KAWAN²

Thursday, November 13, 2008

menuju ke puncak alam

bagi aku, sapa yg cuma reti bawak keta automatik atau manual aje tak cukup bijak. kena pandai bawak dua² jenis gear tu. eksen la kunun tak reti bawak manual. dulu time masuk driving skool belajar manual gak kan? bawak kancil versi manual kan? tak pun bwk proton saga manual. takpun bawak datsun 120y manual. betul tak? mana de driving skool ajar guna keta auto.. kalau ada, tu menipu la tuh..

dulu aku slalu curi² bawak keta kancil kakak aku. wpun time tu aku x brapa nak pandai sgt bwk keta. tu pun aku blajar sendiri. masuk keta, masuk gear reverse. pastu lepas sikit clutch. yahoo! keta berjaya mengundur. happy sunggoh bila dpt gerakkan keta. mengundur pun jadiklah. dari situlah titik tolak aku pandai bawak keta. pastu abg ipar aku lak ajar bwk keta maju ke depan sbb aku dah pas mengundur. huk².. belajar keta kat kampung je. pastu aku dah pandai, aku besekan pulak bwk kat bandar. gi k.parade, g jusco. fuh, rasa terror je time tu.

pastu aku beli ferrari (sapa yg kenal aku, tau la aku bwk keta apa ek..?) tapi aku malas dah bawak manual. letih la. lgpun kt jln klang selalu jammed je. kang longgar pulak engsel lutut kiri aku ni. kat kedai pintu xde jual engsel lutut tau.. dah lama gak aku x bawak manual. dlm kira² 3thn la jg.

isnin smlm aku bwk keta kakak aku. tolong dia anta keta tu kat umah dia. fuh, aku duduk bertafakur kejap sebelum undurkan keta. akhirnya.. aku berjaya mengundur dan maju ke depan. yeye².. aku mmg bijak. aku blh bwk keta manual lagi. drive punya drive, kat depan tu ada la pulak lori tah brapa tayar tah. panjang je aku tgk. tengah daki bukit lak tu. jln bukit cherakah menuju ke puncak alam. adoila.. camne ni? keta dah mula tersengguk² ni. aku x tau nak guna gear apa.. 1, 2, 3 or 4? adoi.. blkg aku lak berderet² keta. aku dah mula panik. nak urut² dada tak sempat. sebab tgn kanan pegang stereng. tangan kiri nak pegang gear. pala otak dah bingung. nak potong, byk selekoh. takut x lepas. so, aku sabar je.

akhirnya aku berjaya antar keta kakak aku dgn selamatnya. tp aku pretend tak de apa² peristiwa panik yg berlaku bila kakak aku tanya pengalaman sepanjang perjalanan. tau x kenapa? sebab aku nak kontrol bijak. (penting tu..).

kesimpulannya.. selalulah kontrol bijak.. sekian.


1 comment:

AQisH said...

kikiki..nasib ko ingat lg kan camne drive manual..aku semenjak kawin drive auto jer..tp aku msh gagah utk drive manual no hal punyer;-)