KAWAN²

Wednesday, December 24, 2008

ku dibelenggu irama..

ku masih dibelenggu masalah ketidakpastian akan sesuatu yang ku sendiri tidak pasti. apa ke bendanya aku mengaruk ni. takpelah kalau korang tak paham. janji aku paham apa yg aku tulis. janji aku paham hati aku ni. janji hati aku jujur. hati tak pernah menipu.

ye, aku ada masalah nak membuat pengakuan secara langsung. bukan melalui text message, mail berantai, bukan yahoomail mahupun malay mail (malay mail skrg dah bukan under nstp dah.. dorang dah bercerai..) tapi mengaku secara terang²an berdepan dengan seorang ni.

aku mmg suka kat dia. dari dulu sampai ke saat aku memblog entry ni. sama je sejak dulu. tak pernah surut, tak pernah kurang, cair ataupun beku. tapi makin bertambah.. walaupun aku pernah terasa hati suatu ketika dulu. tapi tu semua telah ku buang jauh ke dada langit bersama senja nan merah.

masalah aku..
1) mcmn aku nak bgtau kat dia
2) mcmn aku nak mulakan
3) bila?
4) kat mana?

ni la masalah aku tak masih membebani pala otak aku sampai sekarang. aku lebih rela takde duit dari ada masalah macam ni. ye.. ku di belenggu irama ciptaan sendiri.

p/s : kalau korang masih tak paham, atau ada pandangan mahupun cadangan, sila tinggalkan nota kat comment box tu. aku sedia menjawabnya di talian bebas tol aku. (ada ke aku talian tu?) persetankan..



2 comments:

AQisH said...

ape kata u buat entry tentang dia soh dia baca pastu..semoga berjaya..aja² fighting;-)

bell said...

Cakap je kat dia trus terang. Zaman da berubah kak. Nanti kalau terlambat dia terlepas.