KAWAN²
Saturday, December 24, 2011
Dulik Sana. Ada Aku Kesah?
Kalau aku la kan, aku malas nak ambik tau la sapa yang view profile aku. Malas sebab nanti otak ko dari elok2 gerak relax, slow and steady.. Transform pulak gi ready tu pecut.
Tak perlu la nak ambik tau kan.. Ok, contoh la kan. Ko check link tu, pastu ko dapat tau la pulak si Polan yang ko penah duk cinta dulu view ko. Musti ko pikir.. "Apekejadah dia nak tengok aku lagi? Barang dah lepas tu, lepas lah".
Dah tu, mula la ko recall cerita lama. Kalau baik belaka, tidak mengapa. Kalau sebaliknya? Buat sakit kepala je.
Tak pun, orang yang ko memang tau dia tak suka kat ko dok view profile ko. Sure ko pikir. "Alah, tak suka aku tapi dok sibuk kelebet profil aku, pigidah!". Itu aku yg ckp la kan..
Dan macam2 lagilah ayat2 carut akan keluar. Ha, tak carut? Tipuuuu..Jangan nak tipu ok? (Ke aku yang kuat carut?)
Ha, satu lagi link. "Who Remove You". Ini satu lagi link aku x penah nak klik. Never forever. Batpela aku nak tau sapa remove aku dari FB dia. Cuba korang pikir.. Kalau korang tau la, si Polan tu remove korang. Sure korang akan fikir.. "Kenapa? Why lah? Apasal eh? Kenapa dia delete aku pulak? Apa salah aku? Aku ada buat silap ke?
Dah pulak jadi bersarang soalan2 kat pala otak tu. Bertambah lagi beban otak. Takyah la ko dok pikir kenapa.. Pikir la nak simpan duit untuk soping bulan depan.
Aku, senang je. Lantak sana. Kita tak boleh nak paksa orang suka kat kita.
Takmo kawan sudah, tetek ko sebelah. Eh.. Ke situ pulak.
Eh, ntah2 Paul Wesley kelebet profil aku. Sapa tau?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, December 21, 2011
Lihatlah..
Errr.. Cuma nak korang pandang kat nun Header sanun. Amacam?
Suka sangatttttt!!
Terima kasih kepada Tuan Pereka. Nanti gua belanja Lu. Eh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, December 20, 2011
Mimpikus..
Macam dulu, time tu aku ada BF (buaya fren). Aku mimpi kat rumah dia ada perempuan lain. Tak lama lepas tu, kantoi! memang pun dia selingkuh.
Senang cerita, nightmare la tu. Malas la nak cerita nightmare dah. Pegi sana jauh² ko nightmare.!
Ni aku nak cerita pasal mimpi aku malam tadi.
Aku nak pegi Langkawi. Dah lama pun aku dok riki² tiket murah pegi sana. Bajet aku pegi balik RM50. Ada ke?
Dalam mimpi aku, aku naik kapal terbang Air Asia. Lepas tu transit kat satu tempat ni. Apa ingat pegi Mekah ke nak transit²? Citt! Lepas tu aku naik pula kapal terbang Firefly. Dah siap² nak terbang tu, aku rasa kepak kapal terbang ni macam dah patah. So, aku cepat² lompat turun. Tapi kan, kapal terbang tu macam kereta pulak. Setat, terus jalan sikit pastu terbang. Takyah nak warm up enjin dulu. Tak pulak gerak sikit, belok kanan, belok kiri. Berhenti.. Lepas tu tekan minyak, gerak laju², dan terbang.
(aku taip ni sambil aku rasa gayat, ye aku memang gayat kat tempat tinggi. Bukan saja tempat tinggi, tapi di laut juga)
Ha, lepas aku lompat tu kan.. Kapal terbang tu terus terbang. Eh, dia punya landasan tu kan macam kat satu tempat tinggi macam dalam sebuah gua kat gunung yang tinggi. Lepas dia terbang tu, tu dia berpusing², menjunam masuk dalam laut. Laut tu pulak cantik, biru kehijauan. Macam kat cerita 3 Idiots.
Lepas tu aku rasa panik sangat, sebab lepas aku terjun turun tu.. Kapal tu terus terbang lalu menjunam. Dan, tindakan aku terjun tu macam satu tindakan yang sangat tepat.
Lepas tu, aku naik kat satu tempat tu. Naik tangga papan, untuk menuju ke tempat mangsa² yang terjunam ke laut tu. Macam semua orang selamat je. Takde sorang pun yang lemas. Kalau aku tak terjun, mungkin aku la satu²nya mangsa yang lemas. Sebab aku tak reti berenang.
Lepas tu, aku pun terjaga. Dah pagi la ..
* Ada sesapa boleh tafsirkan mimpi aku ni?
Monday, December 19, 2011
Cari Duit Poket
Si abang.
Pin henfon dia patah katanya. Kakak aku memang tak bagi duit untuk beli benda2 mcm ni. Ada henfon, jaga elok2. Jangan jadi Mc Gyver. Nak jadi Mc Gyver, sendiri kaver kalau jadi pape.
Si adik.
Tayar basikal bocor. Dia ni memang x suka minta2. Tak macam si abang. So, dia pun kena cari duit untuk tampal tiub basikal.
Kerja pertama. Cuci akurium.
Nenek upah: RM2 sorang
Aku upah: RM3 sorang
Keje kedua. Cuci kereta aku.
Si abang tamak. Nak cuci sorang katanya. Si adik diumpan main laptop sendirian tanpa gangguan. Laptop aku jugakkkkk tu.
Upah: RM7 untuk si abang.
So, hasil wang yang di bawa balik adalah..
Abang :RM12
Adik. :RM5
Lumayan la jugak kan. Daripada duduk melangak tak dapat apa pun kan.. Hmmm.. Minggu ni nak bagi keje apa pulak ye?
Lipat kain okey?
Sunday, December 18, 2011
Kalendar Soping 2102
Lagi banyak kedai, lagi banyak kalendar. So, rumah aku akan peuh dengan kalendar.
Di mana2 ada kalendar. Ruang tamu, ruang tengah, dapur, bilik, semua ada kalendar. Eh, semua adalah kalendar kuda.
Korang penah tengok kalendar soping? Aku ada tau. Semalam, aku pegi Jakel. Ye, pegi lagi. Kan ke aku Duta Jakel. Tak pecaya? Memang pun, aku tipu je.
Kalendar ni, selain ada tarikh2 cuti umum.. Haaa.. Terdapat tarikh2 sale yang bakal Jakel buat untuk tahun 2102. Sale cuti sekolah dah macam2 sale la. Sale sempena kemasukan student baru Uitm pun ada. Mentang2 la Uitm tu opposite je..
Ha, dah ada kalendar ni, bolehla buat perancangan bajet untuk soping kain.
Ha? Boleh camtu?
Friday, December 16, 2011
Suka atau tak?
Tak taulah nak kata suka atau tak..
Suka kot. Kahkahkah (malu sebenarnya nak cerita..)
Bos aku carikan aku jodoh.
Sebenarnya, dah lama dia tanya aku setuju atau tak kalau dia nak kenalkan aku dengan kawan dia. Yang paling utama, masih single.
Kalau dulu time aku belum serius lagi time bagi jawapan, macam2 kriteria aku bagi untuk calon yang bakal dikenalkan.
Lawyer, hensem, kaya, kereta ada AP. Bla.. Bla..
Bila bos jawab,
"Sudahlah u.."
Padan muka aku..
