KAWAN²

Thursday, November 20, 2008

Godie & Olack

bukan pemain bolasepak, atau golf, ataupun pemain tennis mahupun pelumba kereta F1.

godie dan olack hanyalah 2 ekor ikan kap yg aku beli petang smlm kat kedai apek jalan meru.

sbnrnya bukan niat aku nak membeli godie dan olack. niat di hati cuma nak beli makanan ikan yg dah 1 minggu abis. so, selama seminggu la ikan² kat umah aku berpuasa. huk².. ala, seminggu je. manusia puasa sebulan. tapi aku dah kompom² tak cukup sebulan.

time dok tengah amik 2 bgks makanan ikan, aku terpandang ikan kap kat satu akuarium tu. sungguh indah sekali pemandangannya. pandangan aku tertumpu kat 2 eko ikan ni. kaler dia sungguh menonjol dari yg lain. ye, sekor kaler keemasan sekor lagi kaler keorenan dan bermata kebiruan.

aku beli la pulak 2 ekor ikan ni. pulak tu pekerja kedai ni lupa nak taruk gas dlm bungkusan ikan ni. aku pun cepat² drive balik. takut ikan² ni mati dalam perjalanan. ish, aku tak mau disabitkan kesalahan membunuh. w'pun membunuh ikan.

ni dia visual ikan² tuh.


sebagai bukti pembelian, tgk ikan² masih dalam plastik.

godie - sebab kaler dia goldish. tengok, bersinar² je kaler dia.

olack - kombinasi orange dan black. tengok kaler mata dia. biru kan?

kesimpulannya.. ikan kap tak boleh diguna untuk masak laksa. sekian..

3 comments:

AQisH said...

noni..ikan aku kat opis ni baru jer mampusycat 2 mggu yg lampau masih blom ada pengganti huhu..

pinkiss said...

aku x bela ikan kat opis, takut kang aku makan bila aku lapor.

bellmalasnaksignin said...

cute ar name olack tu.