KAWAN²

Wednesday, January 21, 2009

terlajak ferrari boleh diundur.. terlajak tidur.. apa eh?

(sambil menguap dua kali..)

lapar pulak perut ni. tak selera makan konon. "sejak i sembuh dari demam aritu, i tak berapa nak selera makan la.." kata² aku pada kakak aku petang semalam. ye.. nak aku bagitau kat sini.. itu adalah kata² dusta dari aku. sebab aku ajak dia makan kat maimon corner kat pekan umah aku. aku makan nasi goreng paprik. (visual tak disertakan, sebab tak berapa nak sedap).

balik umah, bahu rasa sengal². sebab aku duduk kat meja lain kat opis. pc aku rosak. tempat tu tak serasi kot kat aku. banyak la ko nonie.. tak serasi konon. pas solat maghrib, buka baju.. aku baring jap. kiranya aku baring tanpa baju. hehee.. tak seksi pun sebab aku kurus je. so, korang takyah la nak excited sgt time baca ni. huhuu.. dan.. aku pun tertidur.

aku terjaga bila terdengar lagu dari drama ku milikmu. ingat nak tengok citer tu. tapi, mata rasa berat sangat. sambung tidur lagi. terjaga lagi.. jam pukul 9.30 mlm. sambung tidur balik. brapa kali nak sambung la.. pastu aku terjaga lagi pukul 10.10 mlm. ish.. tak boleh jadi ni. kena gagahi diri untuk bangun.

capai towel kaler ijau. masuk bilik air. mandi. mandi ler. takkan makan kot. pakai pijama kaler biru gelap ada bunga kain ala² satin. ni mak aku beli time dia gi umrah tahun lepas. baju ni elok dinamakan baju panas. sebab kain dia memang panas. boleh kasik pinjam kat kahuna sebab kat tmpt dia blajar skrg tengah ada salji. abang aku penah tanya.. "sapa belikan kau baju hujan ada bunga² kat depan tu?" pastu.. ingat nak tgk tv cerita intan kat prima pukul 11.00 nanti. tapi.. katil tu asik panggil² je suruh aku baring.

dan.. aku pun baring. tarik selimut. tidur balik. tidur lagi?? sampai la ke pagi aku tidur. tambah tolak kali bahagi, lebih kurang 10 jam aku tidur malam tadi. mimpi.. jangan cakap la. macam² mimpi aku lalui malam tadi. malas la pulak nak cerita pasal mimpi tuh. lagipun aku tak brapa nak ingat sangat apa mimpi aku malam tadi. hahahaa..

kesimpulannya.. aku masih lagi mengantuk.. sekian..


2 comments:

AQisH said...

wehhh dah berejam tido ngantoks lagi eh..u mmg taww tin :-p

cikpedot said...

ko demam lagi agaknye.. kesian ko..