KAWAN²

Tuesday, November 18, 2008

zaman skool - nostalgia la pulak..

aku rasa dlm 2 juta student, 1,999,999 letak beg blakang tempat duduk. ni saja je aku agak. tak senang aku nak buat research.

"kamu, sebelah milo (bukan nama sebenar) sila bangun. angkat beg kamu. keluar pintu." aku pun ikut je arahan cikgu diskang (rambut dia ala² mat diskang) ni. "campak beg kamu ke bawah". aku pun ikut je arahan cikgu tu.

abis dah beg aku jatuh melalui pokok dan rumah burung bertaik yg x pernah dicuci oleh pekebun tah berapa lama dah aku pun x tau, di waktu hujan renyai².

"jangan angkat baju kamu kalau nak duduk". satu lagi pantang dia. aku terkena lagi oleh cikgu ni. aduss.. nasib baik dia tak suh aku campak baju pulak. ish.. jadi wayang biru nanti.

time dia mengajar, time tu lah mata aku x boleh nak buka. time tu aku rasa nak letak je batang mancis kat kelopak mata ni. bukan apa, waktu mlm kat hostel grup aku suka berjaga mengira tangga. bukannya nak study. time study pun asik borak² and nyanyi² je. (nasib baik aku pass SPM).

kenapa x boleh letak beg kat blkg = tak baik letak ilmu di buntut.

kenapa x boleh angkat baju bila nak duduk = nanti bila pakai skirt pendek xkan nak angkat bila nak duduk (huk²).

sebenarnya kan, cikgu tu dah jadi arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat.

kesimpulannya.. jangan melawan cakap cikgu. sekian..


2 comments:

AQisH said...

aku pon suka kesimpulan ko tu noni..ada lagi satu..jgn melawan ckp bos gelap masa depan kekeke..

pinkiss said...

nak lawan, tunggu kat simpang ek Aqish? huk²