KAWAN²

Wednesday, July 8, 2009

Hmm.. inilah akibatnya.

Aku ni kan, kalau boleh.. semua benda nak cepat. Berjalan nak cepat.. Drive nak cepat.. Buat keje, kalau boleh dalam satu masa 2-3 kerja aku nak buat sekaligus. Macam la jari aku ni ada 12. Cett.. kalau ada 12, cacat la tu namanya.

Peha aku ni.. Lebam sana sini. Sebab nak cepat bergerak dari meja aku ke tempat lain. Pupp!! dah cium bucu meja dah peha ni. Kalau berjalan, nak laju saja. Inilah akibatnya.

Tapi bab makan, aku slow and steady. Makan haruslah dinikmati. Tak boleh laju². Kang tercekik.. mampos. Orang kata, aku ni kalau tengah makan, nampak cool and betul² menikmati makanan. Wa cakap lu.. Orang tak lapar pun boleh rasa nak makan kalau tengok aku makan..

Pastu kan, semalam aku ada la text msg kat sorang mamat keparat ni. Cett.. keparat pun aku sms gak. Papetah kan? Alaa.. Bukan nampak muka pun. Sebenarnya, member aku sorang ni yang suruh aku kacau mamat ni. Ada la halnya tu dengan dia.. Aku pun ON je la. Takde sapa nak marah pun kan?

Kira dah dekat seminggu la jugak aku dok bersms dengan mamat ni.

Lagipun aku tak guna nombor biasa. Aku guna nombor satu lagi. Nombor tu aku panggil, nom bor SESAJA.. Nak mampos kasik nombor personal kat unknown? Eii.. silap tu. Mula² aku sms biasa je. Dia pun layan. Tapi bila dia kol, aku tak jawab pun. Malas. Takde hati nak jawab. Aku ni mmg tak akan jawab panggilan dari orang yang aku tak kenali. Setakat sms tu.. Okey² je.

Lama kelamaan, sms dia berbunyi yang agak tak menyenangkan mata aku membaca dan menggelikkan serta menggetikkan ketiak. Makin lama makin gelik. Makin gelik. Dan gelik.

Aku pun sms la kat member aku ni (yg kasik no mamat ni). Sms berbunyi begini. "eei.. aku makin gelik la dengan si kontol tu." Ni la sms yg aku antar kat member aku ni. Takde sebarang perkataan yang aku nak sensored kan okey? EXACTLY. Takde sapa nak tapis pun. Blog aku.. Aku sendiri la tapis. Pehal??

Nak tau tak? Aku TERhantar sms tu kat mamat tu. Adoila..

Ni lah akibatnya kalau semua benda nak cepat. Tak check dulu nombor. Main send je..

Lepas tu mamat tu balas camni "i sedar.. i dah ganggu hidup u selama ni. I harap u bahagia. I tak akan kacau hidup u lagi. Take care."

Kakaka... kiikkiii.. hahahaaa..

Ada aku kesah?



9 comments:

ZARA 札拉 said...

kalau aku akan balas semula...

"akhirnya u sedar..alhamdulillah~"

hehehe~

adanz said...

betui ka ko tak kesah, abis naper sampai masuk dalam blog? hmmm ada aku kesah? hak hak hak

alladiin said...

haha... elok gak tu tersalah hantar. Terus tutup buku. Kalau tak, sure berpanjangan dlm keadaan lu tak suka...

pinkiss said...

zara :
aku terus tak balas sampai ke hari ni.

adanz :
sebab tak kesah la aku citer dalam blog..

alladiin :
itu salah satu cara untuk elakkan diri. wa setuju dgn lu.

AQisH said...

pasni u nak sms mamat mana lak tin oii..hahaha..larikkk..:-p

Hidup KOKA said...

issh....... mamat tu balas ngan penuh jiwang!!!!

Buat malu jantan aje!!!

.ieLah. said...

kehji la noni .hu
tapi aku selalu jek tersalah send sbb nak cepat.
hoo

pinkiss said...

aqish:
i sms dato Z blh tak? pannggg!! adoi..

koka:
jiwang tu sampai karat kot.

ielah:
aku keji yang tersurat.

mRs.jUkoGYu said...

hahahahaaha...gue pon penah tesalah anta..nak anta kat incik zaki terhantar lak kat kawan gue..sungguh malu..seb baek xde ayat2 lucah ketika itu...;P