Sebelum baca kisah selanjutnya..
Sila tukar kepada mood anda kepada mood SERIUS..
Ye, aku mmg sedang serius menaip.
Sila tukar kepada mood anda kepada mood SERIUS..
Ye, aku mmg sedang serius menaip.
Kesian Riana, nama penuh dia Arianna Az-Zahra. Anak kedua kakak aku. Kakak aku dgn husben dia keje. So, baby ni dia antar kat rumah orang. Dia ni kira wife kepada rakan kerja kakak aku.
Musti rasa lega kan? Yelah.. orang yang kita kenal, walaupun tak rapat. At least, kakak aku kenal suami dia.
Kakak aku rasa dia jaga okey. Yelah kan, kita dah la minta bantuan dia tolong jagakan baby.. So, kira lebih kurang la kan. Takyah nak cerewet sgt. Syukur, sebab ada orang tolong jagakan anak kita.
Mula² okey je. Satu hari, pipi baby tu lebam. Bila kakak aku tanya, dia kata dia tak perasan. Oh, mungkin anak lelaki dia yang berumur 2 tahun tu usik² (kot..)
Lepas tu, dahi pulak lebam. Kakak aku tanya lagi, dia kata dia tak tau. Tadi masa dia jaga, takde apa² lebam pun.. Hmm.. takpelah, mungkin baby tu lasak. Terantuk kot.. (mungkin..)
Kakak aku ni memang lain sikit baik hati dia. Dia ni sangat la bertoleransi dengan orang lain.. Kalau nak dibezakan dengan aku, mmg mcm langit dan bumi. ahaaa.. aku ngaku tu.
Yang ni pulak.. kot ke.. mungkin ke.. dah takde lagi.
TENGKORAK ARIANA RETAK.
TAU TAK RETAK???
Kepala dia agak basah bila kakak aku susukan dia. Kakak aku terus bawak pegi klinik. Doktor suruh pegi hospital pulak. X-ray. Memang sah, tengkorak dia retak.
Doktor kata, mungkin baby jatuh dari kedudukan yang tinggi. Tak mungkin terantuk ke hapa ke..
Kakak aku kol dia, tanya baby jatuh ke.. Dia masih cakap takde jatuh walau sekalipun.
So, kakak aku terus stop antar baby kat orang tu. Jiran depan rumah aku yang tolong jagakan sekarang ni.
Lagipun, selama dia jaga baby kakak aku tu, berat badan dia kat bawah paras yang sepatutnya. Garisan kuning kata doktor.
Mungkin orang tu malas kasik dia makan n buatkan susu. Sebab tu baby kecik je.. pastu tak aktif. Diam seribu bahasa. Suara dia keluar, bila nangis. Tu je.
Ada satu hari tu, kakak aku kata nak antar baby hari sabtu sebab kakak aku kena keje. Kakak aku tunggu depan pagar rumah lebih kurang 20 minit, dia tak buka pintu pun. Kol, sms pun tak dijawab. Tak ke sengal namanya tu ..
Tapi, apa yang aku tengok sejak 3 hari baby dijaga jiran aku.. Dia nampak ceria. Asik ketawa² je.
Memang berbeza dari minggu lepas. Dia banyak diam je.
Kepada penjaga ariana yang sebelum ni, walaupun aku tau dia mmg tak baca blog aku ni..
Aku ada satu kesimpulan..
WAYAR PALA KO ADA PROBLEM.