KAWAN²

Friday, July 3, 2009

Aku yang cerewet..

Jap, kasik aku tarik nafas dalam². Fuhhh.. curi masa kejap.

Last aku post entry, 1/7/2009. Harini dah 3/7/2009. Maksudnya semalam aku takde post entry. Ala, sehari je. Nak kecoh pulak.

Aku ni amatlah banyak keje sekarang ni. Rasa mcm tak cukup masa pulak. Tapi, takkan la aku nak tido kat opis.. Eii.. tak best. Aku nak katil aku gak. Bestt.. Walaupun aku tak pakai tilam ziana zain, at least tilam aku empuk.

Aku nak citer pasal interview. Kalau ada orang tu pegi interview untuk keje baru dia.. Aku pulak interview orang nak keje kat opis aku ni.

Macam² la jenis manusia yang datang interview. Ada yang nampak kelass.. Ada tu pulak .. Hm.. sebaliknya. Takpe.. apa ada pada kelass. Janji boleh buat keje. Nak kelas, pegi sana keje kat jadi cikgu. Boleh masuk kelas tiap hari.

Aku mmg cukup menyampah dgn org yg datang interview pakai jeans. Mmg la amat GOBLOK. Apa kau hengat? Ni kedai mamak ke? Dorang ni macam tak tau etika pakaian la kadang² aku rasa.

Satu lagi, cuma bawak diri je. Sijil satu haram tak bawak. Ada tu pulak ha hambik ko, tebal macam album gambar. Letih aku nak tengok satu² (buat syarat je..) Kang tak tengok karang, cam aku malas pulak.

Hari ni aku ada interview sorang ni. Aku macam biasa aku suruh dia menaip sikit karangan la. Isi kandungan aku kasik. Taip je ikut contoh. Aku nak tengok berapa kelajuan menaip dia tu. Halamak.. Dia menaip guna sebelah tangan je. Teror betul. Aku yang bijak pandai ni pun guna 2 belah tangan. Ceh, trus aku suruh dia print separuh jalan.

Time nak print pulak, dia tanya aku.. "mana printer?" Aku jawab trus.. "klik icon printer atas tu". Eii.. Tensi betul la dengan mereka ni semua.

Ada tu pulak.. caaaakkkaaaappp banyak.. pengalaman kurang. Ni pun aku malas nak layan. Macam aku yang diinterviewnya pulak. Nyampah pun ada.

Eiii.. aku ni cerewet ke?

Kat sini, kalau aku interview.. aku suka.. bos aku pun ikut suka.

Bukan dia yang pilih,

tapi.. AKU.

Dah.. nak sambung buat keje.

8 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Jadi secara automatiknya meh sini bg alamat company.Aku nak dtg interview.Hahaha...

guapunyahal said...

dulu gua gi interview tanpa bawak apa apa sijil.. bukan tak nak bawak.. dah memang gua tak der sijil..

pastu gua dpat keja situ.. tu pun gua jawap "i want you to make my life miserable" bila di tanya CEOnya kenapa gua nak keja situ...

kuang kuang kuang

CIKPEDOT said...

aku dah abis dah zaman2 interbiu ni. nasib baik dapat assistant yang buleh digunapakai. susah ooo nak cari candidate lelaki...

AQisH said...

yg dtg pakai jeans tu..nak mintak jd driver ke hapaaa..pangg jer dia sekali tin..hahaha..

ZARA 札拉 said...

yg pakai jeans tu kau pang je kak~

hehehe~

GiGGLe GaL said...

erm.. menarik ni.. area klang lak tu.. erm.. bley aku g intebiu esok? wakakak.. aku akan pastikan skru ko sme tetanggal dgn kehadiran aku..wakakakak...

F A R Y N said...

aku nak try interview ngan ko..
musti ko suka sama aku kan...ahahhaa

TiNiE said...

bukak lagi tak interview tu weih..
gaji ada tak 10k sebulan??
kalau masih ada, aku mau ko interveiw aku..comfom leh dpt kan..