KAWAN²

Sunday, June 21, 2009

Siku aku buruk tak bermaksud aku buruk siku..

Hari cuti biasanya aku akan ZZZZ. Ye, tidur macam besok dah tak boleh tidur lagi. Tapi minggu ni aku rasa nak eksesais. Badan rasa dah tak FIT lagi. Tak FIT maksudnya tak seksi. Hahaa.. sukati aku je bagi maksud.

Jalan manakah harus aku pilih. Ke kiri atau ke kanan?

To the left.. To the left..

Aku sebenarnya tak jogging, cuma berjalan dengan laju. Sama je kan. Janji seluruh anggota bergerak.


Aktiviti baru dimulakan dengan berjalan kaki. Kasik panas sikit badan ni.


Berbasikal pulak. Kasik otot kaki bergerak dengan laju sikit. Eceh, tetiba je muka senget. Asal nampak kamera je, muka trus otomatik menyenget. Papetah..

Seat basikal ni telah diejas ketinggiannya kepada tahap maksimum. Biar kaki lurus je time berbasikal. Kalau nak seat rendah, sila naik basikal kanak2 beroda tiga ye.


Elok lalu jalan bertar, kami masuk kawasan berbukit bukau. Seumur hidup aku, baru sekali aku lalu jalan ni. Baru tau kewujudan jalan ni. Padahal, dekat je dgn rumah.

Apsal tak kayuh basikal? Nak mampus?? tu naik bukit tau. Semput karang aku. Sebenarnya aku tak reti nak tukar gear basikal tu. Aku reti masuk gear D dgn R je.


Menuruni bukit penuh rumput hijau. Basikal still aku sorong. Sebab depan tu ada kawasan tengah korek tanah nak buat kolam ikan. Kang kalau aku kayuh pastu terbabas, trus masuk dalam kolam kering.


Singgah kejap kat ladang menternak arnab. Tengok muka aku, dah agak pucat. Waktu ni perut dah mula rasa sakit sangat. Tetiba je rasa teramat sakit. Mungkin sebab aku sedang diserang tentera jepun, tu yang aku tetiba rasa badan tak sedap.

Ladang ni memang letaknya jauh dari jalan utama. Kena lalui jalan bertar, lepas tu turun bukit jalan yang agak sempit, lepas tu jalan merah tak bertar. Baru jumpa entrance ladang ni.

Kenapa letak jauh ke dalam? Dah tanah bapak dia kat situ. Nak buat macam mana?

Lepas tgk arnab, aku dah mula rasa nak pitam. Pandangan dah kekuningan. Dah tak larat jalan dah. Rasa nak baring je kat kebun tu. Jalan sikit, berhenti. Jalan sikit, berhenti.

Lepas tu, dorang pakai carry aku naik basikal. Kesian dorang. Terpaksa sorong basikal menaiki bukit2 tu dengan aku duduk kat seat basikal. Time tu rasa sedih. Sebab rasa menyusahkan sesangat.

Waktu turun bukit tu, kaki yang aku letak kat besi basikal.. Tetiba tergelincir dari tempatnya. Aku pun jatuh. Aku je yang jatuh tau tak? Mungkin aku kurang FOKUS. Punya la sakit. Tapi kan, dalam kelam kabut tu, aku sempat pikir nak elakkan muka dari tersembam atas batu. Jadi, tangan kiri aku menampung sepenuh berat badan ni. Selamat dah muka aku dari mencium batu.


Inilah gaya aku jatuh. Tengok, ada gaya tak? Jatuh pun siap nak bergaya ke? Time ni Rescue 911 lom sampai lagi. Hahaha.. pala otak aku Rescue 911. Rescue Jatuh Bangun Sendiri ada ler. Time ni muka tengah tahan nangis.


Ini lah hasil kemalangan yang aku alami tu. Siku kiri aku telah mendapat luka berdarah. So, sekarang siku aku dah buruk. Errrkkk.. Bukan buruk siku ehh..

