KAWAN²

Friday, November 21, 2008

tabiat tak kekal

tabiat atau dalam bahasa omputih habit. semua orang ada tabiat. ada yang tersurat. ada yang tersirat. sendiri mau ingat la apa tabiat memasing. ada tabiat kekal, ada tabiat tak kekal.

ni citer pasal tabiat tak kekal aku.
tabiat aku setiap malam sejak 2 menjak ni, layan game big kahuna reef. asal malam je, ngadap game ni. walaupun ada kawan sorang ni dok bakar aku suh tonton citer pasal si Kimora Lee Simmons yang aku mmg suka tonton, aku still buat derk je. still aku lekatkan mata aku kat kahuna ni. naik merah dah mata aku ni ngadap si kahuna ni. mata mengantuk pun aku tahan je. kalau boleh, nak je aku sengkangkan batang mancis cap cili merah kat mata ni.

aku ingat kalau laptop tu boleh berkata², mesti dia dah sumpah aku jadi obor². tak pun jadi terumbu karang, tak pun jadi siput angkasa.. fuhh.. nasib baik laptop tu bisu. macam kucing kat umah aku yang bernama bisu dan sememangnya dia bisu seribu bahasa.

ingat malam ni nak cuti dari tabiat ni. nak cuci baju yang dah penuh sebakul. nasib baik satu bakul je ada, kalau ada 4 bakul maka penuh la 4 bakul tu dgn baju² kotor aku.

kesimpulannya.. aku tengah pikir apa tabiat kekal aku sebenarnya.. sekian.

4 comments:

sanibagus said...

Tabiat ke tebiat

wan mohd helmy said...

mmg setiap org lain2 tebiatnya...macam macam kan ragam manusia ni..macam aku plak tebiat aku, basuh kete...tak boleh tgk kete aku tu kotor..mesti nak kilat je...dgn tayar2 pon kena letak pengilat baru bersinar je hitam kale tayar tu..tu tebiat yg kekal...tebiat tak kekal ni ada byk..malas la nak bgtau korang...hehehe

AQisH said...

kikiki..baru aku tau kahuna tu sejenis game huhu..tp mmg best kimora smlm tu ko..rugi tak tgk..*saja kasik bakar*

pinkiss said...

sani - aku belum tebiat lagi.
helmy - cuci kereta tabiat kekal i yg lama. tapi x berkekalan.
aqish - kimora nye citer tu pasti akan diulang 80 kali lagi. almaklumlah Astro kan??