KAWAN²

Monday, June 15, 2009

bila bunga sedang berputik..

Buat pertama kali cuti hujung minggu, aku tak zzzz. Eii.. cam tak pecaya pulak. Biasanya hari minggu la aku akan bantai zzzz separuh mati.

Bukan apa, minggu lepas aktiviti aku agak pack. Dimulai dengan sabtu pagi aku sediakan makanan untuk parti harijadi anak kakak aku yang perTama. So, sedari malam sabtu lagi aku dah bizi cari barang untuk dimasak.

Petang sabtu lepas parti tu, aku gi buat facial. Sebab buka aku dah ditumbuhi macam ruam. Mungkin sebab cuaca yang agak panas lately ni. Nak ku kutil.. kang jadi jerawat pulak. Eh, takmolah..

Semalam pulak.. aku memasak. Masak yang simple je. Pastu gi rumah abang aku kat belakang rumah. Lepak, makan, tgk tv sampai petang.

Eiiisshh.. pesal la mata ni tak mengantuk.. Rasa nak eksesais kayuh basikal. Malas la pulak. So, aku amik keputusan untuk menyapu laman rumah aku yang seluas-luasnya tuh.. Bayangkan la ye.. depan rumah aku tu ada pokok cempedak dan pokok durian (sila bayangkan..)

Kan ke tu eksesais jugak kan? Daripada aku buat taik mata.. Buat badan lesu, baik aku menyapu laman. Dapat gak keluarkan peluh. Pastu rasa lapang je mata memandang.

Eh, nak tau tak? Time aku dok menyapu tu, aku tersapu putik durian.

Ini bermakna.. durian mula berbunga.. musim durian akan tiba.

NOTA : aku tak makan durian. eeiii.. tak suker..


soalan : berapakah jumlah pokok durian aku yang sedang mula berbunga?




11 comments:

guapunyahal said...

satu

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

tajuk nak jiwang...skali rupanya cite pasal tido.hahaha

pinkiss said...

gua :
salah.

mfJ :
jiwang tak kesampaian tu

lavidalabelle said...

tiga pokok durian.

sila belanja aku itu buah durian sebab aku SUKA makan DOYAN. yum yum ;}

ohvee said...

klu teka ni dpt hadiah tak lagi? hahahaha.

ok, aku teka:

mebi ade 18 biji buah durian.

Nashays said...

Nasib baik sapu laman ritu..klu x dah gugur baru sedar..hehe..


saper betul dapat free makan durian ke...??klu camtu Shay nak teka ader 3 pokok...

pinkiss said...

belle :
ko teka salah pun aku tetap banjer ko. lalalaa..

zeela :
aku suruh teka berapa pokok daa.. bukan berapa bijik.

nashays :
hahaa.. 3 pokok. jawapan adalah salah.

Karbon Kopie said...

ade lebey 100 pokok durian..termasuk pokok durian jiran tetangge...
kompem betul kan?kan?kan?
yeay!teror....sile pos durian ke sini...maceh..huhuhuhu

p/s: cik pinkiss amik award juge tag part 10 & 11 ek kat umahku..jgn xamik tao..malu la ai...heheehehe

DramaQueen said...

wei.. jiran ko ni..takkan ko wat2 lupe?..sila la hantar ke rumah aku.. klu ko malas, sila la ajak aku ni ke rumah ko utk menjamu selera deroyen yg ko tak ske tuhhh...hihihi... bukan pe,aku tak mo kecikkan ati mak ko.. deroyan bnyk..nnt tak bermakan..echehh..

Hidup KOKA said...

Apara kau tak makan durian!!!! Rugi tau!!!

Meh aku agak.... kau ada 1 pokok dan dua putik durian

pinkiss said...

mrsJ:
ko suka-suki je ckp 100 pokok eh..

giggle:
eh, aku takde jiran la.

koka:
salah. aku de tttuutt buah pokok durian.