KAWAN²

Wednesday, June 24, 2009

Pe'el² yang membahayakan kesihatan..


Tinnn...

Aku terus tersedar lalu mengangkat kepala bila terdengar bunyi hon itu. Waktu tu kepala aku berada di bawah seat keta.

Rupanya barisan depan kereta aku telah kosong dan mereka telah meninggalkan aku jauh di hadapan. Patutlah manusia belakang aku tu hon macam esok nak mati dah..

Ehheeee.. sori la eh. Sebenarnya aku tengah sibuk cari sebelah kasut kat bawah seat. Pagi tadi aku macam lambat. Masuk keta pakai sipar jepun. Pastu kat traffic light sibuk nak tukar kasut. Kasut lak tak berjaya ditemui untuk sebelah kanan.

Aku ni dahla tak leh drive tanpa kasut. Rasa janggal je drive kaki ayam. Rasa cam tak leh nak agak bila nak tekan minyak and brake. Eii.. mak tak boleh la nok! Eceh.. transform pulak. Huupppp! tarik balik.

Aku ni suka simpan semua kasut kat bawah seat. Senang. Bilamasa rasa nak tukar, trus korek² je bawah tu. Tapi tulah masalahnya. Suka tukar kasut time tengah drive.

Satu lagi peel aku yang tak brapa nak bagus, butangkan kemeja lengan sambil memandu. Dahlah kebanyakan baju kemeja aku ada 4 butang kat lengan. Kekadang tu hencot pun ada. Ehehee.. cam orang sewel pun ada.

Penah tu aku bawak keta dalam jem sambil tangan sebelah tu tengah sapu losen kat kaki. Nasib baik tak cium bontot keta depan. Abis bebel kawan kat sebelah tu. Bahye katanya..

Bahye ke?

13 comments:

ZARA 札拉 said...

sayang!!

Poyo said...
This comment has been removed by the author.
ZARA 札拉 said...

huhuhu~

sangat bahaya tu sayang oit~

alahai..lain kali letak kat seat sebelah..senang capai..

hehehe~

owh..aku 1st n 2nd~

Poyo said...

Pinkiss
Kalau aku duduk kat seat sebelah ko masa ko tengah sapu losen kaki tu rasanya memang merbahayakan kesihatan. Maksud aku, kesihatan aku la.. Wahahahalalala..

ZARA 札拉 said...

cit..aku dah jadi 1, 3 dan 5 lah plak~

Hidup KOKA said...

Tak bahaya ah... kalau kau tahu caranya.....

AQisH said...

isshh..bebaik jgn tertukar kasut sebelah lain mcm i dulu tin oiii huhu..

GiGGLe GaL said...

memang bahaya la wei.. tapi ko ngan aku sama je.. korek kasut bawah seat.. kadang tu tangan panjang ke belakang carik sebelah kasut.. pastu time tu la nak butang baju..eh..lengan la.. pastu time tu la pin tudung aku tecabut..pastu time tu la itu ini..tapi satu je.. aku rasa cam getik je klu aku pakai lisetip sambil memandu..wakakakaka...

guapunyahal said...

sambil memandu sambil gedek phone bahya gak.. gua pernah xcident sebab gedek phone...kui kui kui

alladiin said...

letak le rak kasut kat bawah seat tu. Susun kasut elok2 kat rak tu, senang, bila nak amik...

pinkiss said...

zara:
sama gak, kena bengkokkan badan ke kiri. bahye gak tu.

poyo:
ko mmg tak sihat. aku tau tu.

koka:
ajar la aku cara²nya weii

aqish:
fuh, harap² takde la jadi camtu. haru biru nanti.

giggle:
aku pakai lisetip bila dah sampai opis.

gua:
kalau yang tu, gua dah PRO.

alladiin:
er, satu cadangan yg bagus tu. tenkiu bro.

Shahrizan Salian said...

Korek hidung sambil memandu pun tak sebahaya tu.

pinkiss said...

shahrizan:
kantoi.. ko suka korek idung.