KAWAN²

Wednesday, July 11, 2012

Feeling² MasterChef la kan?

Kalau haritu aku suka makan togeh tumis dengan bunga kantan, sekarang aku suka pulak udang butter basah.

Mula² buat tak berapa nak sedap. Rasa okey² je. Tapi habis jua. Ececehhh.. Sedap la tu kan? Resipi ni sebenarnya aku dapat dari anak sedara aku.

Senang je sediakan udang butter basah ni.

Bahan²:
Udang
Daun kari
Cili padi (potong bulat² macam cili potong kat kedai)
Butter
Susu Cair
Gula sikit.

Panaskan kuali. Masukkan minyak. Goreng udang ni. Goreng gitu je. Takyah tambah garam ke kunyit ke apa.Udang, ikut sukahati ko nak banyak mana. Kalau ko ke, anak ko ke, laki ko ke, hantu udang, sila lah letak banyak².

Dah siap goreng letak tepi. Jangan pulak ko ratah udang ni. Kang makan daun kari je last².

Amik kuali lain yang bersih. Jangan pulak ko pakai kuali tadi. Dah kotor kan?

Panaskan kuali, masukkan butter. Masukkan daun kari dengan cili potong tadi. Agak² dah kering dan naik bau, ko masukkan susu cair. Kalau udang banyak, letak susu tu lebih sikit. Ha, ko letak gula sikit. Susu cair ni dia lemak je. Takde manis pun. Yang manis tu aku. Eh.

Kacau lagi, sampai dah agak pekat. Pastu ko tutup api gas tu.

Pastu ko tuang atas udang tadi. Tuang rata². Udang tu ko susun la elok² sikit. Kalau ko rajin, potong cili merah, buat macam bunga. Ala² MasterChef gitu.

Pastu, ha.. dah, pegi makan udang tu.

Hasil gambar menggunakan hp nokia cokia c3 aku. Okey gak la kan? Janji nampak imej udang tu.

Selamat mencuba.

Sekian,
Dari saya, Chef Pinky.



7 comments:

AQisH said...

eh..aku nak pakai kuali tadi tu jugak..tapi aku basuh la duluuu..

TiNiE said...

aku pon sama, pasai takder kuali lain dah. kah!
mcm best jer. nak try la nnt...

FARYN said...

aku nak datang makan boleh tak?
haahahahaa

pinkiss said...

Aqish: dasar ko kuali cuma sebijik. puii..
Tinie: ko cuba masak dik.
Faryn: meh jemput². sila.

pinkiss said...
This comment has been removed by the author.
Karbon Kopie said...

sedap je mcm kak. taugeh dgn bunge kantan xpernah pulak mkn. bg resepi kak hoi.

✿dazZdaEng✿ said...

owh tak isi telur ek..
sedap la...
kakdaz mmg suke udanggg..