KAWAN²

Thursday, January 8, 2009

aku dan demam chiku..

badan rasa sakit2.. rasa sengal2.. nak kata aku buat keje berat.. tak jugak. aku cuma buat keje sikit2 je kat opis, selainnya aku memblog.. stalk blog orang. dan lain2 keje yang langsung tak berat, tak adventure.

aku gi klinik kat opis aku. doktor check aku. dia kata aku dah kena demam chiku. dah 5% dlm badan aku nih. muka aku pun dah naik merah2. macam udang terbakar. doktor bagi aku mc 2 hari. jangan campur ngan orang katanya. jangan bagi org datang umah aku. spray nyamuk selalu. dan.. bla..bla..bla..

kaki aku mula sakit kat bahagian lutut. pg tadi nak masuk bilik air pun rasa nak pitam depan pintu. pandangan makin kabur. tekak rasa loya. aku tidur balik. bangun tidur, lengan pulak rasa sakit sgt. sendi2 ni mmg sakit gila. jari jemari ni pun rasa sakit sangat. rasa mcm tak larat langsung nak bangun. rasa macam lumpuh je badan ni.huhuu.. sedey sangat rasanya.

pagi td aku gi klinik kerajaan kat pekan. tunggu macam azab je. tapi, sabar je. tak elok nak marah2 nih. korang cuba bayangkan, aku dtg pukul 10.30 pg dan aku keluar pukul 1.15 ptg. bayangkan jelah ye.. sabar noni sabar.. lepas check darah, kasik sikit briefing.. doktor kata kalau darah pekat aku makin memekat, aku kena pegi hospital. waaarrrgghh.. aku takmo duduk hospital.

kawan aku kata, kat bawah katil hospital ada hantu puaka niyang rapik. issh.. saja je nak nakutkan aku. takot woo.. korang bayangkan je lah.. bawah katil korang tidur tu ada hantu. wahahahaa.. takooottt!

dahlah aku nak makan ubat ni. aku tgh giat makan ubat. pastu nak minum air banyak2. pastu nak tidur balik. sebab aku taknak tekanan darah aku makin rendah dan darah aku makin pekat. tak mo tidur kat hospital. takmooo.. taknak..

ps - smlm drive sambil nangis.. sebab semua sendi2 sakit sgt.. boleh bayangkan tak?

3 comments:

AQisH said...

adoilaa datin..kesiannyer u..u rehat byk² eh..dh minum 100plus tu ke..semoga cpt sembuh tin oiii..

cikpedot said...

alamak daling.. ko dah kene demam nyamuk negro nih.. takuuuttt.. aku pun nak nasihat ko minum 100+ bebanyak.. kalau tak kebah. masuk je sepital.. tak ngape.. bule cepat baik maaa

cendawanintim said...

rehat banyak2 yer..jangan luper makan ubat tu..