KAWAN²

Monday, July 6, 2009

sesekali tu okey gak.. tapi kalau selalu sangat.. boring kot.

Depan rumah aku ni ada jiran baru buka kedai kopi. Kedai kopi di bawah pokok mangga. Tak lah sehebat kopi putih pekan lama. Ala² boleh blah gitu.

Dah beberapa hari ni aku dok slow kereta aku bila lalu depan kedai tu. Nak tau la gak apa yang dorang jual kat warung tu. Apa² boleh, yang penting.. ada teh tarik. I likee..

Tapi.. teh tarik takde. Sebab dorang belum belajar tarik. Hmm.. milo panas pun boleh lah. Bior panas badan aku. Malam karang.. tido buka baju. Hukkk..

Harini aku gi la testing kat kedai ni. (Ni baru balik la ni..)

Aku dtg ngan adik aku ngan 2 lagi anak buah aku. Semua pompan yang cun melecun la kira²nya. Aku ckp cun sebab nak suruh korang cakap.. hmm.. hampeh.. Dulik la. Lepas tu jiran aku datang join. Pastu sorang lagi join. Pastu sorang lagi join. Cewah.. Cam ada magnet pulak rasanya.

Kami ni.. (aku terutama sekali) amatlah jarang join dengan penduduk kat tempat aku ni. Bukan apa.. Pagi aku keluar.. petang aku balik. Weekend, selain dari ukur jalan, aku duduk rumah.. Untuk campur gaul dengan dorang.. amatlah jarang sekali.

So, dengan kesempatan ni.. dapatlah aku duduk borak² dgn dorang. Eceh.. kelakar rupanya dorang ni semua. Tak pasal² aku jadi pontianak jibam² mengilai bawah pokok mangga. Lucu weh cerita² dorang. Ke.. aku yang excited sangat? Pedulik lah.

Ada sorang tu, dia kata bila time mak dia pegi meminang calon isteri dia nanti.. tersesat gi rumah aku pun takpe katanya. Kikii.. mcam tu sekali idea dia.

Eii.. macam² lagi cerita dorang yang buat aku mengilai tak sudah. Tu yang buat aku melekat ponggong kat situ sampai lewat malam nak dengar cerita karut lawak dorang.

Ish.. sebenarnya kan.. sampai sekarang ni aku tak pecaya yang aku boleh duduk borak dengan dorang tu semua kat situ.

Musykil la..



7 comments:

alladiin said...

haha...lepas ni, klu lu ketagih borak2 kat kedai kopi tu sampai lewat mlm, sure lu boleh join wa.. boleh hilang tension beb..

ZARA 札拉 said...

er..aku juga musykil~

kamu ke orang lain?

hahaha~ (kamu kata kamu ponyianak jibam2 yang lawa)..

lalala~

rindu kamu weh~

AQisH said...

emm..u dh jadi minah kedai kopi ye tinnn..larikkk..

mRs.jUkoGYu said...

cumil la ko nie kak..;)

kacakkah mereka?sukeeeeeeeeeeeeeeeee...........;p

i.am.belle said...

bunyi mcm tempat org bunian je tuh. lenkali bawak diva belle sekali. baru hapPENING sih



p/s: kemain lagi ko mengilai. smpai kondominium aku nih boleh dengar xD miahahahahaha

GiGGLe GaL said...

wei.. jom teh tarik place.. best...

pinkiss said...

alladiin:
jom.. kita ngobrol sampai pagi.

zara:
pontianak jibam² yg cun tu aku ler.

aqish:
tak dapat lepak setarbak, kedai tu pun jadik ler.

mrsJ:
huk. dorang muka boleh blah.

belle:
pinkiss + belle = pontianak pun cabut terbang.

giggle:
jooommm..