Bila lately dia tanya aku lagi, aku mula bagi jawapan agak serius. Ye, mungkin aku akan setuju untuk kenal dengan orang itu.
Harap orang itu okey. Kalau dah bos aku kenalkan, pasti okey. InsyaAllah.
Kelakar pun ada.
Wish me luck ya!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, December 15, 2011
Bukan Ustazah Pilihan
Semakin ramai orang perasan baik dan nak tunjuk baik. Lagi2 bila tengok gambar artis ke bukan artis ke yang pakai terdedah2. Mulalah semua jadi transform jadi Ustazah.
Tapi nak tunjuk baik, perlu kena dengan caranya. Aku tak berani nak cakap lebih2 sebab aku ni pun belum cukup baik. Semoga kelak, kebaikan dalam diri akan bertambah.
InsyaAllah..
Jangan dicaci, sebaliknya, doakan mereka agar berubah untuk menjadi lebih baik.
Jaga diri, jaga peribadi.
Peace!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, December 13, 2011
Imbasan
Zaman sekarang ni, semua dah senang. Bunga telur, semua dah siap jual. Ko tunjuk je mana ko nak. Tak macam dulu, semua benda nak kena gotong royong rewang. Tapi, setiap perkara mesti ada pro dan kontra kan?
Bunga manggar, semua dah siap. Ko tinggal cucuk je kat betik. Cuma time cucuk tu kena la berseni sikit. Kang kejung je rupa. Macam bunga manggar yang aku susun time kenduri jiran aku minggu sudah. Eh..
Aku ingat lagi zaman aku kecik2, zaman tu belum baligh lagi. Kalau pengantin dah berarak, kemain lagi bunga manggar tu dibawak lari. Berebut2 kau.. Termasuk la aku. Tah hape2 tah. Aku sendiri pun tak tau motip sebenarnya.
Mungkin sebab bunga manggar dulu value dia tinggi sebab dibuat sendiri. Beli kertas kilat2, pastu lilit2 kat lidi. Buat time rewang malam sabtu. Semua bujang2. Kalau untung, time tu la dapat balak. Untung lagi kalau sampai ke jinjang pelamin. Kahkah!
Satu lagi, bab nak bagi goodies kat tetamu.. beli je air kotak, beli buah ke, beli snack ke sumi jelly ke, masuk dalam paper bag. Very easy breezy. Takyah la ko nak bungkus2 buah ke apa ke dalam plastik corak2 bunga.
Eh, nanti aku kawin nak bagi goodies apa eh? Idea pliss..
Tetiba je..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, December 12, 2011
The Visitor and The Real Farmville
Atau passion fruits dalam bahasa Farmville kat Facebook. Korang selalu tengok je kan.. Kali ni the real tau. Korang ada? (kalau ada, takyah jawab)
Datin Aqish n family bertolak dari rumah aku lepas magrib. Lepas anak² beliau mandi. Anak² je. Mommy n Daddy mandi kat rumah ye..
Saturday, December 10, 2011
B.O.S.
So, silalah jadi diri sendiri.
Kembali membahasakan diri sebagai 'aku'.
Pagi tadi, eh semalam la dol. Bos aku tiba2 suruh tengokkan tiket fireflyz. Untuk hari Isnin. Johor Bahru - Ipoh. Terus aku kata, takde flight landing kat Ipoh.
Aku tak cek pun, tapi aku cakap cek. Cek tiket promosi air asia adalah.. Kahkahkah! Menyimpang ..
Disuruhnya cek Air Asia pulak. Dah tentu2 la takde.. Ishh.. Ni kategori cetek pengetahuan ke apa dia ni.
Takde kapal terbang landing kat Ipoh la hoooiiii.. Sekali dia tanya aku, kalau orang JB nak pegi Ipoh mcmn? Aku bagitau, naik flight dari JB turun kat subang kalau fireflyz. Lepas tu suruh orang ambik, naik kereta pegi ipoh. Itu je.
Terus dia jawab.
"Lebih baik saya drive sendiri".
Dalam hati aku berkata,
"Lebih baik ko tak payah suruh aku tadi dol.."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, December 8, 2011
Sewa kedai.
Simpang bukan sebarang simpang, simpang tu adalah laluan short cut ke kampung sebelah, dan pekan Kapar. Ye.. Sangat strategik.
Lama jugak la dia sewa tanah tu. Sejak arwah bapak dia masih hidup. Pastu anak dia yang sambung bisnes kedai tu. Kiranya dari ai belum baligh, sampaila sekarang ni dah nak menopos. Kahkah! Tak kelakar.
Tiap bulan mak ai akan datang kutip duit sewa. Dan tiap kali tulah alasan basi mak ai akan dengar dari tokey tu.
1. Duit belum cukup.
2. Duit dah bank in
3. Duit dah guna belanja beli barang
Alasan tak masuk akal. Ridiculous kan? Duit belum cukup, takkanla ada income hari2 tak boleh simpan sehari barang seploh ringgit?
Minggu lepas ai antar mak ai kutip duit sewa. Ai malas nak kuar sebab pagi2 adalah mood ke laut. Padahal belum mandi. Boleh?
Lama sangat tunggu, ai pun keluar tengok. Nasib dia baik, sebab aritu ada duit dah sedia. Itupun lepas mak ai tunggu2 macam tunggul. Boleh dia pegi layan customer dulu. Apa ingat mak ai tu datang nak mintak derma ke? Ai baru nak bagi sepatah dua kata.
Sebenarnya, ai takdelah nak marah pun. Cuma nak suruh dia sediakan duit bila sampai tarikhnya. Takyahlah tiap kali nak ambik duit tiap kali tu nak kena tunggu.
Atau, susah2 nanti.. Ai suruh adik ai yang datang collect sewa.
Mau?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, December 7, 2011
Inilah akibatnya..
Menoleh kat kereta adik ai kat sebelah. Fuh, macam tak percaya yang kereta dia kaler yang asalnya putih dah jadi hampir cokelat.
Ai pun dapat idea. Yesss! Ai nak conteng. Peringatan yang kereta dia adalah dalam kondisi tak sepatutnya.
Buah2 hati sakit jantung kan, kalau nak naik kereta ai.. Mereka akan shuffle dulu sebelum masuk dalam kereta. Dorang tau ai akan marah.
Shuffle di sini adalah, menggosok2 kasut kat lantai sampai tapak tu licin bersih. Shuffle ni akan berlaku secara otomatik apakala mahu menjejakkan kaki ke dalam kereta ai.
"Weh, tapak kasut ko kotor tak, nanti umi marah nanti".
Itu adalah ayat ingat mengingati antara satu sama lain. Ye, mereka dah paham protokol naik kereta ai. Hahaha! Protokol la sangat kan. Satu lagi, dorang akan TERBALIKKAN kasut dorang. Takot kapet kotor. Nanti ai bising. Kalau ai dah bising, taulah.. Boleh bernanah telinga. Kot lah.
Bagi ai la kan, body luar kereta kotor takpe, jangan interior kotor. Kereta kita tu mencerminkan diri kita juga tau.. Ingat tu..
Ala2 suci dalam debu. Tak gitu?
Tuesday, December 6, 2011
Selasa Rawak.
Ye, barangkali badan ai dah banyak sangat kolesterol. Badan kurus tak semestinya takde kolesterol ye kawan2. Atau barangkali kekurangan oksigen. Sebab ai terlalu kerap kentut. Angin dengan oksigen tu ada kena mengena ke?
