KAWAN²

Wednesday, May 13, 2009

Tak semudah kau sangka..


Siapa sangka, zaman sekarang ni masih ada kanak² yang memahami erti keperitan hidup. Untuk mencari sumber rezeki bagi membantu menampung keperluan sekeluarga.

Dengan berbekalkan sepasang kaki dia melangkah lewat sempadan setinggan tempatnya sekeluarga berteduh, menuju ke kawasan perumahan yang boleh dikatakan agak berada.

Mengusung sebungkus plastik bersaiz ukuran hampir sama dengannya.. Plastik yang penuh dengan bungkus²an laksa, dia menjaja ke seluruh kawasan perumahan itu.

Hari makin lewat, hanya 7 bungkusan laksa berjaya dijual olehnya. Maksudnya, masih ada lagi 7 berbaki di dalam plastik yang harus ada pembeli.

Kaki melangkah lagi, tanpa disedari.. Dia terjatuh dek kerana selipar yang dipakainya itu telah haus lalu tergelincir di kawasan rumput. Oh! sebungkus laksa telah jatuh lalu pecah.

Maka, dia telah rugi RM2 untuk bungkusan yang pecah itu. Itulah jumlah upah yang diberi oleh ibunya untuk belanja sekolah untuk 2 hari yg akan datang.

Hari semakin senja.. Masih berbaki 6 bungkus belum dijual. Dia melangkah lagi ke satu rumah ke satu rumah dengan harapan akan terjual lagi baki bungkusan yang tinggal.

Tiba² dia terdengar bunyi anjing menyalak di belakangnya. Anjing itu tanpa semena² mengejar dia. Dia pun berlari untuk menyelamatkan diri dari diserang oleh anjing (tak pasti ada kurap atau tak) itu.

"Mungkin, setakat ini sahaja rezeki untuk hari ni." Katanya dalam hati.

Dia pun berjalan pulang ke rumah tatkala rakan seusianya melangkah pulang setelah habis sesi sekolah agama.

Keluarganya tak mampu untuk membayar yuran sekolah agama untuknya.



Itulah realiti kehidupan..

Bila kita senang, jangan lupa ada insan lain yang memerlukan..



ps - aku agak emo..

7 comments:

AQisH said...

alahai tin..sedih lak i baca citer ni pagi² ni..hukhuk :-(

Karbon Kopie said...

cedey nyer...owang pon emo gak nie..bile da emo tetibe lak rase nak makan..huhuhuhu..

Ladybezz said...

err.. pilu sungguh. Laksa kan feveret ko...

pinkiss said...

aqish - harus ada cerita begini.

cik jukogyu - hahaa. alasan nak makan la tuh.

ladybezz - aku nak niaga laksa la camni. tapi bukan jalan kaki. naik ferrari.

DramaQueen said...

sedihnye... sape budak tu noni? harap2 beliaw berjaya jadi manusia berguna, hasil keperitan hidup itu..

Alan said...

may God bless him..(sesapa ja yg terpaksa hidup mcm tu..)

pinkiss said...

giggle gal - dia kawan anak kakak aku. same skool.

alan - ye. harap dia tabah.