KAWAN²

Friday, January 23, 2009

sukati korang je..

dulu aku penah keje kat eon glenmarie. time tu rambut aku ikal panjang mengurai. tapi tak la sama ngan pontianak harum sundal malam. rambut ku akan ku ikat rapi tiap kali gi keje. almaklumlah.. kat sana lawan sapa vogue, sapa gojes. tak kira la ko kurus ke, tak brapa kurus ke.. janji pompuan. ada gak jantan yang nak cantik gak kat sana. heheee.. 69. semua orang nak nampak cantik menarik tertarik kau memang de bomb kimia phosporus. hehee.. betul ke spelling aku? lantak la.. janji ada bunyi.

satu hari tu aku gi makan kat kantin. tak ingat la pulak menu apa aku makan aritu. tapi aku masih ingat lagi kaler kebaya yg aku pakai. ye, kebaya labuh kaler itam putih. ada la satu mamat tu datang menghampiri aku lalu bertanya. "kak, nak tanya sikit boleh.." ayat pembuka bualan. "ye, ada apa?" jawab aku ala² sopan. pakai baju kebaya, kena kontrol sopan la weh.. "akak ni ani mayuni penyanyi tu ke?"

rasa nak tergelak pun ada time ni. masih kontrol lagi nih. aku trus jawab kat dia. "takkan la saya nak kerja kat sini. apa barang?? dah elok² jadi penyanyi.. takyah susah² nak keje opis. bukan gaji besar sgt pun keje kat sini kan..?" lepas aku cakap camtu.. dia lagi boleh cakap camni. "alaa.. mana la tau kan.. nak buat surprise kat staff sini." suprise pala hotak kau!

bf aku yang edisi 4 tahun lepas pulak cakap aku iras penyanyi ella. tu mmg aku tak nafikan. bukan perasan ye. tapi mmg ada sikit. korang tgk tahi lalat dia ngan tahi lalat aku. sama kedudukan kan? itu je irasnya aku ngan si ella and the boys tuh sebenarnya. heheheee..

dan.. dalam dunia ni ada 7 orang berwajah serupa. ada sesapa korang penah tgh muka dia iras² aku, impom aku cepat² tau.. aku nak jalan² seiring dan sejalan ngan dia. lalalaaa..

korang pulak camne? ada iras sesapa ke?

8 comments:

i.am.belle said...

oh kita sesuweii jln berpoya-poya seiringan, sbb mereka cakap muka aku iras camelia. 'mereka' lah cakap. hahaha.. (part ni kau boleh muntah sesuka hati).

kan aku dah kata aku gorgeous. lalalala....

NaD said...

owh.. a few times org kata muka ciknad cam zila bakarin. hadoi la.. dalam ramai2 umat.. zila bakarin yg disamakan. huh! panthhhaanggg tok nenek ciknadd!! (tiba2)

pinkiss said...

belle - jom kita jalan berpoya-poyo seiringan. lalalaa.. aku tak rasa nak muntah.

NaD - abis tu, ko nak sama ngan sapa la pulak. macam aku ke?

en_me said...

me suker ella.. suker banget.. uhuhu

TiNiE said...

haaa..tang ani mayuni tu mmg saya sokong..ada persamaannyer, kalau kata ella tu, mungkin tak brp nak sure pasai tak kaji betul2...hiks

~cik manis~ said...

wah,
same dgn ella n ayu mayuni tu..
huhu
manis pegi mane2, msti org ckp,
eh, muke kmu mcm kwn sy la..
mmg muke familiar kot manis ni
:(

sanibagus said...

1) "akak ni ani mayuni penyanyi tu ke?"

yang sebenarnya...

ani.. angkat kain hujaann.., jemuran dah.. tuuurrrunnn...

2) ella ...

yang sebenarnya...

ek.. elleh..!!

AQisH said...

hahaha..adoiyaii..sakit perut i baca n3 ni taww tin..

ada org ckp muka i mcm uji rashid..pastu catriona ross..kat poly dulu ada plak kata mcm ning baizura hukkk..x tau mana satu..tersangat poyos :-p