KAWAN²

Wednesday, January 28, 2009

check-in..

malas sebenarnya nak berprasaan macam ni. sebab skrg ni tgh cuba nak lebih cool. tapi tak boleh juga. pigidah.. cool konon.

bukan marahkan sesapa pun. minggu ni cuti dah la 4 hari. aku hengat takde buat apa², boleh la check-in. hahaa.. bukan check-in hotel eh.. apa korang ingat? mula la nak berprasangka buruk kat aku tuh. mula la nak tuduh aku yang bukan². haaa.. tak baik tau. buruk sangka kat aku. baik korang bersangka baik kat aku.

istilah check-in tu bermaksud surf internet la. apadaa.. ni ha, streamyx line kat umah aku lately mcm tembelek je. nak menunggu word verifying username and password keluar kat skrin bukan main lama lagi. aku ingat kalau goreng tempe pun dah siap. bayangkanlah.. sedap gak tempe goreng ngan rempah cicah sos eh. emm.. makan saja aku nih.

bos lak tiba² kol aku. time tu dah dekat pukul 11 malam. time aku tengah makan kat warung makcik romnah. tengah layan nasi goreng cendawan. dia suruh aku antar mail kat kawan dia. adoyaii.. takkan aku nak kata tak boleh. aku cakap okey je.

ni antara perbualan dia ngan aku.
"hello, nonie.. saya ada sent u satu sms dekat itu u punya henfon. itu sama email u kasi hantar sama itu address saya sudah sms sama u. itu orang kata dia tiada dapat itu email yang u sudah kasi hantar sama dia. nanti u kasik sms sama saya kalau u sudah anta itu email ye.

balik umah aku trus cuba online. lahanat gak.. sabar je aku. bila line dah okey boleh masuk internet, aku trus sign in account cepat². trus cari sent history. trus taip email address yang dia kasik tadi. bila word your message has been sent to palaotakko@yahoo.com. dah keluar kat skrin, aku rasa amat lega. ye.. amat lega. apa yang penting, tugas aku dah selesai. janji keje yang bos aku amanahkan, dah aku buat dengan jayanya.

dan.. harini aku nak kol TM. nak buat komplen. mana buleh jadi. aku bayar line tu tiap bulan. tapi perkhidmatan tak bagus. nak kena dorang ni. banyak dah entry aku tertunggak.

ps - email address kat atas tu cuma rekaan aku semata². jangan lak korang gatal anta apa² mail kat address tu pulak.


7 comments:

lavidalabelle said...

TM tu sedari azali lahanat. kasi komplen sama itu company.

TiNiE said...

ala skang ni line tenet mana2 pun rasa2nyer sukati toknenek diorg jer nak on off..zasss jerla

alladiin said...

EH..my streamyx line tak pernah tak ok pun...laju semacam je..hmm..your pc kot yg dah byk spam n trojan..haha..

CIKPEDOT said...

same le kite.. sungguh jahat TM itew..

CIKPEDOT said...

same le kite.. sungguh jahat TM itew..

pinkiss said...

belle - ini hari saya akan telefon itu TM kasi komplen sama itu kompeni.

tinie - tulah, rasa cam nak bunuh je line tu.

alladiin - kat PD tak ramai org guna internet. kurang blogger kat sana.

cikpedot - mmg, sunggoh jahat.. mari kita boikot mereka.

sanibagus said...

tembelek = tahi ayam yang cair berwarna hijau.. mambu badek..