KAWAN²

Thursday, June 18, 2009

Minyak kapak cap angin..

Di atas faktor masa yang agak suntuk, panas yang terik itu belum kira tenaga dah peluh yang bakal aku keluarkan untuk makan tengahari.. aku memilih satu restoran berdekatan dengan opis aku. Ia terletak kira² tah berapa langkah tah.. karang aku kira la eh..


"mee goreng takmo pedas dengan barli panas.."

Aku pun order makan untuk lunch. Menu simple. Bagi aku ia amat simple.. Light² gitu.

aku ingat diorang pun dah tau aku ni tak makan pedas dan kurang amik ais. Aku memang tak kuat pedas sebab kuat aku ke lain. Lalallaa.. sila jangan salah sangka. Panggg! in advance telah hinggap di pipi anda.

Sedang aku menunggu makanan siap, tokey kedai tu datang dekat aku lalu bertanya..

"kak, tadi order mee goreng nak minyak banyak ke minyak sikit..?"

Aku terus tersentap.. kepala otak mula berputar.. Jawapan balas apakah yang harus aku berikan kepada tokey goblog itu..

"ada ke orang order mee goreng minyak lebih ..? Aku bercakap sambil mata aku terus memandang tepat kat muka dia.

Disebabkan terlalu sentap (mgkn.. dan pasti..) dia tersenyum dan berambus.

Tak lama selepas tu.. mee goreng dihidangkan dan.. ianya amatlah sedap..

ps - restoran ni penah aku senaraihitamkan satu ketika dulu.





12 comments:

Azure said...

hohoho..first time tau nih, mee goreng minyak lebeh

hahahahaha

Hidup KOKA said...

Adusss....

Kenapa tetiba kau pang... aku kat pipi?

Kan aku tak brsalah?

DramaQueen said...

wei.. suka ati mak lijah ke ko nak panggg eh.. wakakak.. aku pon tak pikir ape time ko cakap tu.. maklumla.. kita kan "adik bradik hangkat" kan..wakakaka...

erm.. mesti restoren tempat ko makan tu gelap kan.. sbb sme kat situ kan kongsi gelap kan...

lariiiiiiiiiiiiiiiikkk....


nota perasan:
bila mak kita nak kirim deroyan...? wakakakaka

yanizan said...

sedap...?? so skang ko dh senaraiputihkan restoran tu ar...??

pinkiss said...

azure :
tah.. minyak lebih pulak. byk sgt kot stok minyak dorang tu.

koka :
sapa suruh salah sangka?

giggle :
sila jangan perasan lelebih. kang kena panggg! double trouble.

yanizan :
yang hitam, tetap hitam.

TiNiE said...

errk...ko dah pangkah, tapi pegi jua hanya kerana sepinggan mee??

pinkiss said...

tinie :
sila baca perenggan di atas sekali.

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Bukan minyak angin cap kapak ker?

Huhuhu...nasib baik dye tnya nak minyak lebih ker kurang.Kalo dye tanya nak harga kurang ker bayar lebih?...xpun pinggan kurang ker pinggan lebih?...ok 2x...baik aku stop sblm lebih mengarut.

Karbon Kopie said...

ade kea mee goreng minyak lebey?nape disenarai itamkan ek?beliau masak pakai kaki kea?muahahaah..

Poyo said...

Pinkiss,
Nape ko xcakap kat tokey kedai tu..
"Mentang-mentang la harga minyak da turun, mee goreng pun nak letak minyak banyak-banyak"
(^_^)

AQisH said...

u dah berbaik semula lah yer ngan itu restoran..aku rasa mamat tu sengal dan terpana ngan kegojesan u tin oii..

pinkiss said...

mfj :
nasib baik sedar suruh STOP.

mrsJ :
sebab senarai itam tu, akan aku buat kisahnya.

poyo :
belum sempat bgtau, dia dah berambus.

aqish :
untuk berbaik semula tu.. mgkn tidak.