KAWAN²

Wednesday, May 27, 2009

Aku sebilik dengan manusia pelik.



Hari pendaftaran masuk pelajar semesta 4. Aku cepat2 meninjau senarai nama pelajar dengan bilik dan blok yang telah ditetapkan oleh kolej. Berdebar2 rasanya.. Siapakah yang bakal tidur sebilik tapi bukan sekatil dengan aku?

Tak pernah pun aku terpikir yang aku akan sebilik dengan Salmi. Malah aku cuba elakkan dari dapat sebilik dengan dia. Kenapa dengan Salmi?

Salmi seorang pelajar kejuruteraan awam yang teramat sempoi. Hari pertama masuk asrama, beliau dihantar menaiki motosikal oleh abg beliau.. Sila jangan tekankan bab motor, aku tekankan di sini bahawa.. Salmi daftar masuk asrama dengan HANYA membawa sebijik beg.

Aku? Aku pelajar seksitari. Hmm.. sendiri mau paham. Barang aku seorang sahaja.. penuh satu bonet kereta. Baju, kasut, barang2 keperluan diri yang lain ++++ Sila bayangkan la ye... Kasut aku.. kasut aku..

Enam bulan sebilik dengan beliau, aku kira hanya lebih kurang 10 kali je kitorang bercakap. Beliau teramat pendiam dan aku kira beliau juga adalah seorang yang pelik.

Salah satu sikap dia adalah dia teramat liat bangun pagi. Atau mungkinkah gegendang telinga dia telah rosak? Kenapa? Salmi tetap tak bergerak..walaupun jam loceng tu dah jerit² memaki hamun suruh bangun.. dia still zzzzz macam kerbau. Mungkin sistem pendengaran mmg ada technical problem. (itu cuma aku punya assumption)

Aku ingat lagi, dia balik kampung.. dia ada bawakkan aku mangga. Tapi kan, dia bagi aku 2 biji mangga dengan nota di tepinya "noni, makan mangga ni". Ish, tak boleh ke cakap sendiri selain tinggalkan nota? Berat sangat ke nak buka mulut tu. Ahh.. makan je.. orang dah kasik kan??

Rutin harian dia cuma pegi kuliah, malam pulak masuk bengkel. Aku pegi kelas dia belum bangun, dia balik bengkel pulak.. aku dah tido. Camtu lah kehidupan kami selama 6 bulan. Jarang bersua muka.

Apa yang aku rasa, salmi amat membataskan perbualan antara dia dengan aku. Dia mcm sengaja mencipta jurang. Dia nak cipta jurang? Aku cipta laut dalam. Hahaa.. apa aku kesah??

Sedih juga bila diingatkan.. bila hari terakhir kami kat asrama.. kami tak sempat say goodbye. Dah duduk sama enam bulan, tapi takde kata² penutup semester. Berpisah macam tu je.

Harap² nanti aku ditemukan dengan dia di satu masa. Tapi tak tau kat mana la kan..

Eceh.. macam la aku ingat lagi muka dia tu. Wahahaa.. bukan apa, dia selalu tido ngadap dinding. Nak suruh dinding ingat muka dia ko. Cehh.. tak baik la aku nih.


ps - mungkin faktor perbezaan kursus kami membataskan segalanya.. mungkinkah?? persetankan je lah..




9 comments:

FARYN said...

aku rasa baik ko wat jejak kaseh sama salmi...huhuhu

DramaQueen said...

aku rasa salmi tu rindu kat kerbau dia kot.. tu yg dia kurang kesah kan ko.. adoila..

Shahrizan Salian said...

Pinky,
I masa 1st year pun ada pengalaman yang hampir sama dulu. Cuma ceritanya, I Duduk ngan mamat surau. Dan I, errr...kurang surau. Tapi masih boleh bercakap2lah. Dan dia ada ajak join tabligh qiyamulail kat Masjid Tengkera. Apekah?

Anonymous said...

agaknyer beliau ade bisul lam mulut selame 3 bln..3bln lepas tue beliau sakit gg lak...hmmm...ade kea bisul lam mulut?yg sakit2 tue ape?mate lalat ek?muahahahaha..(tetibe je kan?)

pinkiss said...

faryn :
aku nak buat satu siri jejak kesah.

giggle :
ko ko kobau den lopeh.

shahrizan :
seb baik ko tak ikut dia tabligh. kalau tak, dah tentu² blog ko tak wujud skrg ni.

mrsjokugyu :
mulut dia dah tergam dengan gam UHU kot..

guapunyahal said...

nanti kalau lu jumpa dia..hadiah kan dia guli berserta note:salmi, amek guli gi main

AQisH said...

*garu dagu* salmi yg mana ehhhh...emmm..i ilang ingatan lg..

Alan said...

i like her a lot..Mysterious Girl!haha.

pinkiss said...

gua :
hahaha.. guli lagik..

aqish :
u mn nak tau sapa roomate i. i nak tau sapa scandal i time tu kan?

alan :
ko elok masuk rancangan expose mistik la.