KAWAN²

Tuesday, December 30, 2008

aku gi bercuti..

yeaaayyy.. aku dah kembali ke tempat asal aku. negeri selangor. setelah ku tinggalkan selama 3 hari. percutian yang mmg besh. besh sebab penginapan ditaja oleh abang iparku itu. heheee.. kitorang tinggal kat ancasa port dickson. apartment yg menghadap ke laut. besshhh..

kitorang bertolak hari sabtu. dlm perjalanan ke sana, perut aku meragam. ni gara² makan sambal tauchu ikan la nih. perut memulas-mulas tak tentu hala. singgah jap gi tempat keje sal. memerut jap. fuhh.. lega.. perjalanan pun diteruskan.

day 1 *
sampai sana, singgah jap makan tomyam. tapi, hampeh. kedai jebon tu masak langsung tak sedap. kurang masam, kurang masin. hambar semata. cari parking macam hampeh. penuh giler. maklumlah super peak. ramai sunggoh org bercuti. dpt lak parking kat block a. tmpt kitorang block c. menapak ler. dgn membawa barang² yg dibawa khas dari umah.

petang gi jalan2 kat taman. mmg cantik. pastu gi laut jap. tapi aku x mandi. belum ada feel nak mandi. tgk je dorang bercanda di tepian pantai. malam nak tgk tv, tapi siaran astro sgt terhad. so, jalan² je kat kawasan sana. tak brani nak kuar bwk keta sebab nanti x dpt parking lagi. haru..

day 2 *
pagi gi bfast. dpt kupon utk 6 org. makan gila². belasah semuanya. layan bfast sampai lebih kurang 9.45 pg. pastu gi jalan kat teluk kemang. cari baju utk anak² buah ku. pastu balik bilik, rehat². masak utk mkn tghr. wpun tak boleh masak kat situ, tapi kitorang tetap masak. bawak dapur gas sendiri. buat macam kat umah je. petang gi mandi laut. ombak kuat sangat. aku dihempas oleh ombak 2 kali. ni, siku aku dah luka. sakit tul. berdarah dek aku terhempas ke pantai. huhuu.. mcm lagu lak. pas mandi laut, gi lak mandi kolam air panas. nak bersihkan sikit pasir² yang masuk kat dlm baju and seluar ni. huhuu.. penuh dgn pasir. malam, ada bday parti tuk farah. anak dara kakak aku. umur 4 tahun.

day 3 *
pagi kena buat bfast sendiri. coz giliran kupon tu utk org lain gi bfast. aku buat scramble egg. makan ngan roti. kemas² apa yang patut sebab arini nak bertolak pulang ke rumah. singgah jap kat taman. amik gambar. berposing sakan. nasib baik bateri kamera kong. kalau x, mgkn smpi ke tghr asik dok bergambar sakan. huhuu.. sblm balik, singgah jap kat teluk kemang. beli ole-ole tuk mak aku. perjalanan pulang pun disambung. singgah jap makan kat hentian seremban. layan laksa. yummy..

ni dia beberapa gambar percutian ku.:


dalam perjalanan menuju ke pd. gina, sal, aku and adik ku.


tu dia.. angkut barang² macam nak pindah trus kat sana.

pemandangan dari balkoni tingkat 8 apartment yg aku duduki itu.

kat pintu masuk spa. wajib tu pakai bunga. hik hik..

kat taman bali. sebelum balik. gi amik gambar dulu.

kesimpulannya.. best.. memang best.. otak aku dah free space sikit. sekian..

utk gambar² lain, tgk je kat flickr album tu eh.. tenkiu..

2 comments:

Helmy Alaidin said...

bercuti atau pergi bercuti mmg saat saat yg disukai oleh semua orang. saat bergembira dan lupakan sejenak tentang kerja dan juga masalah yg ada, sekadar mengisi kepala dgn kegiatan riadah serta aktiviti luar bersama keluarga mahulun kawan kawan. Macam percutian noni kat PD, mmg menarik bila baca aktiviti dari hari pertama sampai hari ketiga. pergi bercuti ni ada satu ketika rasa tak best..iaitu masa dah nak balik rumah semula...tu yg tak best..saat paling best plak bila tgh siap packing barang masa nak pergi n dalam perjalanan nak pergi ke tempat bercuti tu......

AQisH said...

wahhh bestnye u cuti2 malaysia kan datin...semoga lps cuti ni makin bersemangat waja u nak keje kan kan hehe..