KAWAN²

Monday, November 3, 2008

macam-macam punya cerita

tajuk pun macam-macam.. so kali ni citer aku pasal macam2 pun ada.. tak de fix satu tajuk. nak baca, baca je, takmo baca klik pangkah kat atas belah kanan tu. klik je skali trus ilang page aku nih.

ari sabtu aku gi umah kawan opis. kat klang utama. pusing2 cari umah dia tak jumpa2 gak. temperature aku pun dah melebihi temperature keta. naik menyampah gak cari2 umah orang nih. dahla semua bdk yg aku tanya semua buat mcm bodo je. semua angkat2 bahu, geleng2 kepala. nak je aku putar pala dorang tu 360 darjah. dahla dorang kasik direction mcm kaf lam ya nga nye direction. buduss.. at last jumpa gak umah tu yg letaknya kat lorong 5B. rupanya sign board 5B tu dah xde. aku pun agak2 la pas 5A of coz 5B kan? takkan truz 5F ye tak? itulah namanya penyakit gatal tangan. suka merosakkan harta benda awam.

pas gi klang utama, aku gi lak kat sek 7 shah alam. kali ni senang sikit nak jumpa umah tu. yelah, sign board dia besar lagi terang lagi bersuluh. senang je nak jumpa jalan 7/56A.
skali jalan trus sampai umah dia tuh. at least temperature keta aku lebih tinggi kali ni dari temperature aku.. duduk jap kat situ, mak aku dah kol. huih.. tensen sunggoh. bukan apa baru nak chit chat ngan member yg dah 10 thn x jumpa. mgkn silap aku gak coz aku dah janji ngan mak aku nak gi ampang ptg tu. janji ngan dia pas asar. korang paham2 je lah kan, org tua.. ish, cam x puas je jumpa kengkawan aritu. cam nak set timing hari lain la pulak. kali ni biar lama sikit. lom puas nak jd tukang mengarut. huhuu.. balik dr s.alam aku trus menuju ke ampang.

ni citer ari ahad lak. pagi aku cam bese masak tuk lunch. masak sayur campur, kacang buncis grg dgn telur, ikan kembung goreng ngan sambal belacan. fuh, berlawan2 kitorang makan. adik bradik sumer ada la katakan. berselera sunggoh kami makan bersama-sama. ptg, time nak tgk citer nona aku mula rasa mengantuk. hm.. pe lagi, zzzz la aku. ptg bgn mkn nasik tomato pulak yg mak aku bwk dari surau ada majlis apa tah. aku pun kurang pasti. pastu jln2 kat dpn umah sambil tgk2 kot ada durian yg gugur ke bumi.

mlm lak ada gi makan kat tesco setia alam. abg ipar aku belanja. pe lagi bersesak2 la kitorang dlm keta dia tuh. aku, adik aku, mak aku n anak buah aku duduk berhimpit2. malas nak ejas seater belah blkg coz ada stroller dlm tuh. kekee.. makan sizzling mushroom mee pulak.. nyum nyum. kena dgn lai chee kang panas. fuh, best. pastu time nak balik, ronda2 jap kat situ. kekeee.. aku 'terbeli' sepasang kasut kaler cekelat. nak tgk tak kasut tu? sila lihat visual di bawah. ha?? amacam? comel tak??

ni alkisah pagi ni pulak. time aku drive melewati klang parade. aku terpandang ada satu bas express kaler kuning tgh dok isi minyak kat esso. aku nampak perkataan "selalu" kat body dia tuh. besenya aku tgk word Mesra Selalu, Senyum Selalu dan mcm2 lagi la perkataan Selalu tuh. kali ni aku baca betul2, rupa2nya Naik Selalu. aku pun tersenyum sendiri. hmm.. bkn apa, aku rasa agak lucah sikit la bas ni. huhuu.. maaf ye, xde visual nak dipaparkan pasal bas ni. bkn pe, aku tgh mengemudi ferrari aku. mn blh nak snap gmbr guna henpon. kang sedar2 aku tgh pegang henpon kat atas pokok sena kat selekoh antara klang parade ngan newcity bisness centre.

citer kali ni xde kesimpulannya coz citer pasal macam2. kang ada kesimpulan 1, 2 dan seterusnya..kang tersimpul lak lidah aku. hahahaa.. sekian.

1 comment:

AQisH said...

alaa..kecewalah aku tak de kesimpulan citer ko ni...