KAWAN²

Saturday, May 23, 2009

Penyakit kronik aku.. tak perlu penawar.. Perlu penampar je..

Fuh.. akhirnya dapat gi fj benjamin warehouse sale kat centro. Semalam aku kata aku tak gaji lagi kan? aku takde duit kan? tau tak mana aku dapat duit? ahaaa.. aku jumpa kat celah ketiak. tak percaya? sukati korang ler..

Soping tu pun salah satu terapi untuk aku. Hati rasa bahagia.. hilang rasa duka lara.. (lara sangat la tu..)

Korang tau tak? Degupan jantung aku dah berdetak² dengan laju sejak petang jumaat bila aku lalu depan centro tu dan terpandang pompan² dok kepit beg plastik kaler biru hasil sopingan dorang.

Adoila.. Jiwa meronta² tak sabar. Teruk betul la penyakit aku ni..

Itulah penyakit kronik yang aku hidapi sejak dari dulu lagi. Tak boleh nak sembuh. Eleh, camne nak sembuh kalau tak cuba cari penawar? Takyah cari penawar.. Kasik penampar je..

Aku ni jenis kalau nakkan sesuatu.. aku terus je beli. Aku bukan jenis yang simpan sikit².. dah cukup duit.. lepas tu baru beli. Oh..no.. no.. no.. itu bukan aku.

Kebarangkalian untuk aku mengalami kesesakan dompet selepas ini, adalah agak tinggi.. Takpelah.. janji hati aku puas..

Eh, lupa nak bagitau.. Soping tadi aku berjaya memperdaya diri aku membeli sebijik henbeg dan sebijik make-up pouch. Hahaa.. perdaya pala otak kau..

ps - esok rasa cam nak pegi lagi.. rasa berkenan ngan satu kemeja tu.



4 comments:

DramaQueen said...

1st.. haha

DramaQueen said...

mane gambar weh...

haihh... aku gak la yg gigit jari kelingking keling! adoila..
ni tak bley jadik.. kene gak aku goda Mr Giggle nih.. hihih..

diulangi.. sila letak pic ye cik noni

alang said...

haha. Klau dah ada penawar utk shopping. Maka kosonglah shopping2 komplek di Malaysia ini. :)

AQisH said...

hello klu citer xde gambar..susah sket nak percaya..lalalala..