Tapi kan, mata yang separa terbuka ni kalau diajak shopping.. Pasti terbuka terbeliak. Kahkah!
Itu memang pasti..
psstt.. berat badan ai dah naik kilo tau..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, December 5, 2011
Mak ai suruh ai kawin dengan anak tokey Jakel.
Sekali ko..
Padan muka ai ye.. Berdas² ai dapat dari mak ai..
Pegi la jugak. Sebab lepas tengok map kad jemputan, lokasi adalah berdekatan dengan Jakel. Oh Yeah! Eh, duit pulak takde. Takpe, tengok² je.
Ai kan, jenis kalau tengok map.. sekali lalu je. Macam biasa, berlagak teror. Patutnya, ai masuk simpang kedua.. Tapi belok simpang pertama. Tapi kan, ai ni jenis tak gelabah. Rileks okey. Pasti akan ada jalan keluar. Itu yang tertanam dalam palaotak ai.
"Mak, jomlah.. Dah lama kita kat sini ni."
Tanya mak ai, dia bawak duit lebih tak. Ada katanya. Yes! Utang ye mak..
Kalau tak kerana ai pinjam duit mak ai arini, i dah beli barang 2-3 pasang tau.. Dasar..
Dulu kan, kami shopping baju raya. Dari pukul 4 petang sampai 8 malam. Bawak la budak dua orang ni jugak. Bila keluar je, si kecik Ariana dia kata.
"Eh, dah malam la mama".
Apa yang ai suka kat sini kan, semua customer ada seorang pembantu.
"Satu customer, satu promoter. Tak beli pun takpe. "
Barangkali itu motto mereka.
Tak macam kat kedai lain, ai nak belek kain yang dalam gulungan pun kena sergah.
"Sana sudah buka punya ada, takmo tengok itu dalam plastik punya!". Cipet lah!
All this while, memang sini je tempat ai beli baju. Coz, ai like!
Monday, November 28, 2011
Wrong Number Yaa..
"Pemanggil: Hello kak, mak nak gas 2 tong ye. Alamat kat .. bla..bla.. bla.."
"Aku : hah?"
Lima minit berlalu..
"Pemanggil: (kali ni mak dia) Dik, mana gasnya?"
"Aku : Sapa jual gas????"
Bila masa aku bisnes gas?
Atau haruskah aku start je bisnes ni?
"Pinky Gas,
Sila hubungi 019-xxxxxxx,
24 Jam Sehari,
7 hari Seminggu".
Kahkahkah! Tak kelakar.
Bila aku cerita kat abang aku, abang aku kata. Cakap je iye, nanti saya hantarkan gas. Biar padan muka orang tu. Abang aku ni pun satu. Ajar aku menipu.
"Tak urban la takde smartphone". Kata mereka.
"Budak darjah 5 pun pakai BB."
Itulah kata² azimat dari dorang ni.
Bukan aku taknak beli, tapi malas. (Dasar kedekut). Ye, aku memang kedekut. Malas nak kuar duit beli benda² camni. Yang aku pikir tak berapa nak perlu. Kan dah ada Lappy, dah ada HP. Batpe nak pakai BB lagi?
Rupanya, ada BB ni memang senang. Semua di hujung jari.
Ye, aku tau.. Kata² di atas, bunyinya agak jakun..
tapi..
Korang setuju kan?
"Black tengah tidur la".
Sekali dia tanya lagi..
"Ni sapa ni?"
Aku cakap, "saya isteri dia."
Terpinga² je rasa si pemanggil tu. Ntah² dia girlfren Black.
Kahkahkah..
Lantak la sana.
Monday, October 31, 2011
Kitten
Tolong antar anak dia balik asrama. Skool kat Sg. Buloh. Sebab dia nak pegi ziarah orang meninggal. Takpelah, tolong orang dapat pahala tauuu..
Jalan agak okey. Cuma cuaca agak gerimis. Sampai kat traffic light. Lampu merah pulak. Mata melilau tengok kereta sebelah. Ada 3 orang mamat dalam tu. Buat bodo je. Sebab mereka tu budak2 lg. Tak sesuaiii utk ai.
Pandangan ku alihkan ke tayar kereta dorang.
Ehhhhhh!!! Ada anak kucing tengah panjat tayar. Seekor lagi kat bawah kereta. Terus aku buka tingkap kereta. Lambai2 dorang. Sambil bercakap..
"Ada anak kucinggggg...!!!"
Panik la pulak mamat2 ni. Terus dia panggil2 kucing ni. Halau bagi keluar. Satu hal lagi kalau kucing ni lari membabi buta. Eksiden karanggg.. Yang kucing ni pun macam main acah2 pulak.
Mamat ni siap meniarap ko tau?? Mampu? Punyalah perihatin dia kat kucing2 ni. Tak cukup dengan tu, siap amik raket badminton. Sila bayangkan ye, jalan yang agak basah.. Mamat ni dok tiarap2 atas jalan sambil berkata..
"Tak pasal2 aku buat stunt kat tengah jalan.."
Sekor kucing berjaya lari ke tepi jalan. Dan selamat. Tinggal lagi seekor main acah2.
Lampu hijau pun menyala. Aku pun gerak. Dan, mamat tu masih bermain badminton dgn anak kucing. Tah berapa lama la mamat tu meniarap, aku pun tak tau.
Eh, baru aku perasan.. Lampu merah traffic light semalam tu lama betul lah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, October 19, 2011
Rezeki Jangan Ditolak..
Akulah sebenarnya yang excited lebih. RM200 tu kira banyak la kan? Sapa nak kasik? Menurut dari kenyataan pejabat Adun tu, itu adalah duit hasil jualan pasir. Dikongsi bersama rakyat.
Malas nak cerita lebih lanjut. Janji, shopping! Walaupun kat Econsave je.. Yang penting, tak payah bayar.
Macam2 la gelagat warga tua shopping. Bagi yang bawak anak tu takde masalah. Masing2 pegang hp kira jumlah barang yang dah dorang ambik. Mak aku? Dia ada anak dia ni. Yang sangat bijak bershopping. Eh, aku kan takyah kira2. Main agak je. Mcm poyo sgt la kan nak pegang hp sambil kira. No. So not me.
Last2 sampai kaunter, barang yang aku ambik semua berjumlah..
RM199.80. Bijak bukan?
Ni muka 2 orang yang nak shopping. Mak dan anak yang over excited!
"Errrmm.. Mak nak ambik apa tadi mak?" Ambik je.. Xyah bayar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, September 17, 2011
Geram aku geram
Arini aku pg beli beras. Sekali aku angkat letak dalam kereta, berterabur beras tu kat seat. Rupanya dah berlobang plastik beras tu. Bukan satu, tapi dua2 beg tu.
Dua2 beg Okaaaayy?
Dengan troli yang alignment dah lari, aku sorong balik troli tu ke kanan ke kiri. Macam troli minum todi.
Nyonya mak tokey pasaraya (agaknya) dah aku impom. Dia okey je. Satu hal lagi, beras 10 kilo dah takde. Yang ada packing 5 kilo. Aku amik 4 beg. So, ada beza harga kat situ.
Kaunter tempat aku bayar tadi dah tutup. Aku pegi la kaunter sebelah. Aku impom la kisah tadi tu. Sebenarnya aku nak bayar beza harga. Tu je. Aku paham la kan, tadi aku bayar kat kaunter lain.. Ni kaunter lain. So pasti akan ada mslh sikit kalau nak bayar kat kaunter yg berbeza. Itu aku tau tu.
