KAWAN²

Wednesday, December 31, 2008

mengigaukah aku??

perut aku manjang lapar. w'pun tghr smlm dah diisi dgn nasi ayam nasi penuh. petang dah lapar balik. on the way balik umah, sblm sampai simpang empat pekan meru aku kol kakak aku. kot² la dia ada kat umah. almaklumlah dia tu selalu berada di atas jalan. asik mengukur jalan je.

"hello.. ko ada kat umah ke?" cis.. apada.. aku kol umah dia lagi tanya ada kat umah tak. "dah ko kol umah and aku jawab, aku ada ler.. menyut." kikiiii.. aku mmg menyut pun.

lepas kompom kan yg umah dia ada stok nasi dah sup ayam, aku pun membelok kiri menuju ke umah kakak ku itu. borak² sambil makan. tapi makan sikit je. sebab balik karang nak makan lagi kat umah.

lepas magrib aku balik umah. cuci pasu bunga kat hall yang air dia dah membusuk. huhuu.. telah kutinggalkan bercuti 3 hari. aku suka letak bunga segar kat hall umah ku. orang kata, kalau hari² tgk bunga or cium bunga.. awet muda. tu yg aku mula amalkan sejak 2 mgu lepas. ni petua dari auntie tokey kedai bunga. jom amalkan!

pas mandi, lepak² ngan adik beradik. kakak aku dtg check in kat umah aku. mata rasa mengantuk. tapi layan dulu citer ku milikmu. pkl 10.00 tido jap sebab nak jaga pkl 10.30 nak tgk obsesi pulak. aku suka sbb ada remy ishak berlakon. pastu aku tido.

pagi tadi time aku drive, tiba² aku rasa perut aku lapar. baru aku ingat malam tadi aku rasa.. aku makan nasi. tapi aku tak ingat lauk apa aku makan, sayur apa aku makan. puas aku ingat balik, tapi tetap tak boleh ingat gak. so, pada pendapat aku, aku mengigau. bangun.. jalan gi dapur.. amik nasi.. makan.. pastu tido balik... uuawaaaa.. tidak..

tapi kan, aku dah bese camtu. pkl 2-3 pagi pun aku leh bangun makan nasi. aku takleh lapar. tak kira waktu, aku akan bangun cari makanan. ye.. aku akan cari nasi. setakat makanan ringan, aku tak layan. boleh blah. w'pun org kata tu amalan tak elok, tak baik untuk kesihatan. tapi aku persetankan tu semua. janji perut aku kenyang. aku tak boleh tido dlm keadaan lapar. tidur ku tak akan nyenyak. tidur tak nyenyak tak akan hasilkan mimpi yg indah. cewaahh.. nak indah saja. nak muntah? silakan..

dan aku masih cuba mengingati, apa aku mkn dah pkl brapa aku bangun makan mlm tadi..

kesimpulannya.. nasib baik tak mengigau setat ferrari.. masuk hiway. huhuu.. haru.. sekian..

menyut = gila aka sengal


5 comments:

TiNiE said...

hiks..kelakar gak kak nonie ni ek..

NaD said...

owh...yang itu konfem haruuu.. huhuhu

AQisH said...

datin..kenapa u menyut tin oii..:-p

mlm td i tgk starworld- grey's anatomy pastu desp. hswves..nasib baik dpt gak i tgk klu tak debab2 tu je yg konker hukk..

pinkiss said...

tinie - akak mmg camni. kelakar sket.

nad - i harap i ngigau gitu. drive ferrari masuk nkve. huhu..

aqish - i mmg agak menyut lately tin ooii.. (paham² je lah ek..)

sanibagus said...

nasib baik tak ngompol..