KAWAN²

Wednesday, August 19, 2009

Eh.. Eh.. Akulah tu..


Dah lama rasanya ada blog. Tapi takde pulak cerita pasal diri aku..

Meh.. aku nak bagitau pasal @ku Pinkiss = aku lah tu.

Kaler
Walaupun aku cakap aku ni pinkiss, walaupun aku rasa aku nak cat keta aku kaler pink.. tapi aku tetap suka kaler lain selain pink.

Untuk tshirt, aku lebih cenderung untuk pilih kaler putih. Pink tu ada gak, tapi kebanyakan kaler putih. Bukan apa, nama suci dah bersih. Ahaha..

Sila jangan panggil aku Cik Putih okeh??.

Makanan
Aku ni teramat la suka makan sayur. Bagi je aku sayur apa pun.. aku akan makan dengan penuh kegembiraan.

Setiap sabtu pagi, aku mesti pergi tesco. Sebab banyak sayur baru dia letak waktu pepagi. Yeyeee.. aku suka. Satu troli aku akan dipenuhi sayuran. Adoila.. syoknya. Lambat nak tunggu sabtu.

Aku ni suka makan. Tak kira waktu, janji perut lapar je.. aku akan makan. Walaupun waktu tu jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Tengah tido pun aku boleh bangun makan nasi kalau perut terasa lapar. Tak boleh tido wooo.. tak nyenyak.

Dorang kata, usus aku panjang sampai lantai.

Mencik la.

Kereta
Aku ni suka la sangat dengan kereta. Kereta aku sekarang ni, Kenari kaler merah. Comel lmacam aku gak.

Impian aku nak beli Toyota Caldina (i lap u lah!). Insyaallah, ada rezeki nanti, aku nak beli sebijik kaler itam.

*Tongkat dagu pandang siling*

Soping
Aku suka window soping. Sukaaaaaa sangat. Eh, ada ke istilah window shopping? Takde rasanya kan? Menipu.. window konon.. Biasanya kalau niat nak window, pasti ada sesuatu yang aku beli gak. Aku mudah terpedaya dengan diri sendiri sebenarnya.

Sebab nafsu, poket binasa.

Tambahan
*Aku suka kanak². Tapi pastikan kanak² tu cumil. Tak cumil, aku tak suka. Mintak mahap.

*Orang kata aku sombong, belagak, bossy. Ye, aku ngaku. Kalau jumpa sesapa kat luar, aku takkan tegur. So, sila la tegur aku dulu ye.

*Aku ni garang. Terutama dengan budak², aku amatlah strict. Aku umpama cikgu disiplin untuk anak² buah aku.

*Kalau boleh, semua benda aku nak beli secara drive thru.

Eh.. dahlah.. kang panjang sangat la pulak entry ni. Cukup.. tak boleh beritau semua.


Daaa..





11 comments:

Poyo said...

Pinkiss,
Bila aku lalu mana2 shopping kompleks yang ada sale, sure aku terbayangkan ko ada kat dalam shoping kompleks tu. (^_^)

mRs.jUkoGYu said...

kak aku kan..kalo tengah tdo..tetibe terjage lam kul 1 or 2 pagi kompem teringin minum air sirap...sirap ais lak tue...kalo aku xminum sudah nyer sampai pg xtdo..hehehehehe...

EraNaZeErA.. said...

wah... nnti kalu akak dah beli keta cardina... nak tumpang merasa naik bleh... hehehe

pinkiss said...

poyo:
apa ko hengat aku ada di mana² ke? byk sgt la duit aku.

mrsJ:
kurangkan minum ais ye adik.

eranazeera:
buleh je. bawak anak² tu sekali. pastikan dia tak bawak pen ye. karang koyak kusyen keta aku.

alladiin said...

beb..klu lah lu duduk kat cameroon...sure muka lu akan tukar hijau cam hulk tu sebab tiap2 hari makan sayur... anyway, goodlah makan sayur byk2..cuma kekadang sayur kat msia ni byk sgt racun serangganya..

GiGGLe GaL said...

punya panjang.. baik ko cakap je..

eh..aku lah tu.. "yg gorjes"

haha..bukan kene bayar pon..ekeke..

AQisH said...

ehh ye ke tu u tin..mcm bkn jer...haha..larikkkk..:-p

green apple said...

akak suka pink walaupun blog akak kaler oren dan nama akak green apple.

pinkiss said...

alladiin:
wa ingat nak pindah duduk kat cameron je. aman damai.

giggle:
aku nak gak cakap camtu, karang orang kata aku ni perasan tak sudah. memang pun.

aqish:
errr.. tuan punya durian pun bukan i rasanya. (padan muka u)

green apple:
ko tu memang. eerr.. umah ko santek la.

AQisH said...

alaa tinn..jgn ler kijamm tinnn..owaaa..tuan punye durian..kambekk..

F A R Y N said...

aku cumil..
harap ko suka aku...




hahahahhahaahahahaha