Masalahnya, sorang staff kat kaunter dengan muka mengantuk langsung xde inisiatif nak bantu aku. Langsung tak bangun nak tengok apa isi troli aku tu. Dia bagi alasan, tadi bayar kaunter lain. Kaunter tu tutup, staff ada hal.
Wtf.
Abis tu aku nak kena tunggu staff tu selesai hal dia ke? Aku dah mula bengang dengan sikap malas dia. Berat bontot. Haishhh.. Aku dah angin dah. Macam ni ke cara layan customer? Masih buat muka malas mengantuk dengan bontot melekat kat kerusi. Memang cilaka okey?
Time ni suara aku dah agak kuat..
Aku pegi kat kaunter satu lagi. Staff tu kensel amount yg td aku bayar, scan baru 4 beg beras ni. Habis cerita.
Senang je kan.. Bukan susah pun..
Sambil berlalu pergi aku berkata..
"Bontot tu berat sangat kot.."
Sabar nonie sabar..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, September 14, 2011
Tuesday, September 13, 2011
Kisah kasut raya..
Bukan nak cerita pasal gambar raya. Tapi pasal kasut raya.
First thing bila sampai rumah makcik aku untuk beraya, aku akan scan kasut² yang ada kat depan pintu. Mana tau kot² ada yang sama dengan kasut aku.
So far, baru sekali. Itupun raya 4 tahun lepas. Kasut sama dengan sepupu aku.
Ciss.. Boria.
Raya tahun ni, aku pening nak pilih pattern kasut. 2 tahun lepas, beli kasut tumit penuh.. pakai sekali je. Sudahnya, simpan dalam kotak. Duduk bawah katil diam². (harap mak aku tak selak cadar). Sekali dia selak kau.. "Ha.. ni kotak apa ko simpan bawah katil ni?"
Last², beli wedges gak. Macam kasut raya tahun lepas. Ha, kasut tahun lepas aku pakai sampai sekarang ni. Nak pecah dah tapak dia. Siap antar kat tukang kasut suruh tukar tapak. Ha, kan uolss.. I tak membazir dah. Pakai sampai tapak pecah.
Makcik aku terkejut tengok kasut aku. Dia kata tinggi sangat.
"Tak tegolek ke ko pakai kasut ni Nonie? Takut acik nengokkan kasut ko ni."
Sambil tu dia sarung kasut aku..
"Oh mak kau tegolek aku! Macam ni ko kata selesa?"
Ha.. nak rasa sangat kan.. Nak sangat try kasut aku.

Takde la tinggi mana kasut ni kan? Actually memang tinggi. Tapi tersangatlah selesa.
pstt.. kasut ni pun simpan dalam kotak jugak.
Wednesday, September 7, 2011
apa aku kesah..
So, takleh facebooking time keje. Padan muka aku!
Tapi kan, aku beli blackberry. Model lama.. Model yang orang dah pakai setahun, aku baru beli. Takpe.. Janji BB.
Padahal, bajet kedekut. Nak yang murah je. Kah Kah Kah.. Berdekah².
Asalkan boleh online 24-7. Kan?
FB tetap FB..
Eh, bagi aku nombor pin BBM..
Monday, August 1, 2011
Nampaaaakkk sangat NAK MENIPU aku..
Dengan ertikata lain.. Bertolak ansur.
Tapi, macamana kalau orang cuba untuk menipu kita? Tapi kan, aku tanak la anggap dia ni nak menipu. Mungkin adalah salah faham kat situ.
Kelmarin aku ada antar kereta aku untuk servis tukar minyak hitam. Servis tiap tiga bulan yang biasa aku buat. Biasanya aku memang antar kat jiran aku ni. Yelah, sambil nak bagi dia bisnes kan.
Aku dah siap² beli minyak hitam dari abang aku. Dia suruh pakai minyak Shell. Elok katanya. Aku pun okey je la since abang aku yang rekomen.
So, bila budak ni ambik kereta aku kat rumah.. aku bagi la dia minyak ni. Siap dia tanya berapa harga aku beli, beli kat mana.
Aku cakap,
"Tak tau, abang aku yang belikan. "
Mula2 aku tunggu la kereta tu diservis sambil borak2 dengan wife dia. Aku ni, tinggal je sebelah rumah. Tapi, jarang sangat bertemu muka borak2 dengan jiran.
Ye, aku bajet Busy manjang. (malas)
Lambat pulak kereta tu nak siap. Aku pun pakat keluar naik kereta kakak aku.
Sampai rumah, kereta dah siap hantar letak kat parking.
Hmm.. bagus la dah siap.
Bila aku buka bonet kereta, ada tong minyak hitam aku tadi. Dalam hati ingat mungkin balance minyak dia pulangkan kat aku.
Sekali aku angkat kau...
Masih berat. Aku buka penutup..
SEAL MASIH BELUM BUKA LAGI..
APEKAH?
Aku terus call. Tanya samada dia dah isi minyak hitam ke belum. Sebab tadi time aku datang tengok, dorang tengah nak tukar gasket.
Dia kata SUDAAAAHHH..
Kalau sudah, kepada tong minyak ni seal belum buka lagi? Minyak apa kau isi?
Dia kata, (sambil bertanya kepada budak dia)..
Dorang guna minyak hitam stok dorang. Dan.. sama katanya dengan minyak aku. Sama brand, sama kelikatannya.. Kalau tak percaya, boleh tengok tong.
Aku dah agak cuak. Rasa macam ditipu.
Aku cakap,
"Aku tak tau .. yang aku tau.. ko keluarkan balik minyak hitam dari kereta aku.. Isi dengan minyak yang aku bekalkan tu.."
Sekejap je dah ada orang tercongok depan pintu nak ambik kereta.
Lepas tu kereta pun dihantar balik kat parking rumah aku. Aku malas nak keluar amik kunci.
Hishhh.. Geram tau i.. Rasa macam ditipu hidup².
ps : aku harap memang mula2 dorang isi minyak sama dengan aku punya. Malas nak anggap negatif.
Tapi kan, aku buat tu sebagai pengajaran biar dia tak buat perkara yang sama kat orang lain.
Tuesday, July 12, 2011
Aku yang Gayat..
Orang sabah panggil karipap adalah pastil. Pelik kan?
Pegi aku naik flight pagi. Pilot adalah seorang lelaki yang bila buat pengumuman sepatah haram aku tak dengar. Apatah lagi nak paham. Mcm sengau pun ada. Bahasa Melayu pun aku tak paham bijik butirnya, apatah lagi bila dia cakap omputih. Lagi la aku tak paham.
Tah² dia kata "kapal terbang kita nak terhempas kejap lagi". Tapi aku tak dengar. Yelah, sebab dia kan cakap dalam suara yang kurang dipahami.
No! No! No! Suka sangat la nak terhempas kan..
Eh, bila dah dekat nak sampai kat Kota Kinabalu airport kan, dia buat kona baring tau. Siot punya pilot. Ingat tengah merempit ke nak kona baring ikut suka ati dia. Perut aku dah separuh keras dah. Tangan pegang seat depan kuat² sambil sebut. Ya Allah, Ya Allah. Selamatkan hambamu ini.
Bila tayar touch landasan pulak, meluncur laju macam orang lari pecut 100 meter. Kaki aku pulak feeling² macam tekan brek kereta. Boleh?
Eh, ntah² kan, ni pilot dalam praktikal training la. (pandai je aku buat andaian..)
Bila amik flight balik pulak..
