KAWAN²

Thursday, May 14, 2009

Eii.. Ko ingat kau pembersih.. Tapi bagi aku ko amat Kemproh..


Aku mulakan dengan memberi definisi kemproh.

Kemproh adalah KOTOR atau PENGOTOR.

Ada sorang minah ni. Sama tempat keje ngan aku. Dia kata waktu dia habiskan untuk mandi adalah selama 40 minit hingga 1 jam. Aku bayangkan, dia kena bangun awal² pagi sebab nak duduk dalam bilik air sebelum bersiap pegi keje. 1 jam.. hmm.. adalah jangka waktu yg agak lama bagi aku untuk mandi waktu pagi. Takde keje aku nak duduk kat dalam bilik air lama².. Kembang karang..

Bila kat ofis.. Bila dia masuk tandas.. Adoila.. punya la lama. Cuci sampai 30 cm ke dalam la kot.. Dahla dia pegi lock pintu utama tandas tu. Macam la dia nak guna dua² tandas tu. Ceh.. Aku yang menunggu tu.. Hmm.. sampai dok terkepit² kat tepi pintu. Adalah teramat babi ye tuan² dan puan²..

Bila dah selesai.. Ha kau! habis tisu satu roll dia blasah. Gulung.. gulung.. gulung.. Lap.. lap.. lap.. Sampai takde setetek pun air berbaki kat tangan ngan kaki dia tu. Sabar je aku tgk. Kalau la a 10 roll tisu tandas, aku rasa dia sorang je guna 6 roll.

CERITA DI ATAS MELAMBANGKAN YANG DIA TU PEMBERSIH KAN??

KITA IKUTI KISAH SELANJUTNYA..

Dia ni kerap diserang masalah selesema dan batuk. Sikit² selesema.. sikit² batuk.. Mungkin dia kekurangan vitamin C. Tapi, aku tak berapa nak pasti. Sebab profession aku bukan Doktor. Aku adalah seorang Seksitari.

Okeylah.. takpelah.. Dah selesema.. Nak buat camne..

Tapi bila hidung dia tu tengah dok beringus.. Dia tak tau pegi buang hingus tu kat tempat sepatutnya. Dia dengan selambanya akan ambil tisu ..

dan..

Huhh.. huhh.. Prettt.. Preeetttt.. (sound effect disertakan di sini..)

Dengan selambanya dia membuang hingus dia tu kat tempat duduk dia. Cett.. Aku yang terdengar dan mendengar rasa amat jelek..jijik.. rasa loya.. dan rasa yang amat JAHANAM.

Malu la sikit wehh!! Kalau aku la kan.. Aku akan rasa amat malu bila orang terdengar aku tengah buang menda alah tu. Aku takut.. Aku takut orang akan anggap aku tak jaga kesihatan..

Puas dah aku bagi teguran kat dia.. tapi tak diendahkan langsung. Eii.. aku ni kalau boleh taknak lalu kat kawasan liputan dia. Eeii.. Takut.. ada banyak VIRUS.

Time tulah aku rasa aku nak letak perisai atau penghadang kat sekeliling aku biar terhindar dari terkena VIRUS dia.

Tapi kan.. badan aku ni ANTIBODI kuat tau..




15 comments:

Zeela LaLaLa said...

kuat sangatlahhhhhh..meh sini. kita lawan. one by one. hahahahahaha

TiNiE said...

kaknon..
aku rasa spesis ni ada jer kat memana opis....sabo jerla...

GiGGLe GaL said...

ha..sama la ngan minah mangkuk tandas kat hopis aku.. pembersih la konon..klu cuci tangan kat pantry smpa 14 org beratur pun dia blum abes cuci..tataw kuman malaria mane yg henggap tangan beliaw.. very irritating! Satu ari tu, aku saja jak buat benda sama kat beliaw.. basuh tangan lama2 kat pantry..beliaw hangin lalu pegi basuh tangan kat toilet.. bila nampak beliaw, aku gelak gaban. padan muka beliaw.. hahaha

ciK jUkoGYu said...

uih!dasat sound effect tue..pakai sound jenis ape 2..ekekeke...
palen geli bile owang buang kahak tahap hijau nyer ngan hembus hingus..rase gegendang tinge cam digeletek lak..ngeee...

EraNaZeErA.. said...

ngeh ngeh ngeh... kalu lah time tu ada orang nak terbe..... yg amat2 sgt mau dah terbuang kat luar kan... mesti dia ni spesis org ada penyakit WAS WAS kot...

pinkiss said...

zeela - lawan bodi, aku surrender la..

tinie - ha, ada spesis ni mmg ada di merata² tempat.

giggle gal - hmm.. ko lebih jahanam dari dia eh?

cik jokugyu - kahak tahap hijau? fuh.. bunyi yg memualkan eh..

eranazeera - dia tak guna produk zaitun. sebab tu asik was² je.

alladiin said...

haha...mcm2 ragam manusia ni.. Apa2 pun, jgn sampai nyusahkan org lain.. Rasanya, dia kena buat tandas sendiri kat opis tu..

i.am.belle said...

weih yg part hingus-2 tu, geli sih. pengotor itu babi.


kau makan vitamin apa kuat bebeno antibodi ker, mmg kau keturunan badang... xD muahahaha

pinkiss said...

alladiin - dia kena buat portable toilet. hahaa..

belle - pengotor itu kemproh. aku makan vitamin cap kuda. lalalaaa..

a.b geldofg said...

samalah kita....akupun kuat

Wai said...

aduh kembang tekak ku.............

GiGGLe GaL said...

noni..aku saja jak jadik jahanam seketika sebab aku tak larat perangai jahanam beliaw tu.. kasi panas line la.. da tebakar dah beliaw lately nih.. haha..

F A R Y N said...

cuba ko cek...
kot2 dia ada hingus cam babi...
hahahaa

AQisH said...

eeee..yuckkkk..ape kemproh org opis u tu tin..

vidadarisakura said...

hoh~

memang minta kena pecah pintu tandas kalau ngan aku.