KAWAN²

Monday, January 12, 2009

ketam yang notty..

aku masih dalam lingkungan demam chiku lagi. abang aku antar ketam hijau. orang kata elok untuk penawar demam ni. tenkiu abang, susah2 je cari ketam ni. setau aku, ketam ni agak susah nak ditemui.

ketam ni kaler dia ijau lumut. mmg kaler mcm lumpur. masih bernyawa dan masih aktif. sihat walafiat. tapi jalan still tak betul gak. hahaaa... ketam tak de masuk driving skool. sebab tu, jalan senget je.

pagi2 aku dah dikejutkan oleh mak aku. "nie, ketam dah hilang." suara mak aku buat aku terjaga dari tidur. kira2 pukul 6.30 pagi. adoi.. mana ketam ni pegi. hmm.. patut la mlm tadi aku lupa nak simpul bungkusan plastik tu. malas nak cari, aku sambung tido. pastu mak aku kata dia jumpa sekor kat bawah mesin basuh, sekor lagi kat depan dapur gas kat luar. hahaaa.. mmg notty ketam2 ni. jauh gak ketam tu menyenget berjalan. yang sekor, still kat dlm plastik. yang ni skema sikit. duk diam je. lagi sekor, tak ditemui. mgkn dah berjalan sampai sempadan umah jiran. huhuu.. selamat jalan ketam.

selepas penangkapan dibuat. hanya 3 ekor je berjaya ditumpaskan. 1 ekor lagi dah melepaskan diri entah ke mana. ketam ni mmg notty tau..
ni sup ketam yang berjaya dimasak oleh anak buah aku. elok untuk penawar demam yang disebabkan oleh nyamuk jahanam. wajib tu ada sayuran. sedapp..

sup ni aku makan dengan bubur nasi. sebab bibir aku tumbuh mata ikan, lidah tumbuh biji2 and gusi bengkak. langsung xleh kunyah makanan. seksa woo.. tak best mkn bubur. tak berapa nak kenyang.

apa pun.. aku dah makin sembuh. cuma kaki masih agak sakit and lenguh2.

5 comments:

@LiYaNNuaR ツ said...

sedapnya tgk sup ketam itewwww... moga2 cepat sembuh yek...

NaD said...

seb baik la dia tak masok lam mesin basuh. kalo tak nanti dapat makan ketam perisa dynamo. hehehe.

Yang sekor lagi tu tah2 dah sampai sempadan golok tak?? :p

TiNiE said...

hak hak hak..kak nonie nih, dlm sakit2 pun leh wat joke lagi..tapi mmg krakar la itu ketam..mmg notty, pa per pun get well soon yer

bell said...

sodap sodap... get well soon sis.

Unknown said...

alamakk tin..mcm tak sama jer ngan ketam i beli smlm adehhh..

smlm i letak kentang ngan tomato jer dlm sup tu..sup u bkn main meriah yer tin ;-)