Sebelum tu ada ada dengar berita kapal terbang terhempas sebab hujan lebat.
OH.. NO.. NO..
Trus aku mesej member sorang ni.
"Eh, balik KL boleh naik kereta tak"?
Member ni jawab, "boleh"
Aku kata lagi, "pinjam MPV u boleh? Banyak barang i nak bawak balik ni."
Masuk kapalterbang, tak lama lepas tu pengumuman nama pilot dan co-pilot.
Pilot adalah bernama NORASHIKIN..
Terus aku tanya anak sedara aku. Ada tak orang lelaki nama Norashikin? Dia kata,
Dia jawab, "TAKDE RASANYA.."
Rasanya??
Huarrghhhh!! Pilot perempuan.. Tidakkk!
Dalam hati berkata, mungkin ada lelaki nama Norashikin. Masih nak sedapkan hati. Maklumlah, jakun kan..
Tak lama lepas kapalterbang naik, pilot bernama Norashikin tu pun mengenalkan diri. Mengatakan yang beliau adalah pilot untuk penerbangan itu dibantu oleh pilot bernama Shahrul.
Dan beliau adalah bersuara PEREMPUAN. Ye, beliau adalah seorang PEREMPUAN.
Perut makin keras lepas aku dengar pengumuman tu. Tak lama lepas terbang 3500m di atas paras laut, dia umumkan lagi yang cuaca tak berapa nak elok sangat. Suruh pagi talipinggang keselamatan. Jangan masuk tandas buat sementara waktu.
(aku rasa time ni muka aku dah pucat lesi)
Mata pun tutup.. terus tertido. Dengar lagi pengumuman nak mendarat..
Dan..
Pendaratan adalah amat smooth. Lebih smooth dari flight pegi aritu. Tak baik la aku kan.. Rasa takut lebih² bila dengar pilot adalah seorang perempuan. Meh sini tampar aku sekali..
Patutnya aku bangga, seorang perempuan boleh bawak kapalterbang..
Aku hade?
Hadee.. takat bawak kereta kenari hade la..
Eh, apasal aku ni GAYAT sangat ye.. Ciss..
psstt: cerita bergambar di entry akan datang..
Thursday, June 30, 2011
Nak petua sangat kan??
Muak, tau tau?
Apa boleh aku buat.?
Bukan aku tak makan.
Aku makan banyak tau.. Ha.. tapi takmo membesar gak..
Tapi kan, ada gak orang mintak aku petua aku slim (sila baca sebagai kurus). Mana la aku ada petua dol.. Bila aku cakap aku takde petua, takmo pecaya. Kata aku nak rahsia². Apa ingat aku ni kedekut ke? Cislanat la.
Bila orang kata aku suka rahsia, takmo kongsi petua. Ha, hambik ko. Aku bagi petua yang aku reka sendiri.
Petua 1.
Minum air barli perah limau.
Dulu aku de pernah up story ni. Ada sorang kakak ni, dia tokey restoran tempat aku selalu makan. Tiap2 hari dia tengok aku makan. Tapi, dok sibuk mintak aku petua. Apa rahsia aku makan banyak tapi tak gemuk. Aku cakap, aku makan apa yang dia jual kat restoran dia tu lah. Tak pecaya.
Aku suruh dia minum barli perah limau.
Lama dah aku tak jumpa dia. Sebab restoran tu dia dah jual. Sekali ko satu hari.. Aku terserempak dengan dia. Fuh! dah kurus. Dia kata terima kasih kat aku. Dia amalkan petua aku bagi. Berguna katanya.
Yelah, tah² usus perut ko dah nak reput.
Hari² ko perah limau.
I'm sorry..
Petua 2.
Makan jangan minum air.
Ni kisah petang semalam. Kakak ni tokey kedai runcit. Aku selalu beli topup kat kedai dia. Dia tanya aku, kenapa boleh kurus mcm ni. Aku dah senget dah time tu. Dia tanya lagi, kot² ada petua nak kurus.
Aku cakap mana ada petua. Memang saiz aku ni mcm ni. Takmo membesar. Makan 10 kilo pun tak jugak naik walau barang 1 kilo.
Kak, makan nasik.. jangan minum air. Minum air lepas setengah jam. Kalau saya, lepas setengah jam pun saya tak minum air.
Dia pun angguk tanda paham tapi kening berkerut.
Errr.. harap² harini aku tak dengar berita.
"Isteri tokey kedai runcit dikejarkan ke hospital sebab tercekik nasik.."
Ha, hambik korang.. sibuk sangat nak petua kan..
Sunday, June 26, 2011
Windows Profesor
Brand : Epal Ferari
Cpu : Intel Atom
Memory : 2GB
Storage : 250 GB HDD
Wifi certified.
Windows Profesor (ada ke Windows nama camni?)
Ketawa je aku tengok laptop ciptaan dorang ni.
Tapi kan, nombor 1 tu apa pulak maksudnya ye?
Wednesday, June 15, 2011
Eh, jangan nak goreng aku ye..
Semalam aku ada tanya kat sorang ofismate ni. Bila nak ambik hp yang dia repair tu. Yelah, dah la suka datang lewat. Tak reti nak inform. Nak aku gak yang tanya kat mana, bila nak datang. Macam la aku ni takde keje lain nak buat. Nak kol dia je ke? Never..
Dia kata, hubby dia tengah orderkan dia hp. Tu pun dia dapat tau dari kedai tempat dia servis hp dia tu. Hubby nak buat surprise katanya. Tapi dah tak surprise sebab dia dah tau. Aku tanya lagi (sibuk la kan) hp apa? Dia kata BB. Buat 3 payment 350. Baru buat 2 payment katanya. Ok.
350 x 3 =1050
Dalam hati aku kata, fuh.. BB dia lebih mahal dari aku BB aku.
Eh. Mana aku ada BB.
Sekali lunch dia kata nak keluar agak lama sikit. Kata mak mertua dia sakit. Aku okey je. Balik dari lunch.. Aku dengar bunyi hp. Tak penah aku dengar bunyi tu sebelum ni. Rupa²nya dia bawak hp baru.
Aku ni taklah pandai sangat pakai BB ni. Belum habis menuntut lagi. Saya budak baru belajar. Aku tanya ada 3G tak? Dia kata ada. Aku pun tak tau kat mana nak tgk 3G tu. Jakun kan aku? Masih tak puas hati. Bukan apa, dia ni suka sangat goreng orang.
Aku, takleh digoreng sewenang-wenangnya. Aku mintak la tengok resit. Yelah, kot² sana ada mention apa features hp tu kan. Yelah, aku ni kan tak pandai lagi bab² BB ni. Jakun la katakan..
Sekali aku tengok resit dia ada tulisan camni:
Blackberry 8900 (second) RM550.00
Aku tanya, second ni apa maksudnya? Dia kata SECOND PAYMENT. Boleh ke? Kalau second payment, takkan dah dapat hp.. Logik la sikit beb. Jangan la kencing aku. Orang lain, ko pegi kencing sana. Dorang tak perasan pun kalau ko kencing cerita.
Masih tak puas hati ni, aku belek² BB tu. Banyak habuk dah kat lobang² dia. Hp baru keluar dari kotak takkan dah berabuk kan.. Nampaaakkk sangat MENIPU.
Ni lagi NAMPAK SANGAT MENIPU PU PUUUU..
Satu lagi kan, dia ni kalau orang belanja makan.. Suka sangat order lebih². Harini bday sorang staff kat sini. So, dia nak belanja MCD sempena bday dia. Kami order la satu set medium setiap sorang. Dia punya order.. siap ada SIDE ORDER. Haishh..
