KAWAN²

Monday, December 1, 2008

parti periuk bersama ketawa tak sudah..

apa ke benda la tajuk aku harini. aku menaip tajuk tu time aku masih di luar sedar. bukan apa. harini happy teramat sangat. sampai mcm nak gila meroyan lak aku dibuatnya. parti yg aku anjurkan dah berjaya dengan jayanya, parti periuk berjaya.

sedari pagi aku punya la semangat nak memasak. siapkan bahan² utk msk sayur campur. potong ayam, perap ngan rempah tandoori. remind mak aku buat rempah utk tempe goreng permintaan dari sorang kawan yg tgh pegang title mak buyung. aku ni tah bila nak dpt title tuh.

bersiap² ala kadar. sebab baju dah siap awal² sejak 4 1/2 hari yang lepas. letak mekap nipis je. kalau pakai tebal² pun tak guna gak. bukan leh tukar jadi cameron diaz pun. tepat jam 2.01 ptg, aku stat la ferrari aku menuju ke sek 7, shah alam. tmpt akan berlangsungnya parti periuk berjaya!


ni time melangkah kat pagar umah mira. melangkah dengan bangganya bersama periuk berjaya aku (dlm beg merah tuh..)

ni dia isi kandungan periuk aku. sayur campur resipi aku sendiri, tempe goreng rempah resipi mak aku dan ayam goreng pujaan hati aku iaitu ayam goreng tandoori payat. hmm.. laparr..

time menunggu kawan² lain yg belum sampai. baca magazine jap sambil memujuk perut yg tengah menyanyi kelaparan. sabar perut, sabar.. paksa diri untuk senyum.

bergaya sebentar sewaktu makan. alahmak.. cam bnyk je pinggan mangkuk kotor kat depan aku tuh..

lepas makan. edisi 'menapaw' sambil berposing. muka pun dah berminyak dek kerana letih memulun makanan.

posing sebelum balik. dari kiri eda, aqish, aku, nurul and miera.

punya la syok makan, minum, ketawa.. makan, minum, ketawa. itu je la yang berlaku sepanjang parti ni. naik tegang dah perut aku. apa pun, mmg happy dapat gather² ngan kengkawan lama.

nak tgk gmbr² lain?? sila klik ----> photos

kesimpulannya.. punyalah happy sampai naik meroyan, rupa²nya aku lupa nak pasang rotax ferrari aku yang dah expired sejak ari jumaat. huk². sekian..

1 comment:

AQisH said...

kikiki..noni meroyan dasat :-p
apapun mmg marveles lah parti kita smlm..syabasss organiser;-)