KAWAN²

Friday, January 16, 2009

golek.. golek lagi..

bisu adalah nama seekor kucing. tinggal kat umah aku tapi bukan peliharaan aku. ye, ingin aku ulangi.. bukan peliharaan aku. bisu datang dengan sendirinya. tanpa diundang. tak malu, trus tinggal kat umah aku. takpe.. biar je. berbakti pada binatang, ada bahagian untuk kita kelak.

lepas bisu melahirkan 3 ekor anak, mula timbul masalah kat umah. ye, masalah najis merata. trus anak² itu dan induknya aku hantar ke umah auntie ku.

what a miracle! bisu berjaya menjejaki umah aku kembali. tinggalkan anak² yang dahagakan susu ibu. dah nama pun binatang. binatang juga. dan bisu.. kembali hidup solo tanpa anak² di sisi. senang kata, single and available. hahaa..

sekarang bisu dah simpan banyak jantan. ada saja jantan tunggu depan umah. yang kelabu, oren, itam, putih dan byk lagi kucing yg of coz jantinanya adalah jantan sedang menunggu peluang untuk merebut peluang. peluang apa.. sendiri mau hengat. takyah aku nak ckp kat sini. kalau tak tau juga.. pegi lantak korang. buat² tak paham konon.

bisu semakin galak. asik golek² je depan pintu umah. nak menggoda jantan² tu la tuh. satu hari tah berapa jantan dia layan. ish.. menyampah pun ada aku tengok dia. tapi.. aku biarkan je. takde mengganggu gugat hidup aku pun.

itulah dia bisu, semakin gatal sejak abis pantang ni. eh... kucing ada berpantang ke? pantang jumpa adalah.. macam aku gak.

macam aku gak? hahahaaa! rahsia..

ps: aku bukan kucing



3 comments:

ladybezz said...

mesti sukar kan task ko kali ni.. menspy si bisu...grrr.. eyau!

AQisH said...

kikiki..i tau u jeles sebenarnyer ngan bisu tu kukukuku

Gee said...

err napa dia dinamakan bisu?.. kalau betol2 dia bisu tentu susah yer dia nak menggoda kucing2 jantan tu hahaha!.. takat aksi lucah je la!