Aku bgtau, kalau orang belanja tu.. Order la biasa² je. Takyah nak cekik duit orang. Biru gak muka dia.Baru la dia reduce order.
Pandai nak ckp orang suka create story. padahal..
Thursday, June 9, 2011
BB dalam Mimpi..
Bos aku semalam beli BB. Ko hade? Hade.. aku tau korang ada..
Aku je yang takde.
Ha, camni bos.. Bla.. bla.. bla.. Lepas bos aku buat sendiri dan puas hati. Aku cakap camni;
"Bos, beli satu untuk saya boleh? Curve pun okey, murah sikit."
"Yelah, nanti beli satu kasi u." katanya.
Iyelah tu.
Taula kulit kepala aku ada ketombe..
Saturday, June 4, 2011
bila mode JAKI is ON
Jadiknya, tetamu parking keta kat laman rumah aku. Dalam limablas bijik kereta la boleh dimuatkan. Sebenarnya boleh letak sampai 25 bijik kalau nak. Itupun kalau kalau taknak balik la.
Aku duduk kat beranda samping perhati dorang ni keluar masuk parking. Dalam pada perhati dorang ni.. otak aku mula berfikir berputar2..
Idea 1 (mood masih OK)
Apa kata kalau aku turun bawah, aku tolong dorang ni park kereta. Ha, masuk lagi.. Masuk.. Lagi..lagi..yang sana tu, berhenti dulu. Ha, potong habis, potong habis. Okey, ha yang sana tu..Masuk kiri sini. Okey.. Yang sana tu, masuk kanan. Okey.
Idea 2 (mood dah kureng)
Aku turun bawah. Setiap kereta yang masuk parking, aku tanya dulu. Ni ha, berapa lama agak2 nak parking? Okey.. RM2 untuk sepuluh minit pertama. RM3 untuk sepuluh minit seterusnya dan seterusnya.
Aku rasa la kan, dorang ni semua tak makan. Parking kereta, pegi rumah kenduri.. minum air sejuk, salam dan blah. Nak jimat parking punya pasal.
Idea 3 (mood mmg tak OK)
Merujuk kepada Idea 1 kat atas. Lepas penuh parking tu semua. Aku kuarkan keta aku kat roof parking. Aku park kat jalan masuk utama rumah aku. Pastu aku hilangkan diri bawak kunci kereta, siap dengan kunci spare sekali. Aku pegi nyorok kat kebun. Biar padan dorang semua tak boleh balik. Tunggu la korang sampai aku muncul kembali.
Idea 4 (mood - _____________ sila isi tempat kosong)
Rujuk kepada Idea 1 jugak. Lepas parking semua full, aku pegi kat tempat rumah kenduri tu. Time ni aku pakai baju tidur kelawar. Aku lipat sampai lutut. Aku rampas mikrofon karaoke. Pastu aku cakap camni..
Kenapa korang semua parking kat laman rumah aku haaaa??? Sapa yang suruh haaaaa?? Berambus semua sekarangg!!! Hiisssh..!! Hissshh..! (jerit2 sambil tarik2 rambut)
Eh, apasal ada orang block keta aku ni. Camne aku nak kuar nanti. Oklah, aku nak suruh alihkan keta dia.. Ish..
Thursday, June 2, 2011
Bangla zaman sekarang..
Cerita kakak aku:
"Apa pilih²?" katanya..
Cerita kawan aku (mampos aku kalau dia tau aku buka cerita dia kat sini:
Yang ni, cerita aku:
Kali pertama dia tanya, aku senyum je..
Malas dah nak isi minyak kat sana.
Monday, May 30, 2011
Kenduri Cukur Jambul Cucu Aku - Nur Aisya Safiyya

Tak lama lepas khemah ni dipasang kat laman rumah, mak aku dapat kol. Cik Sumah ooii, nak buat kenduri kawin senyap2 je ye.. Tak jemput pun. Sapa yang kawin? cikpinky ke?
Bukan.. (ni aku yang jawab)
Agak2nya la kan, kalau buat garden wedding nanti ok tak? Eh..

Eh, mana aku? Aku tengah tengok cerita Mantera Anjasmoro.

Jajan2an..


The Pelamin.
Simple tapi look sweet. Yelah, aku.. Kalau pink je kata sweet. Pink je kata sweet. Babi je aku tak kata sweet. Itu aku kata.. Twittuih!


Ni mama n papa pengantin. Pengantin tengah baring dalam buaian.

Nur Aisya Safiyya - Pengantin Kecik.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Tetamu nampaknya gembira dan berselera dengan hidangan yang disediakan.
Menu :
Mee jawa, sup tulang kambing, nasi putih, sayur nangka masak kari, ayam masak merah, kuih muih, buah tembikai dan pisang dan air sarsi+teh panas+air grape.
Soalan: Cari perbezaan kedua-dua gambar cikpinky.
Sunday, May 22, 2011
Bapak di mana?
Aku ni cepat sebak bila nampak orang tua kat tepi jalan atau mana2 especially bila orang tua ni sendiri tanpa ditemani sesapa.
Mula la aku nak sPekulasi..
Ni kisah benar aku..
Tajuk : Bapak Di Mana?

Ha, lebat camni aku kuar cari bapak aku. Dari rumah maklong .. dorang kata bapak aku takde datang pun. Aku saspek dia gi kedai gunting rambut. Jadiknya, kat simpang depan ni.. aku kena belok kiri. Elok2 aku berhenti kat simpang, aku nampak motor bapak aku parking dalam hujan lebat.
Sekali aku nampak bapak aku tengah duduk borak2 dalam kedai. Rupanya dia beli makanan ayam. Tapi hujan turun, so dia tunggu.
Sekali aku ajak balik, dia kata..
"Tadi bapak bawak basikal"..
"Pak, motorsikal.. bukan basikal"..

Muka n baju dah basah.
Yang aku perasan, baju dia ada banyak sisa rambut. Ye, macam baru lepas potong rambut.
Haish.. bapak .. bapak..
Tuesday, May 10, 2011
Cerita pendek..
"semalam Ajib beli bunga dengan keychain. Balik sekolah singgah sembahyang kat masjid. Bunga dicuri orang time dia sembahyang. Ajib balik, mintak ampun kat aku sebab hadiah hari ibu dah hilang. Aku cakap tak apalah..."
Ish.. rasa sedih pun ada nih..
Wednesday, May 4, 2011
Aku rasa korang pun penah alami apa aku alami..
Jualan GP Kasut Rorine. Harga serendah RM5.97.
Bunting tak boleh blah. Walaupun tak brapa nak minat.. kalau dah tengok bunting kat tiang lampu hari² pegi balik kerja.. Juling jugak mata.
Itu biasa. Itulah saya.
Malam tadi, nasib anak buah yang tengah cuti semester. Boleh la ajak dia. Dia pun okey saje.
Kasut dia, okey la jugak. Yang tak okey.. Salesgirl dia berbau KETIAK. Pahit Kedaung.. Tak jadi aku nak beli sepasang kasut flat bereben. Kensel. Nafas dah sesak. Tak mampu bertahan.
Terus keluar. Tak jadi nak beli. Tiba² kepala diserang migrain. Penangan ketiak pahit tadi.
Tiba².. Nonie.. Nonie.. Ada suara memanggil.
