KAWAN²

Tuesday, June 30, 2009

Aku harap, ko akan berubah..


Ingatkan dah berubah. Rupanya sekejap je sedar tu menyinggah dalam diri ko.

Ko tak hengat ke dulu ko hampir² langgar traffic light kat simpang empat pekan? Time tu ko potong Q dan ko tak berjaya melepasi lampu hijau lalu ko hampir terbabas bila panik nampak lampu merah menyala?

Semalam pulak, ko berlumba dengan satu lelaki bawak avanza kat hiway. Ko tu memang pantang ada orang cucuk bontot keta ko. Ko mula la rasa panas hati. Mula la tekan minyak tahap maximum. Aku dengar, ko menang. Betul ke?

Ko kena sedar, ko tu cuma bawak kenari. Apa la sangat tahap kelajuan kenari sangat.. Tu ko kena sedar tu.. Jangan ingat ko bawak ferrari. Kalau ferrari takpe, sukati ko nak bawak laju mana. Sebab takde orang berani cucuk bontot ferrari, kecuali lamborghini.

Kalau la ko tengah dok pecut, dok tengah sedap berlumba.. lepas tu terbabas langgar divider, ke, langgar orang ke.. sapa yang susah? Ko jugak kan..

Ko tak ingat, aritu ada eksiden waja dengan myvi? Habis myvi tu remuk terbalik kat tengah jalan? Pastu ramai polis kat sana? Ingat tak???

Aku ingat, ko dah tak buat benda² tu semua.. Rupanya.. aku silap..

Aku harap..

ko buang sikap tak elok yang membahayakan diri tu. Bawak kereta dengan perlahan, slow and steady.

NASIHAT DAN TUNJUK AJAR DI ATAS DITUJUKAN UNTUK..


DIRI AKU SENDIRI..

13 comments:

ZARA 札拉 said...

urgh...

aku pun nak ambik sbg nasihat gak kak~

Sky0ne said...

hahaha....berkesan ke bagi nasihat cara mcm ni? mcm tak je...kekeke

i.am.belle said...

apa kes bawa keta perlahan. tak hapPENING la dik non. hahaha (tanduk suda kluar) xD

GiGGLe GaL said...

selagi meter tak nai 150, aku tak bley duk diam...


sekian...

lalalallaaaarriiiikkkkk!!1

Poyo said...

Cesss Pinkiss,
Ingatkan ko tengah sekolahkan aku pasal cara pemanduan aku yang tahap F1,
Rupanya Ko sekolahkan diri ko sendiri.. Hobobo..

AQisH said...

pangggg!! skali kasik u sedar tin oiii..lallalarikk..

CIKPEDOT said...

ala.. baru laju sket takkan nak insap kot.. takkan nak tunggu umur matang baru nak drive laju2..

masa ni le nak drift ke ape.. (baiknye kawan ko ni)

mRs.jUkoGYu said...

bawak slow mane best..da dicipta enjin tue boley gie lebey laju..gunekan jer..rugi la kalo xgune..beli mahal2 tue...;p

pinkiss said...

zara:
sila, tiada bayaran dikenakan.

sky0ne:
ada tak nasihat yg berkesan? sila bagitau ek.

belle:
aku tunggu ko kat simpang.

giggle:
weh, kalau keta aku.. 150 dah terbang.

poyo:
jom gi skool sesama.

aqish:
u ni panggg! i sebab apa ni? (garu dagu)

cikpedot:
u ni jenis kawan bawak masuk longkang. sekian..

mrsJ:
u lain la.. kat Oman u naik Evo. I ni ferrari je.

Mighty Jacksparrow said...

selalunya selagi tak hilang kaki atau tangan sendiri sebab terkepit lepas eksiden atau terbunuh pejalan kaki/penunggang moto/pemandu moto/sape2 je la kt jalan tu, slalunya nak je tekan minyak lagi.

alhamdulillah my fren sorang dah sedar. tak bawak laju2 da. sekarang dia statik je. dia terbunuh diri sendiri masa nak kejar honda civic kat hiway. dia lupa dia punya enjin 1.0 n tayar dia 13 inci je. dengar kata kepala dia jadi macam ketulan-ketulan lego.

if you want to speed, get a rigid car. Kenari is not stable enough during high speed. and upon impact, the car has the tendency to change its total shape in seconds. And it will change your shape too.

pinkiss said...

mighty jacksparrow:
adoila.. takut dan terus sedar dan sedar diri. takmo speed lagi.

Shahrizan Salian said...

Putus tangan sapa nak kutip? JPA3 lah ngan bomba lah jawapannya.

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Ooo...inila Kenari yang menganas kat area Kapar tue ek?...hahaha