KAWAN²

Friday, January 2, 2009

malam tahun baru..

malam tahun baru aku disambut nun di depan umahku aje. takde sambutan di mana² kelab or luar dari kawasan liputan.

kat depan umahku ada satu padang yang terletak di seberang parit (parit buatan). parit tu takde la besar sangat. kira² dalam 1 1/2 kangkang la. (cuba bayangkan luas lompatan 1 1/2 kangkang.) camtu la luasnya. ada satu tanah lapang dek kerana projek perumahan terbengkalai. so, dengan kesempatan itu orang² kariah umah aku gunakan untuk majlis² berkaitan dengan penduduk kampung.

malam tahun baru dorang ada buat pertandingan memancing. setiap peserta kena bayar rm7 untuk sebatang joran yg dibuat dari pokok kelapa sawit. cheh.. untung benar tuan penganjur majlis tuh. dahlah hadiah tak seberapa. hamper je dorang sediakan. tak best langsung. tapi takpe, janji org kawasan terdekat dalam berkumpul bersama.

aku ni tak berapa nak campur ngan orang sekeliling umah aku. bukan sombong, tapi malas. so,malam tu aku cuba join majlis tuh. aku dtg naik basikal anak buah aku. adoi.. basikal tu kecik, aku lak kaki panjang. mcm pelik je. tiba² aku dengar satu letupan mercun. ish.. setan gondol sapa yg main mercun. oh mak ko meletup! aku pun tekejut dah termelatah. (peringatan: aku tak melatah). "tu sbg menyambut kedatangan ko tu nonie.." satu suara agak sumbang kedengaran. aku cuma tersenyum sambil mencarut dalam hati. apa carutan aku tuh? rahsia, sebab korang akan tepuk dahi sambil geleng² kepala 180 darjah.

tgk orang memancing, lama² rasa boring lak. lagipun byk nyamuk ikut serta. aku takut kena gigit nyamuk. sebab jiran ku dah kena cikungunya. dek kerana takot kena penyakit tuh, aku pun beransur pulang. on streamyx, tapi agak sial sikit perangai streamyx malam tu. jap jap okey, jap jap tak okey. boring la pulak. tepat 12 mlm, dorang bakar mercun. best gak. tapi aku tak dapat sertakan visual. sebab henpon aku tak berapa nak canggih. henpon lopek je. so, korang bayangkan jelah, bunga api yang besar.. bila sampai atas dia meletop². dapat bayangkan tak? tak dapat gak? lantak lah..

selamat malam.. pe lagi aku tido ler. takkan nak berjaga sampai pagi. membazir tu namanya. aku tak suka membazir bab² tido ni.

kesimpulannya.. kena rajin² campur ngan org. sekian..


2 comments:

bell said...

ahahahakhakhak da tade beskal len ke kak. Xble imagine la.

AQisH said...

i pon ingat nak beli beskal gak ler tin..tp kena beli bdk2 2 org tu pnya dulu..