Oh.. dia. Seorang kawan. Dia ni memang minat meniaga makanan. Dia promo aiskrim. Aku pun layan je. Beli la 2 mangkuk. Dia bagi 1 mangkuk free. Walaupun kepala rasa sakit, yang dah tentu² boleh tumbang kalau diisi dengan aiskrim.. Aku beli gak. Demi kawan.
Cakap pasal kawan, aku tak ingat nama dia. Sampai la aku pegi rumah anak sedara aku.
Aku : Eh, sapa nama kawan si Lan tu yang putih² tu?
AS : Yang bawak keta silver tu kan..
Aku : Iyelah. tapi sapa nama dia.?
AS : Jap.. i ada jemput dia aritu masa i kawen.
(Aku dan AS membelek senarai nama kat hp masing²)
Masih tak jumpa. Eh, tak ingat lagi nama dia.
Trus aku mesej Lan
Mesej aku : Lan, sapa nama kawan kau yang ada cafe kat meru tu?
Lan jawab : Arip la.. sapa lagi.
Padahal nama arip tu antara nama teratas kat senarai nama HP aku. Bolehnya aku tak jumpa.
Bukan tak jumpa.. tapi dah lupa nama.
Balik kang nak beli kismis minda lah.
Wednesday, April 13, 2011
Baru nak ngular sikit..
Kan despatch aku eksiden. So, dia dapat MC sebulan. Dia eksiden bawak kereta Camry abang dia. Sampai total lost. Sebab tu aku tak penah bagi kereta aku walau sekali pun kat dia. Aku mmg satu sen pun tak percaya dia bawak kereta aku. Biar dia kata aku kedekut. Aku tak kesah.
So, aku cuba la tolong pegi bayar bil ke hape2 la yang aku boleh tolong pegi bayar. (tu pun lepas bos aku suruh). Eh, memang pun aku nak gi bayar.
Sekali bos aku suruh gi bayar kredit kad dia kat citibank. Yess!
Citibank ni letaknya kat klang centro. Setahu aku, skrg ni tgh ada sale kat centro ni. Ye.. aku ada tgk bunting2 kat tepi jalan. Cuma belum sempat nak pegi. Bukan belum sempat, tapi takde duit nak pegi. Tulah, aircond kereta aku buat hal.
Kat sini, aku park keta kat tepi jalan je. Tak senang aku nak masuk parking. Kang dah parking, susah nak carik balik. Trus gi citibank, deposit cek. Eh, kaki ni takmo belok kanan (jalan keluar). Asik nak belok kiri. Masuk kedai FJ Benjamin.
Wahh.. best.. Belek2 baju.. handbag.. kasut..
Sedar2. Kunci kereta takde kat tangan. Keluar balik, pegi citibank. Takde.
Panik!
Masuk balik FJ. Suruh salesgirl tu tolong aku cari kunci kat sebalik baju2 yang aku belek tadi. Takde gak. Dia siap kata mungkin aku dah cicirkan kunci tu kat jalan. Suruh aku cepat2 lari tgk kat jalan yang aku lalu tadi. Pastu aku rasa, aku tak amik pun kunci tu dari kereta.
Lagi jahanam kan perasaan aku ni? Dushumm! Cepat2 aku keluar sambil2 tengok kat jalan kot2 kunci tu cicir. Tengok kereta, pintu lock. Adooiii! Dahlah kunci spare kat rumah. Sapa nak tolong amik antarkan pulak?
Pegi balik kat FJ. Ponggah kat tempat baju2.. bag2..
Belek.. belek.. dan belek..
Ye, jumpa kat bawah beg yang aku belek tadi. Fuh!
Trus blah. Takde belek2 dah. Balikkkkk!!
Pastu aku ingat, inilah padahnya. Time keje, aku curi2 window soping. Padan muka aku..
Tadi balik keje. Pegi situ balik. Bukan apa, kalau aku tak kembali ke kedai ni, nanti panik aku siang tadi tu taknak hilang dan mgkn akan jadi tripple panik.
Dahlah, nak tido. Esok nak pakai baju baru.
Wednesday, April 6, 2011
Ini bukan entry EMO ye adik²..
Biasanya la kan, kalau benda baik haruslah dikongsi bersama. Benda tak baik kongsi jugak, tapi secara rahsia.
Kan aku ada minum herbalife kan. Alah, aritu aku ada post entry pasal herbalife. Aku ni minum bukan untuk kurus. Kalau aku kata aku minum untuk kurus, ini bermaksud.. aku nak badan aku berbaki tulang saje.
Maksud : aku dah cukup kurus.
Ramai orang beranggapan, herbalife tu untuk kurus. (Anggapan ni boleh diterima pakai)
Benda ni banyak kegunaan. Samada ko nak kurus atau sebaliknya. Cuma cara pengambilan yang membezakan.
Aku ambik benda ni lebih untuk tujuan kesihatan.
Lupakan pasal kegunaan di atas.
Paling aku tak suka la kan.. Bila orang kata..
"Eii.. takutlah nak minum benda² camni. Takut dapat penyakit."
Yang ko dok minum air manis dalam tin selalu tu bukan mengundang penyakit ke?
Apela..
Sekali aku jawab.
"Ko jangan jadi kolot boleh tak?"
Hambik ko sekali..
Malas aku layan orang camni.
Monday, April 4, 2011
Ko ingat ni pasar besar kelang ke..
Jumpa satu minah cha ya nun alif.
Pakai singlet nipis nampak bra kaler biru dengan seluar pendek jeans bawah bontots.
Ko ingat ni pasar besar klang ke amoi??
Friday, April 1, 2011
Menyampah dengan orang jenis camni.. tampar nak??
Kat opis aku ni kan.. ada sorang budak. Dia ni keje sebagai despatch. Selalu suka tunjuk pandai.
Menyampah bukan?
Penah bos aku tanya, webcam tu apa? Yang bos aku ni mmg buta segala. Buta IT, buta Gadget tetapi celik MONEY..
Dia jawab,
'webcam tu sejenis software'
boleh?
Dulu kitorang pegi PWTC. Ada keje kat sana. Cerita la pasal laptop. Ada sorang tanya kat member aku.
Eh, berapa harga u all beli laptop ni ye.. Member aku pun jawab..
'kitorang beli secara bulk, so dapat harga murah sikit'
Si budak despatch ni (sila baca sebagai MANGKUK) sibuk gak menyampuk.
'bulk punya brand tak bagus lah..'
boleh?
Satu lagi paling aku tak boleh tahan (tengah tahan gelak ni..)..
Dia cakap Nanyang Siang Pau adalah..
.
.
.
.
.
.
.
.
KOMPENI JUAL KUIH PAU..
Panggg sekali MAU?
Cucunda..
Ini adalah baby kepada anak sedara aku, Gina.
Lahir pada hari Sabtu 26.03.2011.

Nama dia Nur Aisya Safiyya. Aku panggil Shasha..
Ye, Shasha memanggil saya.. Nenek Pinky..
Nenek?
Friday, March 25, 2011
abah tak mampu belikan kakak ferrari..
Terkejut bila kereta letak kat parking lot, ada orang dok belek pusing keliling.
Ada satu family tu terdiri dari ayah, mak dan anak perempuan aku spot mereka tengah mengelilingi kereta aku.
Dari depan sampai ke bonet belakang. Si ayah siap depa²kan tangan. Si anak pun angguk² saje.
Mungkin si bapak berkata,
"Abah tak boleh belikan kakak ferrari, jadi, abah belikan kenari. Ala, lagipun ferrari tu macam kereta kena hempap pokok je.. kemek semacam"
(ni firasat aku je..)
