KAWAN²

Monday, November 24, 2008

semua mee segera adalah maggi..

semalam aku beli maggi hot cup perasa sayuran. walaupun dari mula aku tau yang perasa sayuran tu rasanya memang hampeh tapi aku beli jugak. bukan apa, maggi hot cup harganya lebih 0.45 dari jenama super yang harganya cuma rm1.00 je untuk perasa tom yam. so aku boleh eksen sket kat kawan aku jay (bukan nama sebenar) yang aku punya maggi lebih mahal dari dia sebab dia beli jenama super. tapi sampai skrg ni aku masih tak bayar rm1.45 kat dia.

dulu time aku sekolah rendah, aku suka makan maggi kering. maggi kering ni adalah maggi yang dihancur luluhkan dan digaul dgn perencahnya. time ni aku dengan bespren aku rina (ni nama sebenar) mmg kemaruk mkn maggi kering walaupun bapak dia keje kat MAS tapi bukan pilot. tak kira la perisa kari, tomyam ataupun sayuran. tapi biasanya kami akan beli perisa kari. sebab harganya jauh lebih murah dari perisa tomyam. time tu kami cukup bangga sebab budak lain cuma makan mamee cap monster.

masuk sekolah menengah duduk kat asrama, still makan maggi jugak. sebungkus maggi makan 5 org bersama lin, elda, erin dan iela. ni la grup kami yang bernama bbgb. malah sampai sekarang tetap bersama. walaupun iela dah anak 2 junior, walaupun lin dan erin dah berkahwin, walaupun elda dah bercinta dgn abg dut dan aku dah bertukar 6 1/2 pakwe, kami tetap bersama dlm grup yg sama. tak macam grup kacang botol yang diketuai oleh liza burung hantu. dorang berpecah sebab sorang ahli yang namanya liza pelat tak berjaya menyebut kacang botol dengan jelas. itulah punca perpecahan grup dorang.

kesimpulannya.. rambut stail maggi tak secomel rambut keriting asli. sekian.

5 comments:

ladybezz said...

isk sedey tul masa mkn megi reramai tu kan... tp manis sunnguh kenangan itu's.

bell said...

ahah best bile ingat balik zaman2 kat skola asrama dulu.

Ocha-Eki said...

megi pn best ape..kan..kan..

sanibagus said...

makan megi ke makan mamee.. nyum nyum..

AQisH said...

tp rambut aku mmg kerinting asli..sekian terima kasih :p