Orang putih ada buat pepatah,
"Don judge a book right the Cover"
Tapi kalau Cover girl, takpe.. (^_^) Wahahahlalala..

alladiin said...

so, lu ada cuba buat tak capati tu...?

F A R Y N said...

aku lom tua tapi dah dewasa..

hahahaa..suka betul aku baca statement tu..wakkakaka