Dan mereka cepat² blah bila aku tekan alarm kereta. tetet..tetet..

- Ferrari saya -
Monday, March 21, 2011
Sekadar berkongsi..
Bila berkongsi kisah kehidupan dengan seorang teman ni.. Memang berat telinga mendengar. Apa lagi berat bahu dia yang memikul.
(padahal mak mentua dia yang kuat MAK ESAH)
Paling aku tak sanggup dengar, mak mentua dia tuduh anak yang dia ni lahirkan, bukan cucu dia.
"baik jadi macam ko.. single, senang.. "
Nak tutup mulut orang bukannya senang nok..
Hmmm..
Friday, March 18, 2011
Tak puas hati..
Tapi kenapa dia panggil aku KAKAK?
Tak puas hati ni..
Saturday, February 19, 2011
New Used Car
Dulu kan, ada satu jualan kereta kan Subang Jaya. Kami adik beradik pun pegi la tengok. Sebab time tu memang kakak aku nak carik kereta. Tapi kan, kenapa dia tak beli kereta baru ye? Sampai sekarang aku terpikir.
Tengok punya tengok dalam cuaca yang panas terik. Almaklumlah, tengok kereta terpakai.. Yelah, nak sedap dalam aircond sambil tengok kereta.. Maksudnya, dalam showroom la kan. Kalau dalam showroom, dah tentu² kereta baru. Ye tak?
Berkenan la dengan satu kereta ni. Proton saga kaler putih. Berkenan sangat dia. Aku pun OKEY saje. Time tu, aku tak tau apa². Janji boleh naik kereta baru. Ye, kereta baru tapi terpakai.
Aku rasa la kan, time tu takde sangat check apa yang patut kat kereta tu. (sampai sekarang aku tak tau kenapa). Beli je.. Tah pape tah kan?
Bila semuanya selesai.. Hari nak ambik kereta pun tiba. Hish.. semangat nih nak bawak balik kereta baru. Time tu kan, kat family aku.. Abang aku je ada kereta. Kereta mazda 232 kaler silver. Masing² nak ikut pegi ambik kereta baru. Macam sadin dah. Yelah, nanti time bawak balik kereta kan dah boleh dibahagi dua. Separuh masuk keta abang aku, separuh lagi naik kereta baru. Cewah.. Kereta baru.
Aku, of coz la nak naik kereta baru. Abang aku yang nak drive balik kereta baru tu. Kakak aku bawak kereta abang aku. Berdebar² nih. Nak naik kereta baru. Bunyi macam jakun kan? Aku duduk seat belakang. Kakak aku duduk sebelah abang aku. Setat kereta. Tarik seat belt.
Eh? Seat belt TAKDE?
Macam mana ni? Nanti kalau kena tahan polis camne? kata abang aku. Kalau aku.. takde hal.. ada seat belt pun bukan aku pakai. Eh.
Untuk ape? Abang aku selempangkan henbeg tu. Nasib baik henbeg tu kaler hitam. Kalau kaler pink camne? Eh. Pink pulak.
Feeling² pakai seat belt gitu. Boleh?
Macam² lagi la masalah kereta tu. Kerap sangat rosak. Dengan ekzos tercabut la. Enjin berasap la.. Kiranya maintenance lebih tinggi dari ansuran bulanan.
Itulah kan..
Bagi aku, kita ni (aku la tu) bukannya selalu berduit sangat. Kenalah beli kereta baru. Sebab kereta baru ni InsyaAllah. 4-5 tahun takde masalah. Janji pandai menten.
Bukan apa, dulu kereta pertama aku tu.. aku beli second hand. Banyak sangat guna duit. Baru guna dah kena tukar itu ini. Sakit kepala. Lepas tu, aku tukar kereta baru. Baru la masalah takde.
Eh, diam tak diam kan.. dah 6 tahun dah usia ferrari aku tu.
Sayam dia..
Tuesday, February 1, 2011
Angkat kaki, setat Ferrari..
Dah lama sebenarnya aku nak buat entry ni. Puas aku pikir² samada patutkah aku ceritakan hal ni kat blog. Yelah, takut buka aib orang lain.
Benda ni terjadi kat aku sendiri. Aku alami dan aku lalui.
Nak dijadikan cerita, abang aku ada terima call dari seseorang yang mengatakan abang sulong aku ada kat hospital. Sakit tenat. Kaki nak kena potong. Sebab kencing manis. Takde waris nak tandatangan surat potong kaki tu. Nak minta tolong cari waris.
Abang aku ni pun, suruhla aku tengok kat hospital since kedudukan hospital dengan tempat keje aku ni agak berdekatan. Tapi, bila diingat², takkan la kami tak tau yang abang kami masuk hospital.
Musykil 1.
Lepas tu pulak dia kata isteri orang ni.. perempuan indon yang dah lari tinggalkan orang ni. Tempat tinggal pulak, kat bukit naga. Sedangkan abang aku isteri dia orang sini and tinggal kat ampang.
Musykil 2.
Menurut beliau lagi, pekerjaan orang ni adalah dukun santet (santet - saja aku tokok tambah). Ye, seorang dukun dan mempunyai sebuah kereta wira. Abang aku lak, takde kereta wira.
Musykil 3.
Ye, aku lega.
Amanah orang mesti kena sampaikan. Abang aku suruh aku pergi rumah keluarga si Dukun. Sampaikan pesanan yang Dukun ni terlantar kat hospital, sakit tenat dan mencari waris. Hmm.. ikut saja arahan abang aku kasik. Nampakkan aku kurang amanah? Abang aku suruh, baru aku pegi. Kalau tak, sori. Ye, memang agak keji.
Satu hal lagi, bila aku pegi rumah family si Dukun ni.. Dorang maki aku macam aku ni buat salah. Dorang dengar je aku sebut yang si Dukun ni kat hospital cari pewaris, terus dorang naik HANGIN satu badan. Aku terpinga². Apa salah aku..
Rupa² si Dukun ni sepanjang hidup dia.. amatlah tidak bertanggungjawab. Suka pukul isteri dan anak². Langsung tak bagi nafkah sara hidup dorang. Apatah lagi, dia dah gilakan minah indon. Terus pergi tanpa kabar berita. Terkontang kanting anak bini ditinggalkan. Si isteri susah payah besarkan anak².
Ha, sekarang.. baru tau nak cari waris. Pegilah rumah bini muda dia sana. Mintak tolong dorang. Apehal pulak nak cari kat sini. Nak kena potong kaki ke, apa ke.. Lantak dia. Siap macam bersilat
makcik tu sambil bercerita. Aku masih terpinga². Dengarkan saje.. Layan..
Aku tak tau macam mana nak mintak diri. Dorang ni dok asik bercerita bagai. Macam² maki hamun dihamburkan untuk si Dukun ni. Aku pun dah tak senang duduk. Eh, bediri.
Lepas bagi alasan aku baru balik kerja, aku pun mintak diri. Cepat² aku angkat kaki, setat ferrari. Letih dengar orang dok memaki. Baik aku balik, makan roti.. tengok tv.
Itulah kan, buat jahat kat anak bini.. Allah dah balas sendiri kat dunia.
2 hari lepas tu, kakak ipar si Dukun ni call aku kat rumah. Dia mintak maaf kalau² dia ada terkasar kata.
Aku maafkan saje.
Dengar² cerita, lepas tu anak lelaki dia pegi hospital. Tandatangan surat kebenaran memotong kaki si Dukun tu.