KAWAN²

Wednesday, November 19, 2008

hati


hati dalam bahasa melayu. heart dalam bahasa inggeris. manase dalam bahasa tamil. apapun, setiap orang dalam dunia ni ada hati. cuma cara penjagaan hati itu berbeza² utk setiap orang.

Allah kurniakan kita dengan hati berwarna merah. kalau dijaga hati itu dengan baik, maka warna itu akan berkekalan. jika hati itu tidak dijaga, maka hati itu akan hitam. maksud tidak dijaga di sini adalah hati yang sentiasa ada hasad dengki terhadap orang lain atau sentiasa berprasangka buruk terhadap orang lain atau apa sahaja yang melibatkan penyalahgunaan hati.

hati tak serupa dengan kaler kereta, kereta yg tidak dijaga warnanya maka ia akan pudar atau dgn ertikata lain discolor. kalau dah pudar or discolor, boleh antar kat paint shop tukar kaler baru. nak kaler apa pun boleh. sukati kita.

tapi untuk hati yg tak dijaga, ia akan berwarna hitam. kita tak boleh nak tukar kaler hati kita ikut sukati kita.. takkan nak belah dada and sembur balik kaler hati tu jadi merah. alamat, innalillah lah jawapnya. so, sebelum innalillah, marilah kita sama² menjaga hati kita itu agar ia senantiasa berwarna merah.

kurangkanlah dari berhasad dengki dan tidak jujur dalam berkawan, insyaAllah hati kita akan sembuh dari segala macam penyakit. bila diri sentiasa berhasad dengki, sentiasa berperilaku negatif maka jiwa kita tidak akan tenteram. hidup tak aman bahagia.

kesimpulannya.. biar sakit hati jangan busuk hati.. sekian..

4 comments:

AQisH said...

spt biasa aku mmg setuju sgt² dgn kesimpulan ko tu..

bak kata Nabi klu menda satu ni kita jaga sebaik²nya pastinya hidup kita akan lebih sihat..setuju tak;-)

jehan said...

bab hati mmg penuh dgn persoalan. bkn saja berkaitan dgn kaler nye, mcmn nk jage.tapi ramai yg tk sedar pe yg sebenarnya perlu dibuat utk jaga hati supaya tak tercemar.
manusia skrg x de yg perfect.may b ade cume ssh sikit la nak jumpa.kdg2 kite sibuk nk jaga ati org tp ati sendiri sakit. kalau dh sakit mesti akan terdetik something yg not nice.. hmmm sshkan. so, harap2 kita x mudah terjangkit dgn penyakit ini....

sanibagus said...

kalau hati-hati apa pulak citer?

pinkiss said...

hati-hati bermaksud dua hati.