Balik rumah, buka kasut.. Aku terus baring depan kipas. Kakak aku urut2 dengan minyak panass. Lepas tu, kena bebel sikit dengan mak aku. Lepas tu, aku terus pengsan sampai pukul 9 malam.

Adoila.. panjang betul entry aku kali ni. Rasa macam tengok album bergambar pulak.

17 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Safety itu penting.Lenkali pakai sut mcm org nak lumba motor tue ek kalo naik basikal...hanya profesional macam aku jer boleh naik basikal sambil pakai seluar pendek dan t-shirt pagoda dgn sebelah tgn memegang kamera...hahaha

Poyo said...

Pinkiss
aku syorkan ko buat pembedahan plastic surgery bagi melawakan semula siku ko yang da buruk akibat eksiden tu..

Jangan risau, setakat siku cedera, nilai wang hantaran ko tetap maintain xjatuh lagi. (^_^) hehehe..

ZARA 札拉 said...

aduyai sayang..
hati2 next time..woot~
walaupon tentera jepun menyerang, kamu masih aktif bersenam..kagum nih~

Nashays said...

tahniah..ader gak niat nak bersenam!!!teruskan usaha murni mu itu

pinkiss said...

mfj:
ehehee.. leh tompang tak?

poyo:
eceh, hantaran pulak cerita ko kali ni. duit dah cukup ke?

zara:
senam tetap senam zara dahling..

nashays:
niat tu mmg selalu ada. cuma tak ditunaikan. hahaha..

AQisH said...

huwaargghhh..jatuh pon posing x agak lg tuuu huhu..

tin oiii..u buat i menggelentin nak beli beskal tauuu..

alladiin said...

so..total km berbeskal ari tu berapa..ada 25km tak..?

i.am.belle said...

baju pun pink kaler... xD hahaha gambar jatuh tersembam tu kena letak caption 'memori luka' xD



woh! dah lama tak naik beskal.

CIKPEDOT said...

daling.. cane u bule jatuh ni.. sungguh jahat beskal itu..

eniway, aku kompius la, kecederaan ko tu macam super impose jek?? hua hua hua..

sanibagus said...

tu belakon jatuh ke jatuh betul..
patut ada rasa gempa bumi sikit..

GiGGLe GaL said...

owh.. ko ni pon satu.. motif siku buruk..aku hengatkan ape la tadi..

hihihi.. nanti klu jumpa owang kurus, rupa ala2 nko, aku tengok siku dulu.. confirm buruk baru aku tego..wakakakaka

lariiiiiiiiiiiiiiiiiik!

mRs.jUkoGYu said...

cian nyer...tempat yg luke tue perah ngan limau nipis ek..kalo xde taruk cuka..kompem ilang xde parut..ekekeekekek..

amponkan kami penunggu gua2x.... ;p

Shahrizan Salian said...

Adakah peristiwa jatuh itu betul atau lakonan? :D
Dramatik sungguh.

Maswani said...

dh bp taon x nek beskal nih? hehe..

tu bkn menyihatkan diri, dh menyakitkan diri namanya..huhu..

pinkiss said...

aqish:
eh, eh, u kan dah de 2 bijik beskal kat blkg umah tu.

alladiin:
ada dalam 2.5 km kot.

belle:
aku nak letak memori di tepi kandang kambing la.

cikpedot:
ha, tu mmg super impose tu. perasan gak u eh.

sanibagus:
gempa kuhek ko la. kurus mana de gempa.

giggle:
lepas ni, aku kuar pakai lengan panjang je. bior ko takleh detek aku.

mrsJ:
eeii.. aku baca rasa nak terkencing la.

shahrizan:
betul la weh. panggg karang.

maswani:
biasa naik basikal. tapi kesihatan tak elok sgt aritu.

GiGGLe GaL said...

noni, skali lagi aku pandang gambar ko ni.. ko ni ade rupa si ratu rok ella tu la...

ok..jgn pang aku.. aku lariiikk dulu...

larrrriiiiiiiiiiiiiiiiiikkk...


ermmm betul kan.. aku tengok mata ko cam sama je..

pinkiss said...

giggle :
bukan ko sorang je ckp camtu. eceh..