KAWAN²

Wednesday, May 20, 2009

Cucian kering berformula MATEMATIK..


Aku dapat sms dari anak buah aku, Gina. Dia kata baju tunang dia rosak.

Hmm.. kedai dobi mmg kadang² cam cilake. Dan bukan kadang², tapi biasanya cilake tu memang berpihak kat dorang.

Gina kata baju dia dah rosak amat. Kain yang panjang meleret tu dah mengecut atas buku lali. Baju yang ukuran panjang ke bawah lutut dah mengensot dan mengecut ke paras atas lutut. Gonjeng amat kat bunyinya? Ini bukan zaman diskang lagik ler.

Budak dobi tu kata dia buat cuci kering. Tapi memandangkan kain tu dah mengecut dan mengensot, ini bermakna mereka cuci guna air. Dah jadi cuci basah. Lepas tu pulak dorang kata dorang bukan antar kat tempat lain, tapi dorang dah ada mesin sendiri dengan cara dan formula baru untuk cucian kering.

Formula matematik agaknya yang dorang guna..

Gina ni bukan pemarah orangnya.. Cuba bayangkan, kalau pun korang bukan jenis pemarah, tapi kalau dah jadi camni.. sendiri mau hengat la kan? Takkan nak kata "er, takpelah.. benda dah jadi.. nak buat camne?"

Dia pun dah naik tanduk la jugak. Kalau aku.. hmm..

Weh.. baju tu bukan 20-30 ringgit tau. Tu baju tunang.. sendiri mau hengat la kan?? Ingatkan baju tu boleh la guna untuk raya nanti. Tapi dah jadi macam ni..

Disebabkan dia teramat bengang, dia terus ambik baju tu dan blah. Tapi, dia dah pesan kat kawan dia, yang dia akan KEMBALI esok hari untuk jumpa BIG BOS dorang dan tuntut gantirugi.

Tunggu la korang eh.. Aku akan join Gina esok.

Wahahahaaa! Tanduk aku dah mula bercambah 1 inci.


PS - adoila .. baru aku teringat.. aku ada 2 pasang baju kat sana lom ambik lagi. Cuci kering gak.. HABISSS LAH..




4 comments:

DramaQueen said...

owhh..aku fes..!

ape lagi..esok sila la hapdet.. aku bab menyetan ni.. memang berminat nak taw...

ko kasik basuh 14 bakul kat dorang.. klu bley, sila minta ganti rugi dabel supaya ko bley beli baju raya ko skali.. hahahah...

geram plak aku bila baca.. sian kat gina.. sabor gina.. "benda da nak jadi..nak wat cemana..." tapi sok ko blasah jak!

lavidalabelle said...

mmg kena minta gantirugi, mungkin tak sepenuhnyalah. asalkan mrk ganti kerugian.

bolehlah ko menyinga esok kan.. kan xD

dobi mmg celaka. buat kerja selalu cincai. haish!

AQisH said...

u doa byk² ye tin agar tidak bernasib malang mcm gina..sian diaa..esk make sure dpt gantirugi dabel triple bleh huhu..

vidadarisakura said...

seluar aku hilang 1 baju 2.
aku belum minta ganti rugi.
aku yg asik2 lupa.
dem!