KAWAN²

Monday, November 17, 2008

jalan² cari makan..

aku dan window shopping memang berkawan baik. dari dulu, kini, esok, tulat, etc... mmg susah nak dipisahkan.

eleh.. korang tu pun sama gak kan? cuma xnak kasitau je. betul kan.. kan.. kan.. kalau dah namanya pompuan, menipu la tu kalau ckp x minat shopping or window shopping..

ni aku nak share pasal aktiviti aku hari sabtu lepas. gi jalan² kat jusco bkt tinggi. gi masuk kedai tu, kedai ni. tengok beg. tengok kasut. tengok jam. tengok baju. semuanya nak di torai. makan kfc. beli donut. beli tako tau (mknn jepun yg tah pape tah rasanya).

ni gmbr² yg sempat aku snap.. sila². jangan malu. aku x kenakan bayaran pun nak tgk pic² ni.


ahli rombongan. myna, gina, nashriq and luqman. aku? tukang amik gambar.

kedai buah mangga peberet aku. tapi dia x jual buah mangga atau mangga pintu. mana² aku pegi, sure aku akan singgah kat kedai ni. tengok² and belek².

ish.. rasa mcm kat oversea la pulak.. tu, ada macam salji.

amacam.. agak² boleh tak aku join patung² kat dalam ni? tapi, macam x cukup tinggi je kan?

lapar la pulak.. singgah makan kfc. budak² ni nak hot rod. nanti nak shuffle katanya.

nashriq and luqman sedang menikmati hot rod. lepas tu dorang ni asik shuffle tak sudah.

budak² ni mmg gila donut. aku? aku gila kentang je.

lepas dari jusco ni, kitorang gi sacc mall lak kat shah alam. gi tengok kain baju kurung and sekali lagi belek² henbeg. huhu.. (tapi x beli la juga).. aku x snap apa² pic kat sana. sebab budak² ni dah letih.. pastu kitorang pun balik umah.

kesimpulannya.. window shopping tu sebenarnya salah satu jenis terapi.. sekian..

2 comments:

AQisH said...

aku pon suka window²..dlm kata lainnyer retails therapy..mmg menenangkan minda kan kan ;-)

Helmy Alaidin said...

Window shopping ni sebenarnya mmg satu therapy bak kata omputih--tapi ada jugak yg kata sebagai jerat atau perangkap..memula window shopping pastu tershopping benda2 yg tak masuk dlm list...dah kempis poket. Selalunya org pempuan la yg suka sgt window shopping ni, macam my wife pantang bawak g shopping complex...mmg nak tgk itu tgk ini..belek sana sini lama lama kena belikan pulak..huhu-tapi takdela melampau sbb i pon faham kan dah itu adalah salah satu hobi org perempuan..kalo kuar window shopping, mesti makan punya la..ye la perut dah lapar...pusing sana sini berjam2=biasanya kalo i takmo terjebak macam tu,,,i pergi sorang beli barang yg mmg i nak beli...terus balik...kalo wife ikut, memula beli barang i..pastu dia nak plak tgk barang dia...lama lama dia pon dpt barang jugak...itulah gamaknya...cerita disebalik window shopping...i tak minat nak tgk2 barang ni...kalo betul nak beli baru i pergi terus beli...huhuhuh-sekian